Tarikh: Selasa, 1 Julai 2025
Ada hari, saya sedikit sibuk di waktu pagi. Kalau suami ada di rumah, dia lah yang tolong siram pokok bunga. Kalau saya tak sempat tengok pokok waktu pagi, biasanya saya akan luangkan sedikit masa waktu petang, untuk tengok-tengok tanaman.
Berikut saya kongsikan bunga yang sedang kembang pada petang hari itu.
![]() |
Ros kuning |
Rasa tenang di hati bila tengok bunga. Saya suka bunga. 😍
![]() |
Ros merah jambu |
Ini pokok ros yang saya baru beli dari nursery pokok bunga. Bunganya, lain sedikit, dari ros biasa. Cuba perhatikan di tengah-tengah bunga, ada benang sari (antera), iaitu struktur halus seperti berumbai di tengah, tempat penghasilan debunga. Saya refer chatGPT, sebab saya sendiri tak tahu apa benda di tengah bunga ros ni. Sebab pelik, pertama kali tengok. Selalu kan, bunga ros, yang biasa kita nampak, seperti gambar ros kuning di atas.
![]() |
Pokok bunga ros pink |
Ini pokoknya. Sudah tinggi dan mengembang.
![]() |
Ros merah |
Ini pokok ros paling awal saya pernah tanam. Transfer dari luar pagar, ke dalam pasu dalam halaman rumah. Alhamdulillah, hidup dan berbunga dia.
🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹
Saya bukanlah pakar dalam bidang tanaman ni. Masih lagi belajar. Dulu, saya pernah rasa hampa, bila beli anak pokok ros, balik rumah, pindahkan ke pasu lebih besar, tapi tak lama lepas tu, pokok mati. Tapi sekarang ni, ok dah. Alhamdulillah, hidup. Mahal juga pokok ros ni, bergantung kepada saiznya. Saya beli, kebanyakan harga RM20 ke atas untuk anak pokok. Kalau bougainvillea, murah, RM8 boleh dapat.
Di sini, saya nak kongsikan sikit tips, dari pengalaman saya sendiri, macamana nak bagi pokok ros kita hidup subur.
Pokok bunga ros perlukan cahaya matahari yang mencukupi. Sekurang-kurangnya, enam jam sehari. Jadi, tak boleh letak pokok ini di tempat redup atau bawah bumbung. Saya letak di tempat terbuka di halaman rumah. Ada yang dapat cahaya matahari waktu pagi. Ada juga waktu petang.
Guna tanah yang subur dan ada saliran yang baik, untuk elak air bertakung, kerana ia boleh menyebabkan akar pokok membusuk. Biasanya, bila beli anak pokok dalam pasu kecil atau polibeg, dan pindahkan ke pasu lebih besar, kena top-up tanah lebih, kan? Saya beli tanah 6 in 1, di nursery pokok bunga. Tak perlu nak campur-campur tanah sendiri. Sudah siap dijual tanah untuk bercucuk-tanam, guna saja la.
![]() |
All-Purpose Organic Potting Mix |
Sesuai untuk tanam semula dan kegunaan am menanam pokok. 6 in 1 itu, adalah campuran tanah seperti berikut:
🌼Humus (bahan organik yang telah terurai, seperti daun, akar dan batang tumbuhan, yang membusuk dalam tanah) Ia adalah hasil pereputan bahan organik oleh mikroorganisma dan cuaca. Kaya dengan nutrien dan membantu tanah menyimpan air.
🌼River sand (pasir sungai). Pasir yang diambil dari dasar atau tebing sungai. Terbentuk secara semulajadi melalui proses hakisan batu dan mineral. Teksture halus dan licin berbanding jenis pasir lain.
🌼Burnt earth - hasil bakar tanah. Yang ini, arwah mak mentua saya selalu buat. Dekat kampung, tak ada lori datang pick-up sampah di rumah. Jadi, sampah domestik hasil dapur, dibakar sampai hitam, hancur, dan jadi abu. Lepas tu, mak mentua akan ceduk guna penyangkul dan letak di tanaman sayuran. Hidup subur semua sayur.
🌼Burnt rice husk - sekam padi yang dibakar.
🌼Charcoal powder (serbuk arang). Serbuk hitam halus yang terhasil dari bahan organik seperti kayu, bamboo atau bahan lain yang dipanaskan pada suhu tinggi. Proses ini menciptakan arang dengan banyak pori-pori kecil yang membuatnya sangat efektif dalam menyerap pelbagai zat, termasuk racun dan kotoran.
🌼Coco peat (sabut kelapa hancur). Medium tanaman yang diperbuat daripada serat kelapa. Satu alternatif yang popular untuk tanah dalam penanaman sayur-sayuran dan tanaman lain.
Gabungan 6 bahan di atas sudah cukup lengkap bagi saya, sebab kebanyakan pokok, saya tanam dalam pasu. Kalau jumpa tanah 6 dalam 1 begini, beli je la, kalau nak bercucuk tanam.
Siram pokok setiap hari. Tengok la. Macam kawasan saya, kurang hujan. Kalau cuaca panas, pastikan tanah sentiasa lembap.
Baja:
Gunakan baja organik atau baja bunga. Dekat nursery pokok bunga, ada jual. Dekat pasaraya pun ada, saya pernah nampak. Baja untuk pokok bunga. Berapa kerap membaja, ikut arahan pada jenis baja bunga yang kita gunakan. Baca arahan pada pek pembungkusan baja, ye.
Saya sendiri malas letak baja. Saya siram dengan air basuhan beras, ok. Keluar juga bunga.
Dahan yang mati, atau terlalu lebat, perlu di-trim. Ini menggalakn pertumbuhan baru. Bunga yang dah tukar warna kecoklatan pun, saya trim buang.
Kena belek pokok, seminggu sekali. Tengok kot ada hama putih tu ke. Saya tak suka guna racun. Jadi, bila ada hama putih tu, saya cantas je dahan yang ada serangga perosak tu, dan buang.
Itu aje lah, yang saya rasa, perlu diambil kira jika berminat untuk tanam atau bela pokok ros. Lawa dan cantik bunga ros. Bau pun harum bila dicium.
Harap sedikit ilmu yang saya kongsi ini, dapat memberi manfaat jika anda berminat untuk bela pokok ros.
Ok. Jumpa lagi, ye. 💗
Cantiknya ros bila dah kembang. Tapi tu la tak minat menanam bunga. Hihi. Suka tengok.
ReplyDeleteDulu saya gila bunga ros. Macam-macam warna dibeli. Sampai rumah, dua tinga minggu mati...hukhukhuk!
ReplyDelete