Tarikh: Sabtu, 12 Julai 2025
Kami biasanya makan malam awal, sebelum pukul 7 malam. Biasanya, Restoran Kin Aroi ni, ramai orang. Mungkin sebab lokasi dia di tepi jalan utama. Jadi, mudah untuk orang singgah. Tapi pada hari tu, tengok tak berapa ramai, jadi kami pun masuk la.
Kami pilih meja di luar. Pernah makan di dalam, rasa macam tak ada angin bergerak.
![]() |
Saya minum air suam, suami lemon ais kosong. |
Suami pesan menu kesukaannya, iaitu nasi goreng kampung, telur dadar dan sambal belacan.
![]() |
Nasi goreng kampung |
![]() |
Mi bandung |
Oh, tak nampak mi-nya. Kejap.
![]() |
Haa... baru nampak mi. |
Alhamdulillah, sedap, keduanya, nasi goreng kampung dan mi bandung.
![]() |
Restoran Kin Aroi Ikan Bakar, Sitiawan, Perak. |
Dalam bahasa Thai, Kin bermaksud makan.
Jadi, Kin Aroi bermaksud makan sedap atau enak dimakan. 😊
Cuaca pun tak berapa panas, pada petang itu.
Ada saya nampak beberapa pilihan ikan segar di dalam kedai, bagi yang pilih menu ikan bakar. Kami lebih minat menu goreng-goreng.
Baiklah. Sekian cerita.
Jumpa lagi, ye. 💗
Oo itu maksudnya. Memang kenalah dengan nama kedainya, makanan yang dipesan semua sedap. Nasi goreng ada sup sedap baru best makan kan. Mi bandung dia nampak macam mi bandung kuah sos tapi kalau sedap, kira okay sangat dah tu.
ReplyDeletekonten yang ringan dan seronok dibaca...saya pun rasa teringin nak makan mi bandung...sekali dalam beberapa bulan sudah memadai
ReplyDeleteMacam pernah lalu pula depan kedai nie,tapi tak igt exactly lokasi dia..
ReplyDeleteKalau sedap memang pasti repeat
Dapat tambah perkataan kin dan aroi.
ReplyDeleteSedap pulak tengok telur dadar tu.
ingatkan ada order ikan bakar jugak, hehe
ReplyDeleteAlhamdulillah vrezeki sedap dimakan ..kita bersyukur ada makanan yang enak bila kita nak
ReplyDelete