Wednesday, August 13, 2025

Cara untuk fokus waktu masak spagetti carbonara

 Tarikh: 23 Julai 2025

Ada hari memang tak rasa macam nak makan nasi, kan. Jadi, masak menu lain. Hari itu, saya beli Sos Pasta Carbonara Ayam-nara, 2 tin. Jumpa di kedai runcit dekat rumah. Pertama kali jumpa, jadi ingat nak cuba lah masak guna sos pasta ni.

Kimball Sos Pasta Carbonara Ayam-nara
Kimball Sos Pasta Carbonara Ayam-nara

Saya baru balik dari pick-up kopi dari Zus. Turut kelihatan dalam gambar di atas, bluetooth speaker saya. Memasak sambil mengopi dan layan lagu jiwang dari spotify. Pasang lagu kuat-kuat. Bila sibuk dengar lagu sambil memasak spagetti, otak tak berapa aktif fikir benda lain, sing along lagu je. Itu salah satu cara saya elak fikir yang bukan-bukan.

When the speaker is loud, I can't hear myself thinking - Otak fokus pada bunyi yang lebih kuat, jadi lebih payah untuk proses pemikiran yang kurang kuat.

Macam seorang guru yang sedang bercakap dalam kelas yang bising. Bunyi bising kelas bercakap menghalang kita dari mendengar apa yang guru sedang bercakap di hadapan. 

Dulu, masa Tingkatan 2, subjek Kemahiran Hidup, cikgu nama Mrs. Pillay, dia selalu cakap,"Kita bercakap di depan, dia jerit-jerit di belakang." Cikgu marah, tapi saya tergelak, sebab dia cakap melayu pelat. 😁 Kenangan betul.

Baiklah. Sambung cerita spagetti.

Masak spagetti carbonara
Tadaaa... jadi tak?

Saya tumis dulu bawang putih, bawang merah, dan cili padi sikit. Masuk cendawan butang, kemudian masukkan sos pasta. Biar seketika, kemudian barulah saya masukkan spagetti yang sudah direbus.

Saya jarang-jarang masak spagetti carbonara ni. Biasa kalau saya masak spagetti, saya goreng macam masak mi goreng. Jadi, spagetti goreng. Kali ni, guna sos carbonara dan campur cendawan butang sikit. Rasanya, ok. Kalau anak-anak boleh makan, oraitlah. Lulus. 😋

Ok. Jumpa lagi, ye. 💗

5 comments:

  1. Nampak sedap.. Saya pun suka dengar lagu di dapur :)

    ReplyDelete
  2. tak pernah jumpa lagi ayam nara ni. Kalau jumpa nanti nak beli jugalah. anak anak saya memang suka sangat dengan pasta..

    ReplyDelete
  3. Betul. Saya suka pasang radio masa masak untuk elak fikir benda yang tak perlu.

    ReplyDelete
  4. Hari itu buat carbonara tomyam, letak susu sejat.
    Ayam-nara itu saya ingat jenama cap Ayam. Hehe.

    ReplyDelete