Tarikh: Rabu, 30 Julai 2025.
Pagi-pagi, saya goreng stok roti sardin yang masih ada dalam peti ais. Cerita saya buat roti sardin ni, ada di entri ini 👉 Cerita hari Isnin.
![]() |
Homemade roti goreng inti sardin. |
Hari itu, ada urusan ke Ipoh, hantar Hafizan (anak kedua) daftar asrama. Alhamdulillah, Hafizan dapat kolej kediaman lama. Kolej kediaman baru, khas untuk pelajar baru duduk untuk 2 semester sahaja. Lepas tu, boleh apply untuk kolej kediaman lama atau sewa rumah di luar saja.
Dulu, masa duduk kolej kediaman baru, yuran asrama RM600 untuk satu semester. Sekarang, turun banyak, jadi RM60 semester. Jimat banyak. Walau pun kedudukan kolej kediaman lama ini di luar Politeknik, tapi cuma seberang jalan sahaja. Tak jauh mana. Dekat dengan masjid pula tu.
Cuma itu la, ada politeknik, boleh daftar asrama online sahaja. Tapi untuk Politeknik Ungku Omar (PUO), kena pergi sendiri di pejabat untuk daftar asrama.
![]() |
Kafetaria kolej kediaman |
![]() |
Laundry, sebelah cafetaria. |
Dobi dibuka 24 jam. Berhadapan dengan pondok pok guard pula tu. Jadi, boleh basuh baju malam-malam, tak perlu takut.
Tak silap saya, ada 3 hari kot, pelajar boleh daftar asrama ni. Masa hari kami pergi, tak ramai sangat. Mungkin sebab masih awal pagi. Lepas selesai daftar di pejabat dan diberi kunci bilik, Hafizan pun angkut barang-barang masuk bilik.
![]() |
Hafizan bawa beg, masuk bilik |
Suami ikut sebab Hafizan panggil, ada malfunction sikit locker dia di bilik. Nasib baik ada bawa toolbox yang mengandungi screw driver dalam kereta. Jadi suami tolong repair locker Hafizan. Saya teringin juga nak tengok bilik penginapan anak. Saya cakap nak pergi pejabat dekat encik pok guard, boleh lepas. Dapatlah ikut Hafizan, tengok bilik.
![]() |
Masa ni, tak tahu lagi ada jalan shortcut ikut dalam. Ikut laluan luar. |
![]() |
Rezeki Hafizan, dapat bilik ground floor. |
Tak perlu naik turun tangga macam semester lepas. Buka pintu je, boleh rasa yang bilik Hafizan sejuk. Di bahagian atas pintu, ada lubang-lubang udara. Macam rumah orang dulu-dulu, selalu ada lubang di bahagian atas, kan. Later bila Hafizan sudah mula semester, saya tanya dia, nyamuk banyak tak, masuk ikut lubang. Dia kata, takde nyamuk. Sejuk lagi bilik dia dari rumah kita. Di rumah kena pasang aircond, di bilik takde aircond pun sejuk. Wah...
![]() |
Cer klik dan zoom-in gambar ini. |
Kat luar tingkap, nampak ada seekor ayam jantan. 🐓
Video dalam bilik.
Satu bilik, untuk 2 orang pelajar. Roomate Hafizan, pelajar semester 5. Baik orangnya, tapi jarang tidur di bilik.
![]() |
Ruang membasuh pakaian. |
Bagi yang nak cuci baju sendiri, ada ruang membasuh. Tiba-tiba saya teringat zaman membasuh baju macam ni, masa belajar di Itm Jengka (masa saya masuk, belum tukar nama ke Uitm). Huhu.. menggamit memori.
Asrama lama. Barang-barang dan perabot lama. Alhamdulillah. Asal selesa tidur dan berehat. Semoga Hafizan suka dan selesa di rumah baru Hafizan ni.
Settle semua urusan masuk asrama, kami pergi makan di Aeon Kinta City. Kemudian, Hafizan ikut balik sebab kelas dia belum mula. Minggu seterusnya baru mula belajar.
Baiklah. Jumpa lagi, ye. 💗
Jauh beza bayarannya ye dari RM600 ke RM60. Alhamdulillah.
ReplyDelete