Sahur dan berbuka, puasa Qada dan sunat Syawal Day 1

Sorry... saya sibuk sikit. Masuk bulan April, macam-macam benda buat. Saya ada misi sebenarnya. Itu yang kena fokus. Kerja banyak offline. Jadi, tak sempat nak online untuk update blog. Masih mencari keseimbangan itu. Rancangnya, nak mengadap blog waktu malam. Tapi takdenya.. sebab siang dah penat buat kerja. Pengsan depan TV hari-hari. 

Hari ni ada masa sikit nak mencelah. 

Cerita pada 26 Mac yang lepas, bersamaan 6 Syawal. Cerita bulan lepas, baru nak update ni. 😁

Bihun goreng, telur mata dua biji.

Saya bangun pukul 4 pagi, panaskan bihun goreng yang ada dalam peti ais. Bihun letak banyak daun bawang. Saya sahur makan bihun je. Tapi sebab ada telur goreng dua biji, Alhamdulillah, tahan sampai ke petang. Bila sibuk, tak terasa sangat lapar tu. Tapi susah juga bagi saya nak puasa di bulan Syawal ni. Lagi-lagi masa hari itu, anak-anak masih ada. Kena masak lagi, kan. Orang lain tak puasa, kita seorang je.

Bila dah siangnya, saya masak juadah berbuka awal. Ye la, sebab family nak makan.

Sayur campur goreng

Saya letak kacang panjang, carrot, kobis dan cendawan. Pecah telur. Banyak kan, sayur ni. Tapi habis. Amirul ada lagi, waktu ni. Kalau masak sayur, dia mesti ambil juga, buat lauk.

Masak rendang daging

Saya masak dalam pressure cooker je. Guna daging import, beli di Econsave. Gambar atas masa rendang belum pekat. Lepas tu, saya biar je kuah agak kering, guna mode stir-fry. 

Masa kuah rendang sudah agak pekat

Alhamdulillah. Anak-anak kata sedap. Makan dengan nasi je. Ada terfikir untuk beli lemang. Tapi nanti kita pula yang kena habiskan. Jadi, tak payahlah.

Cokodok

Lepas Asar, saya masuk dapur, masak cokodok. Terpengaruh dengan KSarie. KSarie cerita di blognya, makan cokodok empat hari berturut-turut. Tekan air liur saya baca entri KSarie tu. 😁 Terus saya beli pisang dan masak cokodok juga. Dah lama la, saya tak beli pisang.

Syukur Alhamdulillah. Saya dapat puasa sunat syawal 1 hari saja. Saya sudah bayar hutang puasa saya untuk tahun 1447 Hijrah ini, sebab saya tak puasa satu hari saja masa Ramadan yang lepas. Dan saya tak sambung puasa sunat Syawal sampailah saya publish entri ini. Tak tahulah kenapa. Kena sampuk setan kot. Tak macam tahun lepas-lepas, mesti saya puasa enam dan bayar hutang puasa ramadan sekali. 

Sebenarnya, ada benda yang berlaku pada saya. Masalah berulang la. Bukan dekat Asia Barat saja perang, dalam kepala saya pun ada perang juga. Selain faktor datang dari diri sendiri yang dalam fasa pra menopause dan hormon turun naik macam nak tukar jadi incredible hulk ni, ada pula benda luaran yang bukan dalam bidang kuasa yang turut datang, yang membuatkan saya rasa nak mencarut setiap hari. 

Jadi, itu yang saya ambil masa untuk diam dan tidak update blog juga. Orang kata, kalau tak ada benda baik nak cakap, baik diam, kan. Itu pasal saya fokus dengan kerja offline, berkebun, menebas. Biar badan saya penat. Jadi otak saya kurang ligat berfikir. Itu yang saya cuba untuk stay positif dengan ada misi di bulan April. Yang ini, nanti-nanti saya cerita, ya. 

Saya okay je. Insya-Allah. Harap anda semua pun sihat-sihat dan gembira selalu.
Orait. Salam hujung minggu, semua. Jumpa lagi, ya. 💗
Share:

37 ulasan:

  1. Alhamdulillah..seronoknya dah habis ganti .Linda ada 3 hari kena ganti..tapi, tak buat² lagi ni..kena pulun mengemas bilik² asrama, tu yg tak puasa lagi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah ye, Linda. Kadang ada kerja berat, tangguh puasa. Takpe walaupun syawal nak habis, boleh je ganti hari isnin dan khamis, Insya-Allah. Buat bila kita mampu.

      Padam
  2. Semoga baik2 je kak. Patut lama senyap.

    BalasPadam
  3. Semoga dipermudahkan segala urusan. Cuya belum habis ganti lgi puasa, sibuk beropen house hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aminn.. terima kasih, Cuya.
      Hehe.. takpe, boleh sambung ganti lepas syawal.

      Padam
  4. Untung jugaklah cuti puasa sehari je. Saya ni banyak nak ganti. Balik cuti raya pulak sibuk buat persiapan umrah, dengan cuaca kembali panas bahang, sudahnya sehari pun tak berjaya puasa 😅

    Moga perang dalam diri Nur segera berakhir, begitu juga perang Asia Barat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Takpe Ujie, kita buat bila keadaan mengizinkan, ikut kemampuan masing-masing. Ujie pergi umrah masa musim haji la ya.
      Amin.. yarabbal Alaminnn... terima kasih, Ujie. 🤗

      Padam
  5. Ya perang di Asia Barat buatkan fikiran berkecamuk juga.
    Harap Nur jumpa jalan penyelesaian.
    P.S: Ini soalan tiada kaitan dengan tajuk. Saya terfikir masa lepas solat untuk tanya Nur warna kegemaran Nur.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, NA, sebab effect juga pada kita, macam harga minyak.
      Aminn... terima kasih, NA. Alhamdulillah. Saya okay.
      Warna kegemaran saya? Earth colors. Macam hijau, coklat, hitam. 😊 Sori, lambat jawap ya.

      Padam
  6. Kita blm mula puasa sunat syawal lagi huhuu. Beberapa kali dah niat tapi tak menjadi hahaa.. 😅

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe.. macam lebih kurang suami saya je. 😁

      Padam
  7. Semoga dipermudah urusan kak nur dan dapat sambung puasa sunat syawal

    BalasPadam
  8. Bulat elok cekodok pisang Nur! Cekodok Sy macam dinosaur haha ...
    Semoga yg baik² saja utk sahabat maya kesayangan Sy ni 🤲🏻

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dinasour pun dinasour la, PH. Asal sedap, jadi!
      Aminn... yarabbal alaminn... terima kasih, PH. 🤗

      Padam
  9. Wahhh..Sedapnya tgk rendang daging tu =q

    BalasPadam
  10. meriah telur mata smp 2 tu mkn ngan bihun

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe.. saja goreng lebih, nak bagi cukup protein, kenyang lama.

      Padam
  11. comel cekodok akak,saya buat tak pernah jadi bulat comel ni
    untungnya kak tinggal puasa 1hr je,kalau tak jenuh nak ganti

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe... tak bulat pun takpe Afzan, asal sedap, okay jer..
      Orang dah tua, camtu ler... harap tahun depan boleh puasa penuh, tak yah ganti puasa dah. 😁

      Padam
  12. Nampak cekodok je, memang terpahat lah mata kat situ. Puasa Syawal ni memang lebih mencabar kan sebab tak semua di sekeliling kita sama2 puasa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, Mulan. Banyak godaan puasa di bulan syawal.

      Padam
  13. SA ni teringin nak makan cekodok letak udang yang kecik2 tu..nanti la nak cari udang dulu...letak kucai kan..sedapnyaaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah, memang sedap, SA. Kalau saya, panggil cucur atau cucuq! Ada udang kecik dan kucai. 😋

      Padam
  14. suka bihun goreng byk sayur...semoga dipermudahkan urusan Nur..

    BalasPadam
  15. Baik begitu memang kak. Kalau pikiran sedang kacau sangat, takutnya kita malah menuliskan hal2 yg tak baik. Better diam sejenak, sampai emosi mereda. Apapun masalahnya, saya harap ada penyelesaian yg baik ya 🤗.

    Walau sedang puasa kakak tetap masak. Kalau saya memang menyerah 😅. Ini saya sedang puasa Syawal. JD anak2 beli makanan saja tiap siang, Krn saya mulai masak setelah magrib 😂.

    Saya tak pandai mengira2 rasa masakan saat puasa. JD drpd keasinan, mending tak masak dulu 😅

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aminn... terima kasih, Fanny. 🤗
      Bagus begitu. Jadi Fanny boleh fokus puasa. Tak perlu sediakan makanan awal.

      Padam
  16. Senang betul ye masak rendang dlm pressure cooker. Rumah saya je takde menda ni lagi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, Mazni, senang masak guna pressure cooker ni. Lagipun daging import, kalau siap masak, memang lembut daging jadinya.

      Padam
  17. Comelnya kejadi cekodok Tot. Bulat-bulat semuanya. Alhamdulillah rezeki Tot tinggal puasa 1 hari dan telah berjaya menggantikan puasanya. Semoga dipermudahkan semua urusan Tot sekeluarga. Kadang-kadang dalam hidup memang kena berhenti sebentar kan? Semoga yang molek-molek untuk Tot ye. Take your time to take care of your health baik fizikal, rohani dan minda. Nanti bila udah rasa molek teruskan mencoret di blog ini ye.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aminn.. yarabbal alamin... terima kasih, KSarie.
      Saya okay je. Ye la, kena belajar untuk slow down sikit. Juga untuk terima semua benda dengan lapang dada, sebab semuanya telah tertulis, kan.

      Padam
  18. Semuga perang di Asia barat dan perang dalaman nur cepat habis. Comel je cekodok tu kalau akak emmm buat besar2 supaya cepat habis aduanannya. boleh gitu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aminn... terima kasih, kak. 🤗
      Boleh, boleh. Saya buat kecik-kecik sebab askar kat rumah ramai, kak.

      Padam