Selasa, 30 Disember 2025

Bowling

 Assalamualaikum, semua...

Cerita masa family kami cukup korum hari tu. Pada 19 Disember yang lepas, kami sekeluarga pergi main bowling di pusat bowling baru buka di Manjung. Tak adalah baru buka sangat, cuma kami pertama kali pergi. 

Amirul ada kelas online saja, itu yang dia balik sekejap. Tak bagitahu pun dia nak balik. Tiba-tiba satu malam, Hafizan kata, ada kereta depan rumah. Waktu itu, sudah pukul 10 malam. Tengok-tengok, budak Amirul ni sampai dari Dungun. Surprise! dia kata. Anak bertuah.

Nama tempatnya, Ten Pin Bowling Alley Seri Manjung. 

Main bowling di Ten Pin Bowling Alley Seri Manjung
Sulaiman punya giliran di belakang.

Bapak budak beli sampai 2 game. Ha, puaslah main. Bukan terer main pun. Masuk longkang je banyak. Saja suka-suka. Tapi satu je tempat ni, kedudukan agak rapat. Macam sempit sikit. Dekat dengan orang sebelah punya tempat duduk. Kami pernah main bowling di Ipoh Parade, sana lebih lapang dan luas, adalah ruang antara kita dengan orang lane sebelah.
Yang lain-lain ok. Tempat sejuk. Ada cafe juga di dalam pusat bowling, jika dahaga nak beli air atau lapar.

Acik main bowling
Acik baru nak baling bola

Hampeh. Tangan pun bengkok. Masuk longkang sokmo. Tapi ada sekali, Acik ter-strike! Sekali je la.


Video oleh bapak budak. Ambil waktu mak budak punya giliran.

Score selepas siap dua game bowling
Score selepas habis dua game.

A - Amirul

M - Mama

W - We

L - Leman

O - Hafizan

Bukan main happy lagi budak Sulaiman sebab score dia paling tinggi. Dia kata, dia tak pernah menang dalam mana-mana game. Senyum sampai ke telinga dia.

Family kami main bowling
Mama di depan, dengan Hafizan, Amirul, Sulaiman dan bapak budak.

Alhamdulillah. Jadilah ni, dapat habiskan masa anak-beranak. Kami tak ada pergi bercuti jauh-jauh pun. Banyak lepak di rumah. Yang ini pergi bowling. Ada sekali, kami pergi karaoke. Selain itu, pergi makan-makan. 

Amirul pun sudah balik Dungun, masa saya taip entri ini. 

Sekian perkongsian.

Jumpa lagi, ye. 💗

30 ulasan:

  1. Untung Nur semua hero menjaga satu -satunya princess.....Quality time bersama kan...

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah..Seronok dpt brkumpul skali habiskn masa brsama =D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, Nieza. Sekali-sekala bila anak balik rumah barulah dapat berkumpul buat aktiviti sesama.

      Padam
  3. alhamdulillah.. seronok tu.. teringin juga nak pegi karaoke..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pergi karaoke memang meriah, Linda. Pelbagai genre lagu keluar mengikut umur anak².

      Padam
  4. Bowling ni pun best utk aktiviti famili.. sesambil borak2, sesambil layan mkn fries.. eh knp mst mkn fries ek.. hehehe.. happy je tgk bila semua complete 🥰

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul kakmim, sesuai aktiviti keluarga. Alhamdulillah. 🤗

      Padam
  5. seronok main bowling ramai2...kita entry bowling bln 7 aritu tk sempat update lg...byk sgt entry dlm draf

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tudia.. publish je, mama tisya. Lama tertunggak tu.

      Padam
  6. Dapat spend time macam ni pun dah seronok.

    BalasPadam
  7. Best nya main bowling, nak main tak ada kawan, walaupun tak terer hehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti Mulan ajaklah husband dan anak². Main seronok² je. 😊

      Padam
  8. Yang ter-strike tu mesti tak sengaja kan Nur ahak! Gurau² je ye... Saya pun x reti main bowling, main guli bole la :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe.. memang, lucky first balingan je, PH. Lepas tu, semua mesti masuk longkang.
      Main guli pun best. Teringat zaman budak² yek.

      Padam
  9. Alhamdulillah rezeki bermain bowling satu keluarga. Masuk longkang semua belakang kira kan. Yang penting semua enjoy. Anak Tot semua heroes rupanya. Sama la kita.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, KSarie. Main seronok² je. Ye, kita sama. Anak teruna belaka.

      Padam
  10. Nampak pro masa baling. Tidak kekokpun Nur.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Takde la, NA. Nampak je macam pro. Pro bab masuk longkang je la. 😁

      Padam
  11. Main bowling nih seruuuuu. Tapi saya pun tak pandai2 sangat 😄. Sekedar memeriahkan suasana saja kan. Biasa kalau malas, temani suami saja. Dia yg paling sukaaa main bowling ini

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye la Fanny. Kita ni memeriahkan suasana saja. Tentu suami Fanny terer main bowling.

      Padam
  12. seronok bila semua anak2 ada kat rumah. muka hafizan tu mmng sebijik sebijon copy paste bapaknya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, Mazni. Hehe.. anak bapak. 😊

      Padam