Menerbitkan sampai berjanggut

 Publishing but nothing happened.

Menerbitkan tapi tak ada apa-apa jadi, page tidak refresh, gagal reply komen.

Gagal balas komen di blog platform blogspot
Menerbitkan, tapi sampai ke sudah, tunggu tarak apa-apa jadi.

Masalah sejagat rupanya.

Sebab tiada email notifikasi masuk maklumkan komen di blog kita. Jadi, bukan terjadi di blog saya saja. Blog orang lain pun jadi juga.

Sudah check pop-up blocker. 

Sudah clear cookies dan cached.

Sudah log-out dan sign-in semula.

Semua tak berjaya.

Tukar browser, dari google chrome ke Microsoft Edge. Sama juga.

Buka guna laptop, dan cuba pula buka guna handphone, juga gagal balas komen.

Kadang saya rasa, mungkin dia nak tutup kot, service blogspot ni. Sebab platform percuma. Orang pula sudah kurang pakai. Ramai yang guna media sosial lain.

Mula-mula update terkini tidak keluar di bloglist, sekarang, gagal untuk publish komen yang kita taip pula.

Sangat mengecewakan, kan? Hmmm... tak tahulah.

Harap-harap cuma glitch sajalah, di pihak blogspot.

Salam hari Jumaat yang mulia.

Jumpa lagi, ya. 💗

Share:

Poketto sandwich tiramisu

 Kakak sulung saya yang seorang tu, suka benor beli satu benda ni. Dia sentiasa on the go. Kalau ada makanan sedap-sedap, dia selalu kongsi di group keluarga. Kadang-kadang, kakak kongsi dia makan di mana. 

Poketto ini pun, hasil perkongsian kakakku. Sebelum ini, saya tak pernah jumpa. Maklumlah, saya selalu singgah kedai runcit di rumah saja. Cuma bila saya merajinkan diri masuk FamiliMart dan 7-Eleven, barulah saya ternampak Poketto ini. Baru-baru ni, saya pergi membeli-belah di supermarket, ternampak di rak roti, pun sudah ada Poketto ini. 

Saya pun cubalah beli. 

Sunshine Poketto Sandwich Perisa Tiramisu
Sunshine Poketto Sandwich perisa tiramisu

Produk sandwich berkrim tanpa kulit ala Jepun yang dikeluarkan oleh Sunshine Bakeries Malaysia. Poketto ini diinspirasikan daripada snek konbini (kedai serbaneka) di Jepun. 

Keistimewaannya terletak pada roti yang lembut tanpa kerak (crustless) dan dikedapkan sepenuhnya dari hujung ke hujung supaya intinya tidak tumpah dan mudah dimakan di mana-mana. Roti ini juga menggunakan susu Hokkaido untuk memberikan tekstur gebu dan rasa lemak berkrim, gitu.

Harga sebiji Poketto ialah RM2.50. Saya rasa perisa tiramisu dulu.

Inti dalam poketto tiramisu
Tudia, inti dia...

Sedap juga dimakan bila lapar. Hehe.. roti dia lembut. 😋

Selain perisa tiramisu, ada lagi perisa lain seperti susu hokkaido, strawberi dan mori apple (Edisi terhad). 

Alternatif la, selain roti berkrim, boleh juga beli poketto ni, untuk stok bila mama belum siap masak.

Poketto perisa susu hokkaido
Poketto perisa susu hokkaido

Selain kedua perisa dalam entri ini, perisa strawberi pun saya pernah cuba juga. Boleh tahan. 

Ini bukan entri berbayar. Saja jer, kongsikan makanan sedap. Hehe.. 

Baiklah. Jumpa lagi, ya. 💗

Share:

Segmen: Mencari Bloglist 2026 oleh Ejulz

 Lagi satu segmen yang saya jumpa, melalui blogwalking ke rumah kawan-kawan. Tanpa membuang masa, saya pun join sekali la.

Banner Segmen Mencari Bloglist oleh Ejulz

Saya sudah lama follow blog Ejulz. Saya tag sesiapa la, yang masih belum join segmen ini, ya, anda yang sedang baca entri ni, jom kita join sama-sama. 😊

Semoga networking sesama bloggers semua semakin luas hendaknya. 

Saya kalau jumpa blog baru yang saya belum pernah singgah, memang saya akan add di bloglist saya. 

Sila klik banner di atas untuk turut serta.

Baik. Jumpa lagi, ya. 💗

Share:

Segmen Refresh Bloglist September 2026 Blog Nieza

 Saya baru blogwalking sikit, terus ternampak ada teman blogger kongsi tentang segmen blog Nieza ni. Jadi, saya pun tak lepaskan peluang untuk sama-sama sertai. 

Segmen Refreash Bloglist September 2026 Blog Nieza
Poster segmen Refresh bloglist Nieza

Comel je poster. 😊

Semoga ukhuwah di alam maya antara kita semua terus terjalin.

Juga, kita semua saling menyokong antara satu sama lain, dan terus semangat kemaskini blog. 

Klik poster di atas untuk join segmen ini, ya.

Jumpa lagi. 💗

Share:

Hari ambil darah

 Assalamualaikum, dan selamat sejahtera, kepada semua pembaca blogku yang dikasihi sekalian.... 

Harap anda semua sihat, dan gembira selalu. 

Entri hari ini, saya nak ceritakan apa berlaku pada hari Jumaat, 7 Ogos 2026 yang lepas. 

Pagi-pagi seperti biasa, saya pergi berjalan di padang. 

Rekod berjalan pagi di Padang Astaka, Sitiawan, Perak.
Cantik langit pada pagi itu.

Berjalan selama 57 minit, dengan jarak 4.56 kilometer, bersamaan dua pusingan padang. Alhamdulillah.

Lepas berjalan, saya terus ke hospital, ada temujanji hospital, ambil darah. Saya sudah puasa sejak 10 malam hari sebelumnya.

Nombor giliran di unit pengambilan darah, Hospital Seri Manjung.
Nombor giliran unit pengambilan darah.

Hari Jumaat biasanya tidak ramai orang. Saya tak tunggu lama pun. Tak sampai 10 minit, selesai ambil darah. Alhamdulillah. 

Merdeka! Jom makan roti canai! 😍 Padahal hari sebelumnya, sudah makan roti canai juga. Hehe...

Repeat Warung Pak Wan, Ayer Tawar. Hidup untuk dinikmati. 

Roti banjir spesial di Warung Pak Wan, Ayer Tawar, Perak.
Roti banjir spesial

Roti kosong kuah kari kambing di Warung Pak Wan, Ayer Tawar, Perak.
Roti kosong kari kambing

Sedap kuah kambing. Daging kambing pun lembut. Memang terbaik roti canai di sini. The best roti canai in the world! 👍👍

Roti jantan di Warung Pak Wan, Ayer Tawar
Roti jantan

Lain sikit rupa roti jantan sini. Kalau pergi mamak, roti jantan dia macam ditampal dua biji telur tanpa dipukul. Setepek, gitu. 

Kuah roti jantan ada sambal di Warung Pak Wan, Ayer Tawar, Perak.
Kuah roti jantan ada sambal

Alhamdulillah... sedap-sedap belaka hidangan sarapan. 😋

Keputusan ujian darah

Saya update sini teruslah keputusan ujian darah. Hari jumpa doktor adalah satu minggu selepas ujian darah. Saya punya temujanji pada pukul 3 petang, hari Jumaat, 14 Ogos 2026. Keputusan untuk tiroid, bacaan tinggi. Kolesterol pun tinggi (bacaan 11, kolesterol). Saya terima dengan hati yang lapang dan redha. Tidak sedih. Sebab apa? Sebab doktor sangat baik, dan cakap lembut dengan saya. Alhamdulillah, suka saya dapat jumpa doktor baik hati. Rezeki, dapat jumpa doktor yang cakap lemah lembut ni. Hati kita pun rasa tenang, walaupun keputusan tak berapa baik. Doktor telah menaikkan dos ubat tiroid kepada satu biji sehari. Sebelum ini, makan tiga suku biji setiap hari. Baik. 
Kesihatan saya okay. Tiada apa-apa simptom atau rasa badan lain macam ke apa. Sihat seadanya. Syukur Alhamdulillah. 
Saya ada amal minum air rebusan bunga cengkih dan kulit kayu manis ceylon. Air rebusan ini berkesan pada suami saya, ujian darah untuk kolesterol dia jadi normal. Tapi petua ini tidak berkesan pada saya. Itulah, tak boleh buat perbandingan kalau benda itu baik untuk orang lain, tak semestinya benda itu baik untuk kita. Saya sendiri pun sudah abnormal. Makan pun tak jaga. Kadang makan juga benda mengarut. Kadang? Okaylah, selalu. Macam dalam entri ini, saya makan roti canai. Sebenarnya, mana boleh. Ye la, ye la... saya cubalah jaga makan nanti. 😁

Baik. Jumpa lagi, ya. 💗
Share:

Masak nasi ayam resepi KA

 Pada hari Khamis, 6 Ogos yang lepas, saya telah masak nasi ayam. Saya ikut resepi Khairul Aming. 😊

Tengok resepi dari video, tapi saya tulis dalam buku resepi saya, untuk rujukan. Siapa boleh masak sambil tengok video resepi, sila angkat tangan! 

Saya, tak boleh. Sebab sejenis buat kerja perlahan. Jadi saya salin point penting dan saya kongsikan di sini, ya.

Resepi Nasi Ayam Khairul Aming

1. Rebus 1 ekor ayam. Masukkan halia besar ibu jari dengan tiga ulas bawang putih.

2. Bila ayam sudah separuh masak, bawa keluar ayam, asingkan.

Nasi

1. Cairkan 2-3 sudu marjerin. Masukkan kulit kayu manis dan bunga lawang. Masukkan bawang merah atau bawang besar yang telah dihiris.

2. Basuh beras. Masukkan air rebusan ayam sampai level 1 jari, masukkan bahan-bahan tumis tadi dan daun pandan, garam sikit, pewarna kuning telur (saya tak masukkan pewarna) dan masak nasi seperti biasa.

Nasi ayam dalam rice cooker
Nasi ayam dalam rice cooker

Harum bau nasi. 😍 

Ayam

Gaul ayam yang telah direbus separuh masak awal tadi, dengan garam, sos tiram dan kicap manis, minyak masak sikit, masuk dalam air fryer. Bakar 200°C selama 10 minit.

Ayam untuk nasi ayam
Ayam siap! 😋

Sup

Lebihan air rebusan, tambahkan air, letak sup bunjut, letak kaki atau tengkuk ayam, masukkan garam, gula, serbuk perasa, masukkan daun sup. Biar mendidih, siap.

Sup untuk nasi ayam
Sup ada kaki dan tengkuk ayam

Sos Kicap

Ambil sup ayam yang sudah siap sedikit, campur kicap manis, ambil halia dan bawang putih dalam sup sikit, tumbuk dan kacau dalam sos kicap.

Sos kicap untuk nasi ayam
Halia dan bawang putih sebesar alam saya letak

Sos cili

Kisar 7 biji cili besar, 4 biji cili api, dua sudu gula, garam dan air sikit. Masak atas api, siap. 

Sos cili untuk nasi ayam
Pun siap!

Salad tak ada. Potong timun dan tomato untuk ulam.

Timun dan tomato untuk nasi ayam
Timun dan tomato

Bon appetit! 

Sepinggan nasi ayam
Pinggan saya

Nyum.. nyum.. Alhamdulillah... 😋 Saya suka nasi ayam. Nasi ayam biasa ni, okay. Nasi ayam lain macam ayam gepuk ke, penyet ke, pun saya suka. 

Cuma jarang masak di rumah dan makan. Bahaya, sebab mengundang nasi tambah. Kalau beli luar, lagilah sebukit biasanya nasi dalam satu bungkus.

Pada hari itu, dua hari juga saya dan suami makan nasi ayam. Hehe..

Baiklah. Jumpa lagi, ya. 💗

Share:

Giveaway Wedding Anniversary SA dan Suami Yang ke 3 Tahun

 Assalamualaikum, dan salam sejahtera.

Saya pun ingin turut serta juga, giveaway SA ni. 😊

Banner giveaway anniversary SA dan suami yang ke 3 tahun
Banner giveaway anniversary SA dan Suami

Syarat-syarat yang tertera dalam banner di atas, sangatlah senang. 

Giveaway bermula dari 1 September hingga 15 September 2026.

Saya doakan rumahtangga SA dan suami berkekalan hendaknya, hingga ke akhir usia. Semoga ikatan terjalin diberkati Allah, sama-sama dapat menjalani hidup bersama, dalam susah dan senang, penuh kasih sayang dan murah rezeki sentiasa. 🤲

Marilah kita sama-sama memeriahkan giveaway oleh blogger Suria Amanda ini beramai-ramai.

Klik banner di atas untuk join.

Jumpa lagi, ya. 💗

Share:

Hari malas briskwalk, baik pergi makan

 Ini cerita pada hari Khamis, 6 Ogos 2026 yang lepas.

Saya marah sebab anak sulung, Amirul, cakap nak balik semalamnya. Saya sudah simpan nasi goreng petai dengan sayur dan telur atas meja. Tengok-tengok sampai ke sudah dia tak balik. Bila suami balik kerja tengah malam, tengok Amirul belum sampai, dia whatsApp tanya Amirul. Amirul cakap dia tidur rumah kawan di KL. Saya tak suka tengok makanan tunggu atas meja, tiada siapa makan. Suami saya kerja long hours untuk cari rezeki saya dan anak-anak makan. Jadi saya tak suka pembaziran makanan. Suami simpan makanan dalam peti sejuk. Amirul patutnya bagitahu atau mesej, supaya kami tidak risau tapi dia diam saja. Dia kata rileks la. Kan dia sudah cakap dia singgah KL sebelum balik Manjung. Ye, tapi dia tak bagitahu dia nak tidur KL. 😒

Waktu pergi briskwalk pagi, hati saya rasa sakit. Saya tahu perasaan ini tak elok. Saya sebagai ibu harus redha dengan anak-anak. Saya istighfar banyak-banyak. Tiada mood untuk briskwalk. Baik pergi makan, bagi happy. 

Rekod briskwalk semasa hari malas
Rekod berjalan pada hari tersebut.

Satu pusingan saja pusing padang. Biasanya, saya buat dua pusingan. Gambar pun tak ambil. Kalau tak, saya ambil gambar padang atau langit waktu briskwalk.

Jomlah pergi makan. Peduli hape aku, esoknya ada ujian darah. Lantak pi la tak payah IF. Not in the mood.

Kami pergi sarapan di Warung Pak Wan, Ayer Tawar. 

Roti banjir special di Warung Pak Wan, Ayer Tawar
Roti banjir special

Kami makan kongsi-kongsi, supaya sama-sama dapat merasa. Saya rasa, roti canai Warung Pak Wan ini, yang paling sedap la, saya pernah rasa. Kalah kedai-kedai lain. Patutlah Warung Pak Wan ini selalu ramai orang. 

Air lemon suam kosong di Warung Pak Wan
Air lemon kosong suam, dua.

Nasi lemak spesial di Warung Pak Wan
Nasi lemak spesial

 Masa pertama kali datang sini, ada pesan nasi lemak spesial ni. Ulang pesan. Suami pula nak makan.

Roti bakar telur goyang di Warung Pak Wan
Roti bakar telur goyang

Jumlah harga sarapan kami ialah RM19.80. Alhamdulillah. Semua sedap.

Sebab saya seorang ibu yang selalu sediakan makanan bila anak-anak nak balik. Jadi, anak-anak macam ambil mudah. Mungkin saya perlu jadi ibu yang tak peduli anak-anak lapar atau tak. Buat apalah saya susah-susah masak sampai berpeluh di dapur tu. Buat penat je. Nak tahu tak... kalau saya kurangkan sikit kerja domestik saya sebagai surirumah ni, saya boleh update 2-3 entri sehari dekat blog. Dari zaman anak-anak sekolah lagi. Dia orang tak pernah pergi sekolah dalam keadaan lapar. Saya hari-hari bangun awal sediakan sarapan. Saya ada baca, ada budak kurang bernasib baik, pergi sekolah, lapar perut. Waktu rehat baru dapat makan. Tapi anak-anak saya mana tahu, sebab dia orang sentiasa bernasib baik.

Entah kenapa saya sakit hati sangat, tak tahulah. Padahal anak sulung sudah 23 tahun. Patut saya boleh lepas dah. Malas fikir dah. Mungkin sebab dia belum habis belajar, kot. Kalau dia sudah habis belajar dan sudah bekerja, lainlah cerita. Ini, kita tanggung dia lagi. Inilah ups and down jadi seorang ibu di rumah ini. 

Memang lepas itulah, saya mula masuk gua tu. Barulah sejuk sikit hati. Kena selalu mengaji. Bila terjaga malam, solat. Barulah saya okay. Kena let go beberapa benda dalam kepala otak. Serahkan pada Allah saja, dan berdoa. Anak-anak bila sudah besar, ada pemikiran deme sendiri. Cuma saya harap dia orang tak membelakangkan kami. Semoga Allah beri saya kekuatan dan ketabahan dalam menangani karenah anak-anak. Semoga kome, pembaca yang sedang membaca ini pun baik-baik saja, tidak alami sebagaimana saya alami. 

Itu yang kakak saya cadang saya pergi bercuti tu. Sebab saya sentiasa ada. Kena bagi suami dan anak-anak merasa saya tak ada di rumah. Bila last sekali ya? Oh, waktu saya pergi umrah, awal tahun 2025, itulah kali terakhir saya cuti. Entahlah.... 

Baiklah. Jumpa lagi, ya. 💗

Share:

Berita gembira dan nasi goreng petai

Cerita pada hari Rabu, 5 Ogos 2026 yang lepas. 

Saya check laman web Majlis Agama Islam Perak (MAIP), permohonan bantuan one-off untuk budak Sulaiman diluluskan. Alhamdulillah, syukur. 🤲 Bolehlah Sulaiman guna buat belanja harian dia di poli.   

Gembira untuk Sulaiman. Terus pergi briskwalk di padang, seperti biasa.

Briskwalk di Padang Astaka, Sitiawan
Jalan pagi selama 56 minit, dengan jarak 4.54 kilometer.

Langit cepat cerah dan cuaca jadi panas. Saya biasa jalan sampai cukup 7 ribu langkah saja. 

Balik rumah, saya siram pokok.

Kemudian, masuk dapur, masak. Suami saya pergi servis kereta di bengkel. Jom tengok saya masak apa pada hari tersebut.

Sayur campur dengan cendawan
Sayur campur dengan cendawan.

Ada carrot, tomato dan kacang panjang, dengan cendawan tiram. Mesti ada lauk sayur. Kalau tak masak sayur, potong timun pun sudah okay, atau petik ulam raja dekat kebun. 

Nasi goreng petai
Nasi goreng petai

Haha... kalau ada petai di rumah, kalau tak masak sambal tumis, mesti nak kena buat nasi goreng juga. 😋 Letak juga kacang panjang potong kecil dalam nasi goreng. Nyum nyumm....

Makan nasi goreng petai, telur rebus dan sayur campur
Pinggan saya

Saya IF. First meal of the day pukul 12 tengahari. Alhamdulillah. Sudah tak tahu nak makan mana kalau makan di luar. Baik masak sendiri saja di rumah. 
Salam Hari Kemerdekaan pada semua pembaca sekalian. Selamat bercuti bersama keluarga. 
Jumpa lagi, ya. 💗
Share:

Wira kena towing

 Masa musim percutian ini, kurang sikit orang blogwalking, ya. Saya sendiri pun, macam terhad masa untuk online. Ye lah, anak-anak tiga orang ada di rumah. Kerja saya memasak je. Tak pun, habiskan masa dengan dia orang. Sementara anak-anak ada di rumah ni. Nanti dah balik asrama, rindu pula dengan dia orang. Hehe...

Jom tengok cerita pada hari Selasa, 4 Ogos 2026 yang lepas. Pagi-pagi, pergi briskwalk di Padang Astaka, Sitiawan.

Briskwalk di Padang Astaka, Sitiawan, Perak.
Berjalan selama 56 minit, dengan jarak sejauh 4.58 kilometer.

Alhamdulillah. Langit pagi cantik. Bila jalan luar, rasa happy, dapat tengok pokok, langit, dan orang. 

Suami cerita, kereta Wira rosak clutch. Semasa kejadian, suami saya on the way balik, habis kerja pukul 12 malam. Kereta Wira tu, manual. Tak boleh masuk gear bila berhenti di trafik light. Jadi, suami saya call kawan-kawan ofisnya, tolong tolak kereta ke tepi jalan.

Pagi itu, selepas briskwalk, kami pergi tempat kejadian.

Cari dalam group penduduk setempat kawasan kami, nombor telefon trak tunda. Dapat, terus tunda kereta Wira ke bengkel kereta.


Saya sertakan video kereta Wira naik trak tunda. 

Selepas hantar Wira pergi bengkel berdekatan rumah, kami pergi sarapan di Lumut Hotspot. Jom tengok kami pesan apa.

Air kosong dan kopi o panas kosong di Lumut Hotspot.
Air kosong untuk suami dan kopi o panas kosong untuk saya.

Walau minta kosong, dia tetap beri gula, dalam bungkusan.

Telur separuh masak di Lumut Hotspot
Telur separuh masak, suami nak makan.

Nasi goreng kampung dan telur goreng mata di Lumut Hotspot.
Nasi goreng kampung, telur goreng mata.

Rasa makanan semua sedap. Kami sudah beberapa kali datang sarapan sini. Tapi kali ini, ada benda kurang best berlaku. Nasi goreng suami sudah habis, tapi sarapan saya belum sampai. 
Saya panggil adik yang bekerja, bertanya pesanan saya. Barulah dia pergi ambil. Sudah siap, tapi dia tak hantar ke meja.

Big breakfast di Lumut Hotspot
Saya pesan set Big breakfast

Tiba-tiba rasa nak merajuk la, sebab dia lambat hantar pesanan saya. Huhu... tapi makanan dia sedap. Itulah kali terakhir kami pergi makan situ. Sejak itu, tidak pergi lagi. 

Tapi set big breakfast ini memang sedap. Ada salad, mashed potato, telur omelette, garlic bread, sosej, baked beans dan chicken slice. Memang mengenyangkan. 

Alhamdulillah. Lepas makan saja, kami balik rumah dulu. Lepas kereta Wira siap dibaiki, barulah saya hantar suami ke bengkel untuk bawa balik Wira.

Kereta antik. Kereta tu memang suami pakai untuk pergi balik office. Saya tak drive kereta Wira, sebab sudah lupa bawa kereta manual. Pernah cadang pada suami untuk jual, tapi suami kata, sayang. Hmmm.... 

Okaylah. Jumpa lagi, ya. 💗

Share: