Wednesday, April 8, 2026

Pergi pasar pagi Sabtu Bota Kanan

 Ini cerita pada 28 Mac 2026 yang lepas, bersamaan 8 Syawal 1447H.

Tertanya-tanya juga, nak pergi ke, tak nak, pasar pagi Sabtu pada pagi itu. Sebab pada hari sebelumnya, pasar malam Jumaat di Bukit Permata, Lumut, macam tak ada lagi orang niaga. Orang masih ramai cuti raya. Suami ajak pergi je. Kalau ada, adalah. Kalau tak ada, kita jalan-jalan cari tempat sarapan yang ada. Orait..! 

Kami pergi berdua je. Amirul dan Sulaiman tak ikut. 

Langit pagi

Besar sungguh matahari di langit. Pemandangan langit pagi yang indah dari dalam kereta. 🥰

Suami tak parking kereta di tempat biasa, iaitu bersebelahan SMK Dato' Abdul Rahman Yakub, Bota Kanan. Dia terus masuk simpang ke Bota Kanan. Jadi, kami lalu dululah pasar pagi itu, menerusi jalan utama. Orait, ramai orang niaga. Jom kita cari tempat parking.

Masjid Bota di kejauhan

Lawa pula tengok kubah Masjid Bota Kanan. Pemandangan baru bagi saya. Tak pernah lihat dari sudut ini. Biasanya, kami lalu tepi, jadi tak boleh nampak view masjid itu. Kelihatan juga payung-payung biru pasar pagi. Sudah ramai orang berniaga. Ingat kan, masih cuti raya.

Pemandangan di pasar pagi 

Sebulan tak pergi, masa bulan ramadan. Rindu pula suasana di pasar pagi. 😊

Ikan sungai

Ikan segar-segar. Masih hidup. Ikan sungai ada, ikan laut pun ada. Udang galah kaki biru pun ada. Lama tak makan udang besar kaki biru tu. Saya sekadar tengok sajalah. Harga satu piring udang galah, antara RM40 hingga RM60. Telan air liur.

Pokok-pokok

Pokok bunga ada, pokok buah pun ada. Bahaya lalu sini. Mesti nak tengok juga, pokok-pokok yang ada. Terapi mata. 

Beli nasi dan bihun dekat makcik ni.

Nasi makcik ni bungkuskan, portion besar. Semoga murah rezeki makcik dan pakcik dan semoga sihat-sihat selalu. Sudah biasa beli dengan makcik ni. Lauk-pauk pun banyak. Nasi kerabu ada, nasi lemak pun ada, juga bihun goreng.

Baru siap tempat ini, Dataran Tuntung ni.

Kali terakhir kami datang, tempat ini belum siap. Baguslah, ada tempat riadah, sebab ada kawasan perumahan baru di situ. 

Sekali pandang, macam ninja turtle pun ada.


Kiri dan kanan jalan ada

Mercu tanda baharu la ni. Ada pusat konservasi berhampiran. Tuntung Sungai Perak ini sudah semakin terancam, kome. 
Kalau berminat, bolehlah datang ke Pusat Konservasi Hidupan Liar (Tuntung) yang terletak di Bota Kanan, Perak ini. Pusat ini ditubuhkan untuk melindungi, memelihara dan memulihara populasi tuntung dan habitatnya melalui kajian penyelidikan, mengawal eksploitasi telur, program kesedaran awam dan penguatkuasaan undang-undang. - Sumber Berita Harian
Baiklah. Kita sambung jalan di pasar pagi.

Kain, bantal, tilam, kekabu.

Gemuk-gemuk betul tengok bantal dia jual.

Ada ayam hitam dalam sangkar, asyik berkokok

Saya teringat filem Hantu Kak Limah. Watak Pak Salam, bomoh lakonan Sofi Jikan, cari ayam hitam, untuk digunakan dalam upacara menghalau hantu Kak Limah. Saya dah jumpa ni ha, seekor, pakcik jual cincin ada bela ni.

Tunggu keropok lekor siap digoreng.

Sebab sudah biasa beli bila datang sini, orang keropok lekor ni pun dah kenal suami saya. Biasa beli keropok lekor keping, RM5. Makan dalam kereta. Sebelum sampai Manjung, sudah habis kami makan berdua. Hehe..

Balik rumah, makan bihun goreng makcik.

Sebukit kan, makcik ni letak. Ada bungkus nasi serta lauk untuk anak-anak. Ada belimbing buluh dalam kari makcik. Sedap! 😋
Macam-macam ada di Pasar Pagi Sabtu Bota Kanan ni. Nak cari makanan, bahan mentah, sayur-sayuran kampung, buah-buah, kerepek, kuih-muih, pakaian, macam-macam ada. 
Kome suka pergi pasar pagi hujung minggu tak? Cer citer, cer citer...
Baik. Jumpa lagi, ye. 💗

28 comments:

  1. Waktu di Aceh saya sering ikut mama ke pasar, Krn banyak jual makanan sedap2. Nov kemarin saya ke Aceh, saya puas2kan makan yg dulu sering saya beli.

    Tp di JKT saya tak suka ke pasar. Sebab tak banyak yg jual makanan. Lalu tak suka baunya. JD kalau belanja di pasar, saya dah beberapa tahun ini pakai jasa personal shopper kak. Dia yg belanja, saya kasih list. Tinggal bayar kalau belanjaannya dah datang.

    Tungtung itu kura2 yaa? Saya coba browsing, ternyata di Indonesia pun ada, sebutannya tuntong. Dan juga mulai punah. Alaaah kasian lah 😔

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, senanglah macam tu, pakai personal shopper.
      Ya, Fanny. Tergolong dalam famili kura-kura juga.

      Delete
  2. Banyak tempat kena pergi juga ni..tapi tulah, Linda kalau Sabtu Ahad tu, memang malas nya nak keluar pagi².. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye la, udah berjalan jauh naik ETS, haruslah berehat di hujung minggu, kan, dan qado tidor. 😉

      Delete
  3. saya pernah ketemu ayam hitam juga waktu main ke rumah orang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye ke.. di sini macam agak jarang ketemu ayam hitam, Mas.

      Delete
  4. Uncle pun ingat ninja turtle... hahaha
    Mahalnya udang galah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe...
      Itu la, sekali-sekala boleh la beli, time teringin.

      Delete
  5. cantik view tu. pasar kat tempat cie ni dah tak meriah macam dulu2. macam takde orang sangat. kalau dulu2 berlaga bahu la berjalan kat pasar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ke.. sedih juga, kan. Dah kurang peniaga. Lagi pun orang sekarang kurang suka membeli di pasar, lagi suka beli barang mentah di mall atau supermarket yang ada aircond, kan.

      Delete
  6. Sy nak pergi la Bota Kanan, belum pernah singgah. Best pasar pagi gini.
    Baru tahu maskot Bote ni tuntung

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha, sila, sila, PH. Selain Bota Kanan hari Sabtu, pasar Kuala Kangsar setiap Ahad pun menarik juga.
      Ha ah. Tapi kesian, tuntung hampir pupus.

      Delete
  7. Wah sudah lama rasanya saya tak mampir ke pasar nih mbak. Apalagi semenjak nikah, istri saya lebih senang ke pasar modern ketimbang tradisional. Padahal seru sekali lho kalau keliling pasar seperti ini, rasa selalu ada hal baru yang menarik untuk dilihat. ya penjualnya, makanannya, barang dagangannya, selalu seru, hehehe.

    Saya baru tau ada spesies Tungtung. ini semacam kura air tapi hidup di laut kah? Selama ini hanya taunya bulus dan penyu saja. Ternyata ada spesies tengah2 nya ya.
    Jika ada kesempatan, saya ingin lihat juga ni hewan tuntong yang kian langka ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ajaklah isteri dan putri, sekali-sekala tukar angin, membeli di pasar. Boleh jamu mata, Mas Fajar.
      Tuntung ini, hidup di sungai, Mas. Sayang sudah hampir pupus. Mujur ada pusat pulihara spesies tuntung ini, jadi orang ramai bisa lihat.

      Delete
  8. Sy baru sekali pegi sini hujung tahun 2024. Suka la sini sbb ade brader jual kain ela. Dulu arwah mak mmg selalu amik kain ela & kain batik dkt dia. Dulu dia slalu ada dkt pekan selasa kg.gajah tu. Masa pegi sana tu sy ada beli kain ela dr dia. Kualiti elok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pekan selasa Kg Gajah tu, saya ada juga pergi. Wah.. ye ke.. kain ela kualiti bagus. Tak pernah pula membelek. Memang selalu tengok orang beli kain sekolah situ.

      Delete
  9. Besstnyaaaa...kalau dapat pi ni macam- macam la SA beli...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, SA. Beli sayur dan lauk mentah untuk seminggu.

      Delete
  10. Igtkan harga udang kat kampung2 dptla murah. Sama mcm rate bando rupanya huhu.
    Saya suka bota, tenang je. Pekan orang lama2 gitu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye la, Mazni. Harga standard, gamaknya.
      Ha ah. Aman damai kat Bota. Rumah lama tradisional Perak pun banyak. Suka tengok.

      Delete
  11. Pasar Pagi, Pasar Tani lama betul tak pergi. Mahal jugak sebenarnya kan tapi sebab macam2 ada di Pasar Pagi/Tani ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, Mulan. Dari segi harga, sama, ada mahal, ada murah. Cuma kadang ada sayur dan buah jarang jumpa. Itu yang best.

      Delete
  12. Uniknya ada belimbing muda dalam mihun.
    Kira jarang pergi pasar pagi. Tq bawa jalan-halan dalam blog☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belimbing buluh dalam kuah kari. Jadi, ada rasa masam-masam sikit.
      Hehe.. sama-sama, NA. 🤗

      Delete
  13. Ada Pusat Konservasi Tuntung di Bota rupanya. Boleh masuk dalam list untuk dilawati bersama anak-anak satu hari nanti in sya Allah. KSarie masih teringat pasar pagi di Temerloh yang KSarie pernah pergi 5,6 tahun lepas. Seronok tengok ikan-ikan sungai. Ada yang telah siap digaram kunyitkan lagi. Balik tinggal goreng aje. Banyak juga ulam yang KSarie tidak tahu nama. Kuih tradisionalnya pun aneka jenis. Jadi bagaimana hendak menjaga makan di bumi Malaysia ni😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh, KSarie. Saya pun tak masuk lagi, pusat konservasi tuntung tu, tengok dari luar je.
      Ikan sungai yang telah siap digaram kunyit macam KSarie cakap tu, ada dijual di pasar pagi Ahad, Kuala Kangsor, kalau KSarie berminat. Hehe...
      Alaaa... betul sangat! Memang manjang tergelincior diet kita ni kan..

      Delete
  14. Dulu selalu pergi pasar pagi kat Parit Sulong. Seronok sangat sebab banyak sayur kampung dan makanan yang murah. kalau pergi belum sarapan emm memang penuh tangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe... itu biasa, kak. Semua makanan rasa nak try.

      Delete