Tarikh: Ahad, 27 Julai 2025
Saya keluarkan entri satu persatu, dari draft, mengikut tarikh ia berlaku. Jadi, blog ini memaparkan cerita yang dah lepas atau throwback. Tidak terkini. Minta maaf, ye. Mungkin saya perlu update lebih dari satu entri, jadi cepat sikit sampai ke cerita terkini. Entah, tengok ler.
Berikut adalah gambar sarapan pada hari tersebut. Dua hidangan tak habis dalam peti ais dipanaskan, dan dua hidangan baru disediakan.
![]() |
Spagetti goreng, roti ban keju tinggal separuh dari semalam, kuetiau goreng semalam dan salad telur rebus. |
Tapi, tidaklah lama, kerana tangan saya rasa gatal nak mengait. Lalu saya sambung projek kait sudah berapa tahun tak siap-siap, iaitu projek granny square.
![]() |
Progress terkini granny square |
Saya habiskan loop paling luar, warna kelabu. Sudah besar. Tapi belum cukup besar. Kita teruskan lagi la.
![]() |
Close-up, siapkan yang warna kelabu, loop paling luar. |
Wow..Cantik..Ni kalau tunjuk dkt che mek ni mesti dia suka =)
ReplyDeleterajinnya...
ReplyDelete