Assalamualaikum, semua...
Cerita masa family kami cukup korum hari tu. Pada 19 Disember yang lepas, kami sekeluarga pergi main bowling di pusat bowling baru buka di Manjung. Tak adalah baru buka sangat, cuma kami pertama kali pergi.
Amirul ada kelas online saja, itu yang dia balik sekejap. Tak bagitahu pun dia nak balik. Tiba-tiba satu malam, Hafizan kata, ada kereta depan rumah. Waktu itu, sudah pukul 10 malam. Tengok-tengok, budak Amirul ni sampai dari Dungun. Surprise! dia kata. Anak bertuah.
Nama tempatnya, Ten Pin Bowling Alley Seri Manjung.
![]() |
| Sulaiman punya giliran di belakang. |
![]() |
| Acik baru nak baling bola |
Hampeh. Tangan pun bengkok. Masuk longkang sokmo. Tapi ada sekali, Acik ter-strike! Sekali je la.
Video oleh bapak budak. Ambil waktu mak budak punya giliran.
![]() |
| Score selepas habis dua game. |
A - Amirul
M - Mama
W - We
L - Leman
O - Hafizan
Bukan main happy lagi budak Sulaiman sebab score dia paling tinggi. Dia kata, dia tak pernah menang dalam mana-mana game. Senyum sampai ke telinga dia.
![]() |
| Mama di depan, dengan Hafizan, Amirul, Sulaiman dan bapak budak. |
Alhamdulillah. Jadilah ni, dapat habiskan masa anak-beranak. Kami tak ada pergi bercuti jauh-jauh pun. Banyak lepak di rumah. Yang ini pergi bowling. Ada sekali, kami pergi karaoke. Selain itu, pergi makan-makan.
Amirul pun sudah balik Dungun, masa saya taip entri ini.
Sekian perkongsian.
Jumpa lagi, ye. 💗




Wah ank akak semua hero eh?
BalasPadamYe, Cuya. 😊
PadamUntung Nur semua hero menjaga satu -satunya princess.....Quality time bersama kan...
BalasPadamAlhamdulillah, SA.
PadamAlhamdulillah..Seronok dpt brkumpul skali habiskn masa brsama =D
BalasPadamBetul, Nieza. Sekali-sekala bila anak balik rumah barulah dapat berkumpul buat aktiviti sesama.
Padamalhamdulillah.. seronok tu.. teringin juga nak pegi karaoke..
BalasPadamPergi karaoke memang meriah, Linda. Pelbagai genre lagu keluar mengikut umur anak².
PadamBowling ni pun best utk aktiviti famili.. sesambil borak2, sesambil layan mkn fries.. eh knp mst mkn fries ek.. hehehe.. happy je tgk bila semua complete 🥰
BalasPadamBetul kakmim, sesuai aktiviti keluarga. Alhamdulillah. 🤗
Padamseronok main bowling ramai2...kita entry bowling bln 7 aritu tk sempat update lg...byk sgt entry dlm draf
BalasPadamTudia.. publish je, mama tisya. Lama tertunggak tu.
PadamDapat spend time macam ni pun dah seronok.
BalasPadamBetul, Cie. Enjoy je.
PadamBest nya main bowling, nak main tak ada kawan, walaupun tak terer hehe.
BalasPadamNanti Mulan ajaklah husband dan anak². Main seronok² je. 😊
PadamYang ter-strike tu mesti tak sengaja kan Nur ahak! Gurau² je ye... Saya pun x reti main bowling, main guli bole la :)
BalasPadamHehe.. memang, lucky first balingan je, PH. Lepas tu, semua mesti masuk longkang.
PadamMain guli pun best. Teringat zaman budak² yek.
Alhamdulillah rezeki bermain bowling satu keluarga. Masuk longkang semua belakang kira kan. Yang penting semua enjoy. Anak Tot semua heroes rupanya. Sama la kita.
BalasPadamBetul, KSarie. Main seronok² je. Ye, kita sama. Anak teruna belaka.
Padamseronok kan bila semuanya ada.
BalasPadamAlhamdulillah, kak. 😊
PadamNampak pro masa baling. Tidak kekokpun Nur.
BalasPadamTakde la, NA. Nampak je macam pro. Pro bab masuk longkang je la. 😁
PadamMasuk longkang tu perkara biasa
BalasPadamKannn... Hik hik...
PadamMain bowling nih seruuuuu. Tapi saya pun tak pandai2 sangat 😄. Sekedar memeriahkan suasana saja kan. Biasa kalau malas, temani suami saja. Dia yg paling sukaaa main bowling ini
BalasPadamYe la Fanny. Kita ni memeriahkan suasana saja. Tentu suami Fanny terer main bowling.
Padamseronok bila semua anak2 ada kat rumah. muka hafizan tu mmng sebijik sebijon copy paste bapaknya
BalasPadamAlhamdulillah, Mazni. Hehe.. anak bapak. 😊
Padam