Tudung bawal

Assalamualaikum kepada semua pembaca blog yang saya hormati sekalian... 

Ini cerita pada 25 Oktober 2025. Ha ah, saya ni bila masukkan gambar dalam draft entri, mesti tulis tarikh. Untuk rekod sendiri di masa hadapan, gitew.

Sebenarnya, saya masih mencari tudung yang sesuai. Tudung yang senang dipakai. Tudung yang tak perlu gosok. Tudung yang boleh pakai solat. Suka cuba-cuba pelbagai jenis tudung. Masih mencari. Bila blogwalking, saya perati jer tudung kawan-kawan blogger pakai. Tiba-tiba, saya terjangkit dari blogger SA. Saya terbeli tudung bawal. 🙈

Walaupun saya ni, bukan suka sangat tudung yang kena gosok ni. Dulu-dulu, kita semua pakai tudung bawal, kan. Masa tu, tak ada lagi shawl. Tudung empat segi je yang banyak. Tudung sarung pula, style budak sekolah. Tak ada macam sekarang, dari fabrik ringan untuk sukan. Sekarang ni kalau tengok tutorial tudung bawal di youtube, macam-macam cara boleh kita gayakan. Tak perlu lipat separuh dah, boleh lipat jadi segi empat tepat, dan lain-lain lagi. 

Ini kalau pembaca blogger lelaki yang baca, mesti pening. Macam suami saya la, pada dia, tudung semua sama je. Pada kita orang perempuan, mana sama, kan? Kena tengok acara atau agenda apa kita nak buat, keadaan cuaca lagi yang perlu diambil kira. Hehe...

Dulu-dulu memang saya banyak tudung bawal, tapi banyak juga dah sedekahkan. 

Contoh saya pakai tudung bawal
Contoh saya pakai tudung bawal. Yang ini, saya beli kat pasar pagi Kuala Kangsar je.

Saya tak kisah sangat, kalau corak sweet, bunga-bunga kecil, harga RM5, RM10, saya beli je, kalau terjumpa di pasar minggu atau pasar malam.

Berikut adalah yang saya baru beli, brand Shawlpublica dekat shopee. Terpengaruh dengan SA 👉 Wanita dan Tudung Tak Dapat Dipisahkan.

Waktu saya scroll Shopee, tak banyak yang ada stock. Maknanya, laris ye, brand Shawlpublika ni. Ini pertama kali saya cuba beli.

Beli tudung ShawlPublika
Tadaaa... 

Beli whimsical collection, kod adore, RM29.

Beli Maharani Raya, kod kenchana, RM29.

Beli safari chic collection, kod bloomie, RM49

Selamat, sudah beli. Lepas tu, malam yang sama, saya tengok, seller buat live. Yang harga RM29 turun jadi RM10. Alamak... takpe la, takde rezeki nak dapat harga diskaun.

Corak tudung ShawlPublika
Buka tengok corak tudung.

Dari kiri Adore, Bloomie dan Kenchana.

Ok. Boleh gosok tudung dan pakai nanti.

Nak pergi berkebun
Nak pergi berkebun

For safety reason, bila berkebun terpaksa ikat tudung macam tu. Pernah sekali pakai macam biasa ke depan, sangkut daun berduri, kita pula tak perasan. Sedang fokus cabut rumput. Tiber tengok bawah, OMG, my tudung berlubang already! Sejak itu saya tak masuk dah tempat sempit-sempit untuk cabut rumput ni. Kena clear laluan dulu. Tudung baru, pakai berkebun je. Suami cakap comei. Saya pun happy. 😊 Betul la, tudung ShawlPublika ini senang dibentuk, berbanding tudung beli di pasar malam. 

Ok la. Jumpa lagi, ye. 💗

Post a Comment

38 Comments

  1. Sukanya ada yang terjebak dengan entry kita...hahaha..SA sebenarnya ada beli lagi tau..memang suka beli time Live kat Shopee atau kat Tik Tok...suami dah geleng kepala je..eh ornag lelaki mana tau kepuasan kita orang perempuan bila bab tudung kan...hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah.. dia beli lagi. Hehe... nanti tunjuk aaa, nak tengok. 😁

      Delete
  2. Cumin bah....pandai Nur pakai bawal. Saya masih rak lurus, herot petot saja. Mungkin kena pandai pilih jenis kainnya juga kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, kak Amie. Kena tengok kain tudung juga. Ada yang senang dibentuk. Ada yang sudah gosok pun, degil juga. Hehe..

      Delete
  3. Wah ternyata banyak aneka macam tudung , saya juga baru tahu
    Di kampung saya mungkin namanya kerudung
    Eh saran nih aktifkan tampilan blog respponsivenya. Tinggal pilih menu di tema html, nanti ada pilihan responsive
    Biar enak baca saat pengunjung buka via hape.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya, Mas. Ada banyak jenis kerudung. Saya itu, tak jumpa apa yang Mas sarankan. Oleh itu, saya tukar terus template blog yang cirinya ada responsive. Hape itu pun saya tak pernah coba atau dengar, Mas. Huhu.. tapi terima kasih atas maklum balasnya. Semoga paparan blog saya lebih enak dibaca sekarang, banding sebelum ini.

      Delete
  4. yang nak pergi berkebun dah gaya budak form 5 nak ambil Spm
    cantik comel sangat kakakku

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaaa... Afzan ni. Meh sini, akak belanja makan.

      Delete
  5. Last Cuya beli tudung masa tahun 2023 sebab nak konvo. Pastu Cuya tak beli sebab masa kerja kan ada uniform, jadi pakai tudung hitam je.
    Akan dtg tkthu la beli ke tk, sebb dh 2 tahun tk beli, sebb tudung pon bnyk tk terpakai hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lamanya Cuya tak beli tudung. Oh, pakai uniform rupanya. Wah... betul juga, tudung banyak, tapi pakai tudung yang sama saja, ya.

      Delete
  6. sokong kak afzan...comey ngat... linda tengah menahan diri dari beli tudung nie.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beli Linda, beli. Astaghfirullahalazim....

      Delete
  7. Cantik juga tudung bercorak macam ni. Mudah dipakai dan sangat sesuai dipakai dengan baju atau jubah yang kosong (tidak berbunga atau bercorak).

    ReplyDelete
  8. Cie memang pemakai bawal. Lama dah tinggalkan shawl. Zoe Arisa pun best beli kat Shopee murah je.

    ReplyDelete
  9. Orang pakai tudung bawal ni nampak muda katanya. Dulu zaman remaja dan zaman study suka pakai tudung bawal. Sekarang lebih suka pakai shawl instant dan warna plain. Bersukan pula pakai tudung khas untuk sports. Shawlpublika tu tudung bawal dia cantik-cantik coraknya kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gitu, shawl instant pun akak suka juga. Betul, cantik-cantik corak Shawlpublika.

      Delete
  10. Sy pemakai tudung bawal forever haha... Dari zaman belajar sampai skrg, bawal je sokmo. Tapi di rumah pakai juga la tudung sarung, senang nak keluar masuk rumah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waiya. Bagusnya, PH. Setia dengan bawal. Betul, ikut keadaan kan. Tudung sarung, senang, nak pakai.

      Delete
  11. Pengakuan: Uncle memang pening hal2 tudung ni....

    ReplyDelete
  12. Saya memang pakai tudung bawal cuma jenis kain yang saya suka itu susah jumpa. Bagi saya tudung bawal ini nampak comel. Hehe.
    Nur cantik je pakai jenis apapun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. setuju dengan NA. Bab jenis kain itu pun betul. Nak jumpa yang tidak jarang itu susah. Kalau agak jarang, kena cara pakai yang betul supaya tak nampak bayang leher. Ni lagi sorang. Meh sini meh, saya belanja makan.

      Delete
  13. alolo tomelnya pakai bawal nak pi kebun. Akak memang guna bawal pernah terjebak time shawl tapi tak reti nak mengayakannya last bagi je sapa yang nak. Bawal pi jenjalan tudung sarung pi kerja sonang tak terkial2 kena cari penitinya lah broochnya lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shawl biasa tu, memang agak tricky nak belajar pakai ye, kak. Hehe.. betul, betul. Saya pun ada rasa macam kena beli brooch baru pula, bila dah pakai bawal ni.

      Delete
  14. Pergh...lain macam level Tot ni, pergi berkebun pakai tudung bawal! Saya tudung sarung jelah. Hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. feel good gitu, walaupun duduk rumah, tetap pakai tudung lawa. Hik hik.

      Delete
  15. Cantiknya dia pergi berkebun. Macam selalu tengok drama² orang siram lawa² gayanya. Sy pun kerap pakai bawal skrg, senang, nak gosok tu jer la kena rajin, huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. macam mak datin dalam drama ya, SK. Padahal pergi berkebun je. Itu la, kena gosok banyak-banyak sekaligus, senang nak pakai.

      Delete
  16. Buat saya memang tudung ini yg terpenting mudah dibentuk, tak licin. Kalau licin, secantik apapun motifnya, saya tak akan pakai. Merusak mood kalau pakai tudung tp tak rapi atau on point hahahaha

    Baguus nih kak. Saya kemarin juga ada dapat beberapa tudung dari Malaysia. Mudah dipakai, sukaaaalah. Langsung minta asisten untuk cuci dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, Fanny, akak setuju. Mesti cantik, tudungnya. Alhamdulillah.

      Delete
  17. Wahhhh molek-molek corak tudung bawalnya. KSarie ada berenyut tudung tapinya dok ulang pakai tudung yang sama sampai pudar😅Tudung yang tak perlu digosok selalu menjadi pilihan😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. senang kan, KSarie, tudung yang ironless. Saya pun suka juga.

      Delete
  18. rasanya perempuan mmng ada fasa hype tudung kan kak. sekitar tahun 2009-2013 tu zaman saya pakai pashmina. lepastu 2015 camtu zaman hype bawal crepe, pastu bertukar ke bawal cotton plain, pastu shawl biasa. now saya tgh di fasa suka cari bawal cotton bercorak hahaha.

    tapi kalau kak nur nak beli tudung bawak takyah gosok, beli yg style instant kain moss crepe tu. harga bawah rm15 je saya beli kt shopee. best boleh pin kiri kanan macam tudung bawal biasa. yg penting tak nampak macam mokcik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah... pashmina tu, akak tak reti pakai, tau, Mazni. Aduh, terbelit-belit. Mazni dah sebut ni, akak sudah terbeli lazy bawal kat shopee, RM4 jer. Hehe..

      Delete