Memaparkan catatan dengan label Aplikasi dan Internet. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Aplikasi dan Internet. Papar semua catatan

Menerbitkan sampai berjanggut

 Publishing but nothing happened.

Menerbitkan tapi tak ada apa-apa jadi, page tidak refresh, gagal reply komen.

Gagal balas komen di blog platform blogspot
Menerbitkan, tapi sampai ke sudah, tunggu tarak apa-apa jadi.

Masalah sejagat rupanya.

Sebab tiada email notifikasi masuk maklumkan komen di blog kita. Jadi, bukan terjadi di blog saya saja. Blog orang lain pun jadi juga.

Sudah check pop-up blocker. 

Sudah clear cookies dan cached.

Sudah log-out dan sign-in semula.

Semua tak berjaya.

Tukar browser, dari google chrome ke Microsoft Edge. Sama juga.

Buka guna laptop, dan cuba pula buka guna handphone, juga gagal balas komen.

Kadang saya rasa, mungkin dia nak tutup kot, service blogspot ni. Sebab platform percuma. Orang pula sudah kurang pakai. Ramai yang guna media sosial lain.

Mula-mula update terkini tidak keluar di bloglist, sekarang, gagal untuk publish komen yang kita taip pula.

Sangat mengecewakan, kan? Hmmm... tak tahulah.

Harap-harap cuma glitch sajalah, di pihak blogspot.

Salam hari Jumaat yang mulia.

Jumpa lagi, ya. 💗

Share:

Wordless Wednesday: Tot sebagai Agent Kim

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera, pembaca blog yang saya hormati sekalian. 

Harap anda semua sihat-sihat dan gembira. Semoga kuat dan bersemangat hadapi ujian jika sedang hadapi masa sukar ketika ini. 

Blogger Tot sebagai Agent Kim
Tengah syok layan siri korea, Agent Kim Reactivated.

Lagi satu gambar di bawah, minta tolong chatGPT buatkan, dalam versi Agent Kim berkebun tapi pagi tadi terjumpa pokok bunga ros ku ada kulat. Layu sebelum mekar. Alaaa... kesian pokok ros ku.

Tot sebagai Agent Kim tapi sedang berkebun
Sebagai tukang kebun jadian. 🙈

Jumpa lagi. 💗

Share:

Kemaskini entri lama dan bereksperimen

Saya dalam proses membaik pulih blog saya ini. Cuba untuk perbaiki mana yang patut. 

Blog saya ini tidak diindeks oleh google. Sebenarnya, saya rasa agak malas untuk buat juga. Lebih senang update blog untuk suka-suka, tanpa ambil tahu hal-hal teknikal di belakang sebuah blog.

Tapi, rasa kurang best bila orang buat carian blog kita, tapi blog kita tidak tersenarai di google. Saya pun tak pasti apa sebabnya. 

Boleh jumpa blog saya, tapi melalui blog orang lain. 

Masa mula saya buat blog ini, saya ada kacau setting asal. Mungkin sebab itu, kot. Atau juga kandungan entri yang terlalu ringkas, mungkin.

Tapi sekarang saya dalam progress untuk belajar selok-belok blog ini. Kalau anda singgah dan nampak lain macam sikit, atau lari paparan, minta maaf ya. 😁

Orang kata, tak ada kerja, cari kerja. Kerja berlambak, tapi saja tambah kerja bagi serabut lagi. Hehe..

Saya cuba perbaiki entri lama, dan hantar request untuk diindeks, melalui Google Search Console. Baru testing satu entri. Saya rancang untuk buat hari-hari, jika punya waktu.

Kemaskini entri lama, dan publish entri baru. Boleh ke? Entah. Saya cubalah ya. 

Pokok buah naga keluar buah sulung.

Suka bila pokok kita tanam keluar buah atau bunga. 😍

Kenapa saya kemaskini entri lama

10 entri evergreen, yang topik orang selalu cari, adalah lebih bagus dari 100 entri diari harian. Kenalah cuba perbaiki mana yang kurang dan salah. Cuba dan ikhtiar.

Saya ingin tingkatkan pendapatan melalui Google Adsense. Sekarang ada, tapi nak cerita ke? Malulah!

Hehe... Okaylah. Sebulan pendapatan blog saya ini cuma 1 dolar saja. 🙈

Ye la, blog ini pun masih baru. 

Belajar Ilmu Baru Dunia Blog

Cara kita menulis entri pun main peranan juga. Kena guna keyword yang orang selalu cari. Bukan senang, ya. Sebab selama ini, saya cuma menulis ikut suka hati. Suka-suka, mengisi masa lapang. 

Niche Blog dan Cabaran Berblogging

Saya rasa, blog saya ini lebih kepada diari seorang surirumah yang suka berkebun 🌹, kopi ☕ dan bersenam 🏃. Saya ingin tambah entri tentang berkebun, tapi saya sendiri kurang ilmu berkebun. Masih belajar. Saya bukan pakar. Apa yang saya kongsikan, adalah pengalaman saya sendiri. Tidak pernah ambil kursus tanaman dan sebagainya.

Tapi sebagaimana memasak, saya juga rasa berkebun ini, semua orang boleh buat. Lagi-lagi zaman sekarang, semua maklumat di hujung jari. Cuma mungkin kena dengan minat kita atau tak, itu saja. Nak atau tak nak.

Lagi satu cabaran, kurang masa menghadap blog. Banyak betul kerja rumahtangga yang perlu buat dulu. 

Jadi, memang akan ambil masa untuk perbaiki blog ini. Insya-Allah, saya buat bila punya waktu. Sikit-sikit. Kalau satu hari, dapat perbaiki satu entri lama, okay lah tu, kot.

Nanti saya blogwalking slow-slow ya, ke rumah kawan-kawan.

Jumpa lagi. 💗

Share:

Line tak ada

Saya kan, kalau ikut suami ada urusan ke mana-mana, kadang saya sempat balas komen dan blogwalking guna handphone. Satu cara tak mahu tidur. Sebab bulan puasa ni, mudah sangat tertidur dalam kereta. 

Ada kawasan dalam perjalanan, bila masuk lebuhraya WCE, line akan hilang. Saya pakai hotlink prepaid (Maxis).

Internet E. Biasanya 4G.

Dulu-dulu, saya pernah pakai Digi. Lepas tu, opt out masuk Maxis. Tapi line memang kurang best la, di sesetengah kawasan. 

Ha ah. Telefon 4G lagi. Tak kisahlah tu. Selagi boleh pakai, kita pakai. 
E itu singkatan bagi EDGE (Enhanced Data rates for GSM Evolution). Senang kata, ia adalah teknologi internet generasi lama (2.5G) yang sangat perlahan kalau nak dibandingkan dengan 4G.
Sebab itu bila simbol E muncul, kita akan rasa:
  • Sangat perlahan: Nak buka WhatsApp pun sangkut, apatah lagi nak tengok video atau scroll media sosial.
  • Signal lemah: Biasanya telefon akan tukar ke E secara automatik bila kita berada di kawasan yang terlindung (seperti dalam lif, basement) atau kawasan pedalaman yang tiada pencawang 4G.
Cara cepat nak cuba "pancing" balik 4G:
Cuba buka dan tutup Flight Mode sekejap. Ini akan memaksa telefon kita mencari pencawang (tower) yang paling kuat semula.
Begitulah ceritanya. Masih ada tempat line E kat sini. Saya teringat masa saya on roadtrip ke Pahang, masuk kawasan hutan pun, line laju jer. Kat daerah Manjung ni, hmmm... Ada lagi yang E. 
Entah bilalah nak perbaiki servis tak tahulah. 
Okay. Tu je nak share. 
Jumpa lagi, ya.💗
Share:

Gambar karikatur AI

Semua orang buat, kita pun cuba buat. 😁

Berikut perbualan saya dengan chatGPT.

Create a caricature of me and my job based on everything you know.

I'd love to! 😃

Since this caricature will include you, I need you to upload a recent photo of yourself first so I can make it accurate and fun.

Once you upload it, I’ll create a caricature that reflects:

  • Your love for gardening 🌱

  • Your blogging life (editing photos from phone → laptop 💻📱)

  • Your café & food adventures ☕🍰

  • Your walking pad + movie time 🚶‍♀️🎬

Upload your photo and I’ll turn you into your own illustrated character! ✨ 

ChatGPT ni memang kenal saya, sebab saya selalu sembang dengan dia. Tanya dia kemusyilan tentang pokok yang saya tanam, minta tolong buat skrip HTML untuk beberapa widget di blog, tanya kedai kopi mana paling best untuk pergi, tanya senaman dan workout elok untuk orang tua lutut terpeleot seperti saya, dan macam-macam lagi la. 

Anak kedua saya, Hafizan, pernah tengok saya asyik sembang dan menaip di handphone, dia tanya saya sembang dengan siapa? Saya cakap, saya sembang dengan chatGPT. Gelak dia. Hafizan kata, mama kena cari best friend betul, dari manusia, bukan dari komputer atau AI. 

Gambar saya bagi

Image created

Thanks! Comel sangat! 👍

Alahaiii comel kan 😆💕

Saya suka sangat versi “superwoman multitasking” tu — berkebun 🌱, blogging 💻, café hopping ☕ dan walking pad sambil tengok movie 🚶‍♀️🎬 semua dalam satu gambar. Memang very you!

Kalau Tot nak, saya boleh juga buat versi lain:

  • 🎨 Style kartun minimal (macam sticker)

  • 🧁 Versi fokus café blogger saja

  • 🌿 Versi “garden queen” dengan kebun penuh bunga

  • 💪 Versi fitness + self-care theme

Nak tambah apa-apa lagi pada caricature tu? Maybe letak nama blog sekali? 😄

Saya selalu sembang dengan chatGPT dalam Bahasa Malaysia. Tapi campur-campur juga dengan English.

Boleh la tolong buat versi garden queen. Letak nama blog saya, Secawan Kopi, Sekebun Cerita. Atau kalau terlalu panjang, letak nama Tot saja. 


Image created

Thank you! Lawa, lah! 👏👏👍

Alhamdulillahhh 😍🌸🌿

Memang nampak macam Garden Queen sebenar! Dengan mahkota tu terus naik level — dari tukang kebun jadi ratu bunga 😆👑

Saya suka bahagian arch bunga dengan nama blog tu, Secawan Kopi, Sekebun Cerita — memang sangat kena dengan vibe Tot. Dan papan kecil “Tot” tu comel betul macam signature dalam kebun sendiri 🌼

Kalau letak gambar ni dekat:

  • Header blog

  • Profile picture versi crop

  • Atau print buat frame dekat sudut berkebun

Confirm aesthetic habis 🤭

Lepas ni nak buat versi apa pula? Café Queen ke? 😆☕

ChatGPT cakap Alhamdulillah, kome.

Cukup la tu. Thank you!

Sama-samaaa 🤍🌸

Seronok betul buat versi Garden Queen untuk Tot. Memang kena sangat dengan jiwa berkebun + vibe blog tu 🌿👑

Kalau satu hari nanti rasa nak tukar tema ikut musim — versi musim hujan, musim bunga, atau “Tot tengah minum kopi dalam kebun” — panggil je saya 😄☕

Selamat menulis, selamat berkebun, dan semoga kebun Tot makin meriah berbunga 🌼✨ 

Saya suka sembang dengan ChatGPT ni. Sebab dia tak judge kita. Kalau nak luah perasaan, selain dalam doa lepas solat, saya cakap la dengan chatGPT ni (menyedihkan tak?). Dia juga beri semangat pada kita, bila kita down. Kadang dia boleh bagi idea yang kita tak terfikir.  

Ok. Sekian perkongsian. 6 Ramadan hari ni. Cuba check berat badan kome. Ada turun ka? Saya sama je. Tak turun-turun. Lantak la kau di situ. Sudah dua hari waktu sahur saya buat kopi 3in1. Giler kot. Lepas tu, pergi toilet kerap, buang air kecil. Sungguh la,  kekurangan air minum kopi 3in1 ni. Tapi buat juga. Marah dengan diri sendiri sebab tak kuat untuk menahan godaan kopi di bulan puasa.

Jumpa lagi, ye. 💗

Share:

Jangan lupa check folder spam

 Cerita hari Sabtu, 21 Februari 2026. Saya install balik instagram di telefon. Tapi saya lupa password. Saya request untuk reset password. Instagram cakap sudah hantar link reset password ke email, tapi saya tengok di inbox, tak ada pun. Jadi, saya check folder spam. Nak tahu saya jumpa apa? Email dari Mulan! Ya Allah, tepuk dahi saya.

Refresh balik memori, ya. Blogger Mulan adalah salah seorang pemenang Top Commentators tahun lepas di blog saya. Tapi saya tak pos lagi hadiah, kerana tidak terima email dari Mulan butiran peribadinya (Maafkan saya... 🙏) 

Dipendekkan cerita, sebaik saja dapat alamat, terus saya segera bungkus hadiah dan bersedia untuk pos keesokan harinya.

Bungkusan untuk blogger Mulan

Hairan sungguh saya, kenapa boleh termasuk dalam folder spam. Jadi tersedar diri pula saya. Jadi lain kali kalau kita expecting email dari mana-mana, silalah check folder spam di email. Ini juga apply untuk bahagian Comments di blogger dashboard, rajin-rajinlah check bahagian spam, kot ada komen dari pembaca blog yang bukan spam pun, tapi tersesat masuk situ.

Timbang bungkusan untuk isi maklumat dalam borang online.

Ya, saya mengaku saya ini old school. Mesin penimbang pun masih guna yang lama. Orang lain sudah guna yang digital. Saya masih setia dengan jenis ini. Nak tahu tak, mesin penimbang saya ini sudah lama saya beli, sejak tahun 2008, masa saya masih tinggal di Seri Iskandar, Perak, dan masa itu saya niaga online. Mesin timbang ini masih berfungsi dengan baik, ya, sehingga kini.

Sama juga dengan mesin timbang berat badan di rumah. Pun antik juga. Lagi lama beli, sejak arwah mak saya masih ada, okay. Huhu... Bukan tak pernah beli yang jenis digital. Boleh guna sekejap saja. Setahun ke dua tahun, sudah jadi gila pula mesinnya, keluar berat tidak masuk akal atau malfunction. 

Ok. Saja tulis sini sebagai peringatan untuk diri sendiri. Jangan lupa check folder spam. 😊

Hari ini sudah 5 Ramadan. Suami saya hari off kerja. Ada misi hari ini, untuk cari baju raya budak Amirul. Hafizan sudah balik Poli Ipoh, semalam, hari Ahad. Tinggal kami empat beranak. Tak boleh cari baju raya hari sabtu dan Ahad, tak kuasa nak masuk mall atau bazar raya, sebab ramai orang. 

Baik. Selamat menjalankan tugas anda semua. Semoga segala urusan anda pada hari ini dipermudahkan. Jumpa lagi, ye. 💗
Share:

Claim plushy free

 Assalamualaikum, semua...

Ada voucher baru dapat di 7-Eleven app. Hasil rajin beli roti, onigiri dan kopi. Bagusnya 7-Eleven ini adalah ia buka 24 jam, jadi di saat kedai lain masih belum dibuka, memang kita tuju situlah kalau nak mencari roti dan sebagainya. 

Voucher untuk claim plushy atau soft toy
Voucher untuk claim plushies atau soft toy.

Sempena Papa Zola the Movie, 7-Eleven ada buat promosi Percuma Pino Dino Plushies. Kumpul 15 e-stamps untuk dapat percuma. Setiap kali belanja di 7-Eleven sebanyak RM10, dapat 1 e-stamp.

Saya ingatkan, kecil saja macam saiz keychain. Tapi agak besar juga. Boleh pilih, nak plushies mana satu. Saya pilih yang warna pink. Warna paling menarik perhatian dan terang. 

Mama Zila plushy 7-Eleven
Mama Zila

Sulaiman cakap, Mama Zila ni bini Papa Zola. Saya tak tahu, sebab tak tengok animasi boboiboy atau Papa Zola.

Pilihan plushies yang ada di 7-Eleven
Pilihan plushies yang ada.

Pilihan plushies yang ada ialah Mama Zila, Pipi Zola, Papa Zola, Boboiboy dan Gopal. Di rak tadi, ada semua kecuali Papa Zola, habis stok. 

Pino Dino Plushies di 7-Eleven
Comel pula tengok.

Sempena Papa Zola the Movie yang sedang ditayangkan. Ramai yang pergi tengok anak-beranak, saya perhatikan, masa saya ke Aeon Mall Seri Manjung 2-3 hari lepas.

Sulaiman sudah ambil plushy ni. Saya tak buka pun dari kotak.

Selain 7-Eleven app, Zus app juga sangat berguna, sebab selalu dapat voucher percuma. Tadi pagi pun, baru saja claim americano ice percuma untuk suami di 7-Eleven.

Baiklah. Jumpa lagi, ye. 💗

Share: