Selamat jalan, benang

 Assalamualaikum, semua... Selamat pagi... 😊

Harap kawan-kawan semua sihat sejahtera. Hari ni nak pergi jalan mana, hari Sabtu?

Pada 27 Oktober 2025 yang lepas, saya telah mengemas bilik kerja saya. Saya telah keluarkan semua benang kait yang saya ada. Saya cuba, tapi tak boleh la. Mata saya jadi mudah letih dan kelabu penglihatan bila saya mengait. Saya kena terima hakikat ini. Otak saya memang berfikiran positif, gitu. Ini pembawakan sejak dari zaman berlari. Bila keadaan menjadi semakin sukar, kena yakinkan diri yang kita lebih kuat dari yang kita rasa. Tapi dalam segi mata ni, tak boleh la. 

Benang kait tempatan
Benang kait tempatan

Benang kait tempatan ini, rasa semuanya benang akrilik. Ada jenama Nona, Wina, Ondori dan Minlon. Dulu masa saya pernah tinggal di Serdang, masa itu, bapa saya kerja di Pejabat Pertanian dalam UPM, bila nak pergi Mines, lalu Wisma Minlon. Tak pasti sekarang Wisma Minlon itu masih ada atau tidak. Benang ini, saya mula beli waktu harganya RM1.50 sebuku, atau sepaket ada 5 gulungan, harga RM8.50. Sekarang sudah jauh naik harganya. Kali terakhir saya beli, satu gulung harga RM3.20. Memang dasyat, semua benda naik harga, bukan makanan dan barang dapur saja, benang kait pun turut kena tempiasnya.

Jadi, oleh kerana saya tak boleh mengait lagi, saya berhajat untuk let go je benang-benang ini semua. Puas juga saya fikir, nak bagi pada siapa? Kalau saya di KL, boleh juga saya beri kepada pertubuhan kebajikan ibu-ibu tunggal dan wanita bermasalah, yang buat produk kait dan jual. Lepas tu, saya fikir balik. Sebaik-sebaik sedekah, kepada orang yang dekat dengan kita, keluarga kita, kenalan kita. Siapa yang saya kenal yang boleh mengait?

Benang kait oversea
Benang kait oversea.

Benang kait oversea ni pun, saya beli slow-slow, ada yang dari Turkiye, ada yang beli di Spotlight, ada yang beli di Daiso. Tak tahulah kadang benda beli dari Daiso bukan dari Jepun pun, tapi made in China pun ada, kan. Benang pula, ada benang kapas, wool, dan entah jenis apa, saya pun dah lupa. Tengok, boleh lupa. Bayangkan berapa lama saya simpan dalam almari, tapi tak guna. Sayang, baik berikan saja pada orang yang guna. 

Benang pula ada yang jenis halus untuk jahit lace tu, atau orang dulu jahit alas meja, sampai benang yang agak besar, yang satu warna, yang multi-color. Jadi, jarum kait yang digunakan pelbagailah, saiznya. Untuk kemudahan, saya beri sekali jarum kait yang saya ada serta alat untuk menentukan saiz jarum kait, sekiranya tulisan pada jarum kait sudah hilang dan kita tak dapat tentukan jarum kita saiz berapa mm.

Fikir punya fikir, saya teringat anak blogger Nieza, Che Mek yang boleh mengait. Nieza pun ada share hasil kait Che Mek di blognya. Jadi itu yang saya tanya Nieza dulu, sama ada berminat tak. Sebab Nieza pun dalam proses pindah. Orang tu sibuk mengemas, aku pi tambah pula barang dia. 🙈 Saya berbesar hati dapat beri kepada Che Mek. Saya memang berniat nak beri pada orang yang boleh guna benang-benang ini semua. 

Selamat jalan, benang-benangku. Semoga terjalin menjadi sesuatu yang indah pada tuan yang baru. I love you, but I have to let you go. Dengan rasminya, saya pencen dari mengait, demi kebaikan mata saya. Allahuakbar, lapangkanlah dadaku untuk terima hakikat yang saya tak boleh lagi buat benda yang saya suka. Eh, nak sedih kenapa kan. Inilah hidup. Insya-Allah, saya jumpa ketenangan lain dalam berkebun. 

Lepas saya let go benang, bertimpa-timpa hadiah sampai pada saya, dari Kak Amie, dari SA, dan dari Fanny. Masya-Allah, rasa magik sangat. Kuasa Allah. 💗

Baiklah. Jumpa lagi. 💗

Post a Comment

2 Comments

  1. Alhamdulillah rezeki tidak pernah salah alamat. Baik kepada pemberi atau kepada penerima. Cantik betul warna semua benang kait tuh. Macam terapi mata pula melihatnya😍

    ReplyDelete