Tuesday, December 2, 2025

Nasi goreng daging dan hobi lama

Assalamualaikum, semua... 

Entri kali ini, cerita pada 17 November 2025 yang lepas. Daging goreng yang saya masak pada entri sebelum ini, ada tinggal tak sampai sepuluh ketul. Nasi dalam rice cooker dalam peti ais pun ada lagi. Jadi, saya masak nasi goreng daging. 

Nasi goreng daging
Nasi goreng daging

Agak pedas juga, tapi boleh tahan sedap. Saya cakap sedap bukan sebab saya yang masak, tapi sekejapan saja boleh licin nasi gorengnya. Maknanya, sedap la tu. Tak pun, sebab semua orang lapar. 😁

Hobi lama muncul kembali

Sejak saya sudah pencen mengait ini, timbul semula minat membaca dalam diri saya. Sudah lama saya tinggalkan. Padahal dulu masa sekolah menengah, saya suka sangat dengan perpustakaan. Sampaikan saya daftar jadi ahli Kelab Sahabat Perpustakaan Negara Malaysia di Jalan Tun Razak itu. Merasalah saya buat kerja sukarela, memasukkan data buku baru ke dalam sistem. 

Bila isi borang UPU pun, saya nak minta kursus Pustakawan. Tapi kakak sulung cakap tiada prospek, disokong oleh ibu saya. Saya yang waktu itu menurut perintah, ikutkan saja ambil kursus yang orang tua suruh. Bahagia ibu, bahagialah saya. Boleh pula sesuaikan diri sampai habis diploma dan ijazah, sampai bekerja dalam bidang tersebut, dari bujang sampailah berkahwin dan beranak satu. Last-last sekarang jadi surirumah. 

Bila berblogging ini, sedikit sebanyak bila baca blog kawan-kawan, kesedaran itu datang kembali, terutama bila saya berkunjung ke blog Bidasari yang rajin membaca dan pinjam buku perpustakaan. Sejujurnya, saya dah lupa tentang minat saya yang satu itu. Sudah tenggelam jauh ke laut dalam, sehinggalah baru-baru ini.

Pada petang hari tarikh entri ini, saya dan suami berjalan-jalan di Aeon Mall. Saya masuk kedai buku Popular. Nak beli buku, macam agak mahal. Sedangkan saya baru saja spring cleaning, menjual buku-buku lama, untuk minimakan barang dalam rumah. 

Jadi, saya masuk perpustakaan dalam mall. Ye, pertama kali saya masuk. Huk huk. Padahal Perpustakaan Komuniti Aeon Manjung itu sudah lama wujud. Saya jalan-jalan dalam perpustakaan, tengok buku-buku, cari buku yang menarik minat saya, dan saya pergi ke kaunter lalu mendaftar jadi ahli. Terus pinjam buku di bawah.

Tenanglah Hati: Sesungguhnya Kau Tidak Boleh Mengalah, karya Reyna Ibrahim

Ini salah satu sebab mengapa ada hari dalam bulan November lepas, yang saya tidak update blog. Saya ambil masa untuk membaca di masa lapang, bila siap kerja rumah. 🥰

Yuran keahlian perpustakaan baru dewasa, harga RM11 untuk setahun. Selain perpustakaan di mall tersebut, saya boleh juga pinjam buku dari mana-mana Perpustakaan Awam Negeri Perak, yang menggunakan sistem yang sama. Ada pustakawan tersebut cakap, kecuali beberapa perpustakaan desa yang terkecuali. Tapi oklah. Sekali pinjam, boleh sampai enam buah buku. Buat masa ini, saya pinjam sebuah saja. Jangan tamak. Hehe... 

Terima kasih kepada rakan blogger KSarie dari blog Bidasari, yang tabiat membacanya telah berjaya mengembalikan hobi lama saya yang sudah lama menghilang. 🤗

Itu je la nak cerita.

Jumpa lagi, ye. 💗

5 comments:

  1. Saya pun sudah lama terakhir kali beli buku untuk hiburan. Padahal dulu sering mampir ke toko buku.

    ReplyDelete
  2. saya paling suka makan nasi goreng, tapi tidak suka pedas.

    ReplyDelete
  3. SA kan...ada banyak novel x baca lagi..beli je...koleksi jangan cakap la..banyak giler..nbaru ni beli rak buku pun x pasang lagi..ingat hujung tahun ni habiskan cuti baru pasang...

    ReplyDelete
  4. Kalau licin habis tu maknanya sedap lah tu. Lepas ni mesti ada orang request nasi goreng daging lagi.
    Kagum juga dengan KakSarie yang rajin membaca. Bila dah mula tu, mesti rasa semangat nak teruskan hobi membaca ni.

    ReplyDelete
  5. Hari tu pergi AEON Manjung, ada nampak juga perpustakaan tu..bagus betul inisiatif yang di ambil..seronok rasa..tapi, tulah..kita je yang suka tengok buku macam²..anak² tak minat pun.. hahaha

    ReplyDelete