Tarikh: 19 Julai 2025
Pada tarikh tersebut, saya, suamiku, anak kedua, Hafizan, dan anak bongsu, Sulaiman, pergi menonton wayang, filem Superman.
Lepas maghrib, kami pun bertolak dari rumah. Movie mula pukul 8.30 malam.
![]() |
Amik gambor dengan poster Superman |
Tak nampak pun. Gelap.
Anak-anak enjoy movie ni, dan cakap best! Nak tahu apa tak? Ada scene, Mama tertidor. 😴
Kalau di rumah, memang masa tidur saya, pukul 8 lebih tu. Lepas tu, Isyak pukul 11. Haaa.. biasa. Tak boleh tahan, memang mengantuk waktu tu. Lagi satu, saya rasa skrin tu terlampau besar dan terlampau banyak benda kena tengok. Itu pun, sudah duduk di barisan belakang. Gambar besar, skrin besar, jadi saya kena tengok dari jauh. Tapi semua benda nampak dekat. Nampak benor saya dah tua.
Dalam movie ni, Superman ada berdarah. Superman paling baik, bukan setakat orang, tupai pun dia selamatkan. Nanti ada keluar sepupu dia, Supergirl.
Saya lebih suka Henry Cavill jadi Superman. Tapi Superman baru, David Corenswet ok juga.
![]() |
Henry Cavill sebagai Superman |
![]() |
David Corenswet sebagai Superman |
Superman dalam movie ni, ada kawan baik anjing, nama Krypto. Anjing sama planet, jadi ada kuasa juga, macam Superman. Tapi dia tolong jagakan je, sepupu dia yang punya.
Overall, movie ini menghiburkan. Penuh aksi. Orang jahat dalam movie ni, Lex Luthor.
Lepas habis tengok Superman, kami sekeluarga pergi mengopi di Bundut Coffee. Lama, tak keluar malam-malam seisi keluarga. Ronda naik kereta, tengok lampu-lampu, pusing pekan Lumut.
Ok la. Jumpa lagi, ye. 💗
Citer- citer superhero macam ni fav suami SA..kesian kat dia xde sape yang layan minat dia..sebab bini dan anak dara dia ni x minat..so..dia tunggu la masuk online je...dah tengok dah pun kat Lok Lok tapi pirate la..dengar suara orang..
ReplyDeleteLaa.. kesian. Saya pun tak berapa minat tengok wayang. Layankan je minat anak-anak. SA pun apa salahnya, pi dating sama suami, tengok wayang. Hehe.. tukor movie lain.
Deletelama tk tgk wayang
ReplyDeleteTunggu Tisya cuti la yek, kot ada movie besh.
DeleteKita pun lagi suka superman lama, tapi movie yg ni tak sempat tengok. Best tu dapat meluangkan masa dgn suami dan anak² bujang. Yg di Terengganu tak balik nampaknya ya.
ReplyDeleteAmirul baru balik 2 hari ni, SK. Baru habis final, budak uitm.
DeleteTengok jugak baru ni, tertido sebahagian nya hehe.
ReplyDelete