Monday, March 2, 2026

Bersenam Februari

 Saya rasa bila habis sesuatu bulan, saya akan update di blog aktiviti bersenam untuk bulan itu, sebagai rekod saya. Juga, saya boleh buat perbandingan antara bulan sebelumnya.

Aktiviti berlari termasuk yang atas walking pad (jenis aktiviti: Treadmill di jam) dan slowjogging di padang, sebelum masuk bulan puasa (jenis aktiviti: Running di jam).

Jumlah jarak di bulan Februari: 67.5 kilometer

Purata sehari: 2.4 kilometer

Purata mingguan: 16.9 kilometer

Dari gambar rumusan di atas, boleh nampak yang saya tak lari pun hari-hari. 

Aktiviti berjalan tak banyak pun. Cuma 0.4 kilometer dalam bulan Februari 2026.

Aktiviti cardio, strength training (angkat beban atau bodyweight) dan yoga pula adalah selama 3 jam 25 minit di bulan Februari. 

Purata masa sehari: 7 minit 21 saat

Purata masa mingguan: 51 minit 29 saat

Aktiviti ini, saya selalu buat sekurang-kurangnya, 20 minit setiap sesi. Tapi bukan setiap hari pun saya buat.

Senaman cardio yang saya suka buat adalah jenis dynamic cardio bodyweight exercise (senaman cardio dinamik tanpa alat).

Dynamic: Pergerakan berulang dan aktif (jingkit, angkat kaki, clap, turun naik posisi)

Cardio: Heart rate naik dengan cepat sebab melibatkan banyak otot serentak.

Bodyweight: Guna berat badan sendiri, tak guna beban.

Saya buat low impact cardio (tak lompat, jaga lutut). Ada aerobic interval (kerana dibuat berulang dalam set, contohnya 50 kali). Melibatkan functional movement (pergerakan natural seperti angkat kaki, koordinasi tangan dan kaki).

Senaman yang saya buat adalah 

  • Jingkit kaki dan tangan ke atas sebanyak 50 kali.


  • Berdiri dan bawa lutut bertemu siku bertentangan atau standing knee to elbow crunches, 50 kali. 


  • Berdiri dan tepuk bawah lutut, selang seli kiri dan kanan, atau high knee clap, 50 kali.

  • Mountain climbers menggunakan kerusi, 50 kali. 
Tangan pegang kerusi, bawa lutut ke kerusi, silih berganti, kiri dan kanan.

Ulang empat senaman ini sampai cukup 20 minit. 

Okay. Sekian laporan aktiviti bersenam di bulan Februari 2026. 
Jumpa lagi, ye. 💗

3 comments:

  1. Rajinnya Nur bersenam..SA ni harap briskwalk aje la hari2 pi kerja dan balik kerja...ada masa nanti nak buat senaman macam ni jugak...

    ReplyDelete
  2. Huish lamanya tak bersenam macam ni :)

    ReplyDelete
  3. Nak konsisten senaman ni la yang susah. Cie nak kena mula semula ni. Dulu gigih buat setiap hari.

    ReplyDelete