Wednesday, April 30, 2025

Makan tepi sawah

 Assalamualaikum, semua...

Makan apa, kome, tengahari ni? Kami baru lepas makan tengahari di kedai tepi sawah, Bota. Nama kedainya,  Restoran Hamizi Selera Utara.

Suami off day, jadi kami nyongket jauh sikit. 


IF plak hari ni. First meal of the day pukul 12, jadi kita terus lunch. Nasi penuh. Huhu.. ambil lauk ikan dan sotong bakar, ulam dan air asam. Suami ambil sayur taugeh.


Close-up sikit. Sotong dia gemuk, penuh telur. Puas makan. 😋 Air asam cukup rasa, dan pedas sikit. Baru kick! 

Harga makan tengahari kami, termasuk air kosong dan air suam adalah RM49. Mahal ke idok?


Ni pemandangan sawah padi di belakang kedainya. Lokasi kedai makan, di tepi jalan utama Lumut-Ipoh.

Alhamdulillah, rezeki hari ni, dapat makan sedap.

Jumpa lagi, ye. 😊

Tuesday, April 29, 2025

Teringin jugak...

 Semalam punya makan malam, kita buat maggi. Jangkit dari Linda.


Ambil maggi tomyam big sebungkus. Campur kobis. Sebelum tu, ada rebus telur 2 biji. Kita masukkan juga. Lepas tu, sebelum sebelum ni, kalau ada masak mee sedap, ada perencah bawang goreng kriuk kriuk tu, kan. Anak-anak tak pernah guna, tapi kita simpan je. Semalam, kita topping dengan 2 bawang goreng kriuk kriuk tu.

Sedap! 😋 Kenyang juga! Alhamdulillah. 

Pemenang Giveaway Pertama Tot's Blog

 Selasa, 1 Zulkaedah 1446 H.

Bismillahirrohmanirrohim...

Assalamualaikum semua...

Giveaway sudah pun berakhir semalam. Tanpa buang masa, marilah kita putar roda nama kita, untuk kita lihat siapa yang kena... 😊 Hihi.. saya pulak yang nervous. Baiklah, jom kita...

3 pemenang untuk tempat pertama:

SK!

Sueann!


Kak Amie!

Seterusnya, 3 pemenang tempat kedua:

Puan Hazel!

Ammi!

Shikin Razali!

Akhir sekali, 3 pemenang tempat ketiga:

Cuya!


Encik Fairus Mamat!

Nieza!

Wah, tahniah, tahniah!

Saya recap semula nama pemenang.

Pemenang tempat pertama:

Set mengandungi:
Sebuah coin purse Kelantan motif songket
Sebiji minyak wangi botol kecil, saya beli di Madinah
Keychain Kelantan
Fridge magnet Kelantan
Biji benih bunga matahari

1. SK

Pemenang tempat kedua:

Set mengandungi:
Sebuah coin purse Kelantan motif batik
Keychain Kelantan
Fridge magnet Kelantan
Biji benih bunga matahari

2. Ammi

Pemenang tempat ketiga:

Set mengandungi:
Keychain Kelantan
Biji benih bunga matahari

1. Cuya

Baiklah. Mohon 9 penama di atas email saya di melissaazlanhyppy@gmail.com dan berikan nama, alamat lengkap serta nombor telefon untuk urusan penghantaran hadiah.

Tahniah sekali lagi! 👏👏

Pada yang tak menang, jangan sedih, ye. Takde rezeki kali ni, mungkin boleh dapat pengomen terbanyak ke, akhir tahun di blog saya ni, Insya-Allah. Siapa tahu, kan... Terima kasih, dari lubuk hati saya yang paling dalam kepada semua pembaca yang sertai giveaway pertama saya ini. Saya sangat hargai sokongan kalian semua. 😊

Orait. Jumpa lagi. 💗

Monday, April 28, 2025

Kejayaan yang tidak diduga

 Minggu lepas, Hafizan ada share tentang Majlis Anugerah di Poli. 

Keputusan periksanya, sudah tahu sebelum dia masuk semester 2 ni. Tapi bila dia beritahu, dia dapat anugerah, sudah tentu ada rasa bangga dengan kejayaan anak. Alhamdulillah, boleh berubah anak aku ni. 

Siapa sangka, dulu masa tingkatan lima, tiap-tiap minggu mesti ada hari tak pergi sekolah. Waktu periksa percubaan SPM pun, ada paper dia tak pergi. Memang mencabar kesabaran saya dan suami, menghadap karenah anak nombor dua ni. 

Sijil Penghargaan Hafizan

Kami layan je kehendak budak Hafizan ni. Nak bagi dia happy, sambung belajar. Dia nak membina badan tu, kami galakkan. Lagi pun, kan benda tu bagi badan sihat. Asalkan dia buat kerja dan semua tugasan di Poli. 

Hafizan cakap, semua budak kelas dia masa semester 1, dapat pointer 3.5 ke atas. Wahhh... bagus la tu. Semester 1 la, berpeluang untuk score. Buatlah yang terbaik untuk semester kedua dan seterusnya. Mama sentiasa doakan semoga Hafizan semangat untuk belajar. Masa dia dapat result dan bagitahu kami, terkejut juga, sebab dia boleh dapat pointer 4. Syukur Alhamdulillah. Hafizan lulus semua paper pun, mama dah happy. Asalkan Hafizan happy belajar di Poli.

Kredit gambar PUO.

Hafizan ambil course Diploma in IT. Semoga terus mendapat keputusan baik, di masa akan datang. Lepas habis Majlis Anugerah, ada acara makan-makan sempena masih di bulan Syawal. Hafizan kata, dia kenyang sampai ke petang. Alhamdulillah. 

Baiklah. Jumpa lagi, ye. 💗

Dia keluar bunga

 Isnin, 29 Syawal 1446 H.

Assalamualaikum, semua...

Hari ni, last day nak join Giveaway Pertama Tot's Blog. Giveaway ditutup pada 11.59 malam ini. Klik sini untuk join. 😊

Hari ni, saya tak pergi riadah jalan-jalan pun. Rehat la, satu hari.

Pergi sarapan di Kedai Nasi Berlauk Kak Za. Lupa nak ambil gambar makanan. Terus makan nasi, tak ingat nak ambil gambar macam selalu. 

Tempat lain ada turun hujan. Rumah saya, tak. Jadi, pokok-pokok mulai layu, sebab tuan pokok malas siram. 

Hari ini, lawan malas. Kesian tengok pokok.

Pokok halia keluar bunga. Ini pertama kali, saya tengok. Kome tahu tak, pokok halia ada bunga? Saya tak tahu. Huhu... kalau pokok kunyit tu, dah biasa keluar bunga. Sedap, bunga pokok kunyit, buat ulam makan dengan nasi.

Bunga pokok halia.

Pokok halia biasa ni, yang orang guna untuk masak. Bukan halia bara. 

Saya pun tanyalah pakcik google. Apa nak buat dengan bunga halia ni? Rupanya, boleh dibuat ulam juga. Tapi orang rebus dulu, ada rasa pedas-pedas sikit. Ooo... sama la, macam buat air halia pun ada rasa pedas-pedas juga.

Merujuk kepada gambar di atas, halia saya dah terkeluar-keluar dari tanah. Saya kongsikan di sini, hasil carian google mengenai pokok halia.

  • Kalau dah berbunga, boleh tuai untuk halia muda
  • Kalau nak halia tua, kena tunggu semua batangnya gugur sendiri.
  • Untuk buat benih pula, kena tunggu 11 atau 12 bulan baru betul-betul sesuai untuk dijadikan benih.
Saya sertakan info ni semua, untuk rujukan saya di masa hadapan. Maklumlah, ini pertama kali saya tanam halia. 
Benihnya, saya ambil dari kedai runcit. Saya tengok halia dia dah keluar akar, saya pun beli. Hehe.. 
Pokok lengkuas dah ada, Beranak pinak, nak pakai je, boleh korek, tak perlu beli. 

Baiklah. Jumpa lagi, ye. 💗

Sunday, April 27, 2025

Berjalan di hujung minggu

 Ahad, 28 Syawal 1446 H.

1 hari lagi untuk join Giveaway Pertama Tot's Blog! Mari, mari, klik sini untuk sertai! 😊

Sudah 2 hari saya dan suami keluar berjalan-jalan di padang Astaka, Sitiawan. 

Suami nak ambil angin, maksudnya, nak biasakan diri, sebab nanti awal bulan Mei, dia ada ujian berlari 2.4 km. Untuk kumpulan umur suami, kena habiskan di bawah masa 20 minit. 

Itu yang kami keluar hari-hari berjalan tu. Nak maintain stamina, kena hari-hari buat. Konsisten. Tak boleh la last minute baru nak berlatih, itu yang boleh semput tu, atau badan terkejut. 

Ini semalam punya berjalan.

Saya dapat berjalan sejauh 6.87 km, manakala suami lebih 8 km. Saya suruh dia pergi dulu, jangan tunggu saya. Padang ni luas, tau. Satu pusingan boleh dapat lebih 2 km. 

Semalam ramai orang beriadah. Group aerobik saja, sudah ada di beberapa tempat. Di basketball court ada satu kumpulan, di badminton court ada satu kumpulan lagi, dok berjoget ikut muzik. Yang group taichi, di bahagian lain pula. Memang meriah. 

Ini, hari ni punya.

Hari ni, dapat berjalan sejauh 7.06 km. Kurang sikit orang hari ni. Hari ni, suami ikut pace saya. Dah suruh dia laju, ikut kaki dia. Tapi dia pun tak nak push sangat, sebab dia baru balik OT pukul 6 pagi ni. Semalam dia masuk kerja pukul 4 petang.

Kadang kesian dekat suami. Sebab dia kerja shif. Kebanyakan hari dia ada OT. Tak cukup tidur lagi. Lepas tu, ada ujian kecergasan lagi. Semoga Allah beri kesihatan dan kekuatan untuk encik suamiku. Aminnn....

Korang hari ni sarapan apa? Saya tapau nasi lemak je, makan di rumah. Ada jemputan open house ke lagi, hari ni? Selamat berhujung minggu, kepada semua pembaca sekalian.

Jumpa lagi, ye. 💗

Saturday, April 26, 2025

Movie date

 Sabtu, 27 Syawal 1446 H.


2 hari lagi Giveaway Pertama Tot akan berakhir! Klik sini untuk join. 😊


Saya tukar template blog lagi. 🙈


Hari ni, nak cerita tentang pergi tengok wayang dengan suami, pada 19 April lepas.

Suami yang ajak. Kalau ikut saya ni, memang malas la. Beli siap-siap tiket wayang secara online.

Apabila sampai ke panggung wayang, pergi ke kaunter. Dia bagi tiket kertas. Kalau tengok wayang di panggung popular di mall tu, tak perlu ke kaunter. Scan QR code saja.

Tiket diberi di kaunter

Haa... terjebak juga. Termasuk dalam statistik pengutipan tiket 50 juta juga (last sekali dengor la. Sekarang tak tahu dah berapa).

Anak-anak semua dah tengok. Last beli tiket untuk Sulaiman, dia nak tengok dengan kawan-kawan dia. Mama la kena tolong belikan tiket secara online dari rumah. Masa page nak booking tempat duduk, saya pergi tandas sekejap, sementara nak tunggu jawapan dari kawan Sulaiman yang nak ikut. Bila saya kembali depan komputer, nak sambung beli, saya refresh page booking tempat duduk, sudah full, tinggal kerusi depan. Sangat pantas jualan tiket pada masa itu. Saya malas nak tengok panggung penuh orang ni.

Itulah sebab saya cakap pada suami, kalau nak tengok movie ni juga, kita pergi panggung lama kat Sitiawan tu. Suami ok je. Panggung ni sudah wujud sejak sekian lama di Sitiawan, tapi sudah beberapa kali bertukar nama. Sekarang sudah jadi Lotus Five Star Cinema. Panggung ini banyak tunjuk movie Tamil dan movie bahasa cina.

Masa kami sampai di panggung, penuh pengunjung India. 

Movie Good Bad Ugly lakonan Ajith Kumar sedang ditayangkan.

Ada 2 show je pun, Movie ini dan...

Blood Brothers.

Share gambar dekat group Whatsapp family kami. Budak Amirul cakap, kenapalah suka sangat tengok wayang kat cinema lama dan buruk tu. Ler.... ikut suka aaa... 

Takde la besar sangat, skrin dan panggung, tapi ok.

Pernah bau panggung lama tak, macam Odeon dulu, zaman kita sekolah, tengok cerita Sembilu? Bau cinema tu, bau Twisties, dan tempat duduk usang. Lebih kurang macam tu la. Tapi ok je, takde la bau tidak menyenangkan. Cuma aircond dia tak kuat.

Selain kami, ada seorang lagi pengunjung lelaki solo, ada 2 family terdiri dari ibubapa dan anak-anak kecil. 

Haha... bagus, tak ramai orang.

Apa pendapat tentang Movie Blood Brothers Bara Naga? Ok. Boleh ramal ye. Cliche, bak kata budak Amirul. Tapi sangat bagus dari segi aksinya. Terbaik!

Ada after credit scene, macam movie Marvel pula. Sayangnya, saya tak dengar apa Syafiq Kyle tu cakap dalam scene beberapa saat tu, sebab masa tu, ada budak sedang berdiri depan saya. Salah satu family tu, sepanjang movie ditayangkan, anak dia 3 lelaki, ke hulu ke hilir dalam panggung, tak boleh duduk diam. 

Saya tegur budak tu, suruh dia ketepi, Kali ketiga tegur baru dia bergerak, itu pun mak dia tarik. Sungguh saya tidak faham kenapa parents sekarang boleh bawa anak-anak kecil tengok wayang cerita yang ada adegan tembak, pukul dan tikam orang. 😏

Kami bagi 7/10 bintang untuk movie ini. 

Apa pun, waktu yang menyenangkan, dapat habiskan bersama suami, tengok wayang bersama.

Ok. Jumpa lagi, ye. 💗

Friday, April 25, 2025

Pekena Nasi Kandar Beratur 786 Kampar

Jumaat, 26 Syawal 1446 H 

Assalamualaikum, semua...

3 hari lagi untuk join Giveaway Pertama Tot's Blog. Klik sini untuk sertai! 😊

Semalam hari off suami, satu hari kami tak duduk rumah. Ambil kesempatan, sebab dia sejak tukar tempat kerja baru di pelabuhan Lumut ni, hari-hari OT, jadi hari dia kerja, memang tak boleh nyongket. 

Semalam petang, kami makan tengahari di Nasi Kandar Beratoq 786, Kampar.

Tudia laa... jauh pi cari nasi kandar. Bila kita dah biasa makan nasi kandar ni, kita tahu specialty sesuatu kedai tu, apa. Macam di Nasi Kandar Beratur 786 Kampar ni, ayam goreng dia sedap. Dia goreng kat situ je, panas-panas, belakang kaunter. Lagi satu, kalau baca review dari google, orang suruh cuba dia punya lamb shank. Setakat ni, saya belum pernah cuba lamb shank dia. Sebab saiz agak besar, saya seorang pula makan kambing, risau tak habis. Lagi pun harga lamb shank bukan murah. Kalau betul-betul penggemar dan selalu makan, boleh la cuba.

Nasi saya

Saya ambil lauk ayam goreng, begedil dan bendi. Kuah pula, kari ikan, letak sikit je. Nasi separuh. Sini, kalau minta kuah campur, agak pedas kombinasi kuah dia, berpeluh-peluh makan. Ha, last time makan sini camtu la, lap peluh, air hidung pun keluar. Sedap, cuma bagi orang tak makan pedas, saya tak rekomen minta kuah campur.

Masa nak cubit ayam goreng, ouch... masih panas ye. Hehe... tapi sedap. Kulit ayam yang garing. Isi ayam yang lembut dan masak sempurna. 

Ruang menjamu selera

Makan di luar boleh, makan di dalam tempat ada aircond pun boleh. Walaupun semalam makan di tempat aircond di dalam, tapi aircond macam tak kuat. Atau mungkin sebab petang semalam, cuaca panas terik juga.

Alamat dan masa operasi

Saya tahu tentang kewujudan nasi kandar beratur 786 ni, sejak Amirul belajar di Kolej Matrikulasi Gopeng dulu. Selalu bungkus nasi sini, atau makan sini dulu, sebelum hantar budak Amirul. 

Pernah bungkus nasi kandaq, campur kuah sekali (biasa orang bungkus letak lauk dan kuah asing) dan bawa balik makan rumah Manjung, tetap sedap nasi dia. Malah, saya rasa nasi dan kuah yang mesra tu, jadi lagiiii sedap makan. Takde kembang-kembang pun nasi dia. Lagi surrrrrr.... 😋

Haha... ok itu je la cerita. Walaupun agak jauh juga Kampar ni dari Manjung, tapi sesekali, kami pi juga, kalau dah teringin. 

Baik. Jumpa lagi, ye. 💗

Thursday, April 24, 2025

Jalan pagi dan sarapan

 Pagi tadi, saya dan suami pergi jalan-jalan di padang Astaka, Sitiawan. Cuaca baru saja lepas hujan. Jalanraya basah. Di rumah kami, tak hujan pun.

Cuaca mendung di Sitiawan.

Hari off suami hari ni. Bagus juga cuaca mendung, jadi tak panas. Sesekali, angin sejuk bertiup, rasa best sebab nyaman. Kami pusing padang sebanyak 2 setengah pusingan.

Dapat berjalan sejauh 6 km.

Sudah lama tak buat jarak lebih 5km. Waktu saya taip entri ni, rasa lutut sakit. Itu la, hujung jalan pagi tadi, saya ada slowjog sikit. Nampaknya, kena kekal jalan slow-slow sajalah macam biasa. 

Lepas selesai jalan, kami sarapan di kedai makcik bawah pokok. 

Sarapan nasi lemak hari ni.

Nasi lemak makcik ni, dari dulu sedap. Sambal dia, rasa macam sambal orang dulu buat. Yang unik, nasi lemak datang dengan sup. Sedap sup dia, hirup sampai habis.

Alhamdulillah, atas nikmat sihat dan rezeki untuk hari ini.

Jumpa lagi, ye. 😊

Palas rupa bukan segalanya

 Assalamualaikum, semua...

Tinggal 4 hari lagi, Giveaway Pertama Tot's Blog akan berakhir. Klik sini untuk join.

Petang semalam pergi Aeon dengan suami. Cari langsir di Kaison. Bukan langsir rumah. Langsir pintu je. Untuk bilik atas, yang ada balkoni. Langsir sedia ada sudah bertahun pakai. Dapat juga, harga bawah RM50.

Alang-alang situ, mengopi la di Gigi Coffee. 

Jarang-jarang kami beli kopi sini. Sebab banyak-banyak kopi, rasa harga dia paling mahal. Tapi sebab semalam hari raya, dan tak selalu, beli juga la.

Cawan kopinya, edisi khas raya. Tersenyum sorang saya tengok.

Kuih bangkit tengah tido

"Palas rupa bukan segalanya", kata ketupat palas.

Sate tengah gosok baju raya.

Haha... Comel je.

Ok. Tu je nak share. Jumpa lagi, ye. 😊

Wednesday, April 23, 2025

Hadiah dari CCL

 Rabu, 24 Syawal 1446 H.

Hari ni hari raya. Alhamdulillah, saya sudah habis puasa ganti dan sunat Syawal. 

Rezeki hari raya hari ni, saya terima hadiah dari CCL, sempena menjadi Top Commentators of March di blog Cik Cappuccino Latte.

Meh tengok saya dapat apa.

Parcel selamat sampai tengahari.

Lawanya... Telekung la.. 😍

Saya tak pernah ada telekung bunga macam ni. Terima kasih banyak pada CCL. Saya suka! ♥️

Marilah kita test tengok.


Muat! Pandainya CCL pilih. Terharu campur teruja, dapat telekung baru. Jatuh elok kain telekung ni. 

Syukur, Alhamdulillah. Terima kasih, CCL. Semoga murah rezeki, dipermudahkan segala urusan dan bahagia selalu di samping keluarga tersayang.

Jomlah melawat blog CCL

Baiklah. Jumpa lagi, ye. 

Citam setia menanti

 Dari hari Isnin, pagi-pagi, saya pergi Lumut Esplanade. Mak kucing, Kak Siti, balik kampung. Kak Siti minta tolong saya gantikan, bagi kucing makan. Ok jer. 

Sebenarnya, kucing-kucing situ ok kot, sebab ada je orang lain bagi makanan kucing sambil riadah di situ. Tak pun, saya pernah nampak ada kucing jalan sampai ke 989 Kopi, ngendeng makanan kat orang yang mengopi. 

Tapi bila hari-hari tengok si Citam ni, barulah saya faham kenapa Kak Siti minta tolong saya datang.

Tiap-tiap hari saya datang, situlah Citam duduk, tunggu makanan. 😁

Kesian pun ada, tengok si Citam ni.

Lapor dia..

Bukan Citam seekor kucing di Esplanade ni.

Oyen ada.


Tompok pun ada.


Banyak la kucing.

Yang jinak dan manja, yang liar dan takut. Bila kita letak makanan dan blah dari situ, kucing tu pun datang makan. 

Sudah lama juga tak datang sini jalan-jalan. Dulu, memang tiap-tiap hari saya datang. Saya pun ambil kesempatan la, sambil bagi kucing makan, sambil jalan-jalan keluar peluh, tengok laut, tengok orang.

Hari Isnin, 5km jalan.

Hari Selasa, 5km juga jalan.

Hari ni, tak sampai 2km jalan.


Balik awal, sebab hari ni, saya pakai sandal je keluar rumah. Lupa pakai kasut sukan. Hari nyanyuk. Tak boleh pakai sandal nipis tu, nanti lutut boleh sakit.

Ok la, anak-anak bulus, esok mak kome dah balik. 

Itu je cerita hari ni. Jumpa lagi, ye. 😊

Tuesday, April 22, 2025

Gambar makanan dan tudung solat ready

 Assalamualaikum semua...

Ada 6 hari lagi untuk join Giveaway Pertama Tot's Blog. Sila klik sini jika belum join. 😊

Entri ni ada banyak gambar makanan. Minta maaf awal-awal kalau ada pembaca yang sedang berpuasa. Eh, tapi saya pun puasa hari ni, last day. Suami sudah raya hari ni. Saya esok baru raya, Insya-Allah. Yay! 😁

Benda yang nak cerita, memang banyak. Tapi masa untuk update blog tu, kurang. Sibuk dengan kerja rumah. Blog kawan-kawan pun saya belum habis singgah balas. Nanti saya jalan sikit-sikit ye, bila free. 

Misi untuk kurangkan gambar dalam handphone. Jadi, saya update mengikut kronologi, walaupun sudah berlalu agak lama, dari cerita lepas habis raya lagi. Tapi saya nak share juga la sini, sebagai rekod saya.

Tarikh gambar, 6 April 2025.

Bukan selalu dapat masuk ke asrama Hafizan (anak kedua) bila hantar dia balik PUO, Ipoh. Selalu, kena campak dia luar pagar asrama sahaja. Tapi pada hari tersebut, hujan lebat. Encik pengawal telah membenarkan ibubapa masuk sampai depan blok. Alhamdulillah.

Tapi bila dapat masuk je, hujan pun beransur reda. Kami adalah antara kereta yang lepas masuk la. Lepas tu, pagar asrama sudah ditutup balik.

Bapak budak tunggu barang budak.

Kena 2 trip Hafizan hantar barang ke bilik, kemudian turun balik. Hafizan cerita, ada kawan dia tanya, kenapa bawa tong cat? 

Itu bukan tong cat. Itu, mass gainer protein. Hafizan tengah usaha tambah berat, nak tambah otot jadi sasa. Macam-macam. 

Kami dah terangkan pada dia, tak perlu benda serbuk protein ni. Makan nasi 2 pinggan, 3 kali sehari, mesti tambah berat. Tapi dia kata, tak dapat makan nasi selalu sebab dekat cafe, lauk dia suka selalu habis. Pulakkk...

Nasi goreng biasa

Lepas hantar Hafizan, singgah makan di Bandar U, Seri Iskandar. Lupa sudah nama kedai. Pertama kali kami makan sini. Tengok nasi goreng dia, membukit! 


Suami mestilah pesan menu feveret dia, nasi goreng kampung, mesti ada sambal belacan dan telur dadar. Dia bagi sup kosong sorang satu. Sedap. Alhamdulillah. Lain kali, boleh singgah lagi makan kedai tomyam ni.

Gambar pada 8 April 2025.

Daging goreng kunyit. Masak sepenuhnya guna pressure cooker. Ya Allah, berbunyi perut saya masa upload gambor daging kunyit ni.

Gambar 10 April 2025.

Masak nasi goreng, ada letak daging kunyit yang tak habis. 

Gambar 11 April 2025

Makan nasi lemak paru untuk sarapan. Pada hari tersebut, tidak IF. Hari-hari sebelumnya, sudah 3 hari ber-IF (first meal pukul 12 tengahari, last meal 7 pm). Belum mula puasa qada serta sunat syawal kerana uzur. Hari tersebut juga, pergi klinik, ambil ubat selsema dan demam. Berat badan semasa timbang: 57.5 kg.

Ini suami punya, nasi lemak rendang kerang.


Dua-dua sedap, ok! Nasi lemak paru dan nasi lemak rendang kerang. Tapi ambil keputusan tidak beli selalu, sebab dia punya sambal, minyak berlinang-linang. 

Gambar 17 April 2025

Masak ayam goreng. Perap ayam dengan serbuk kunyit, serbuk kari dan paprika, kemudian goreng.

Bihun goreng, masak pada 18 April 2025


Buat bekal, bersama telur rebus 3 biji. Bawa sebagai lapik perut, buka puasa dalam kereta. Pergi ambil Hafizan di Ipoh. Haha.. tadi hantar Ipoh, ni ambik dia pulak dari Ipoh, bawa balik rumah. Bila entah dia nak pandai naik bas untuk balik rumah. Saya dan suami buka puasa di Batu Gajah, dalam kereta. Parking dekat Richiamo.


Dah alang-alang duduk depan dia, masuk la, beli kopi. Besar ye, Richiamo cawangan Batu Gajah ni. Takde orang pulak tu. Oh, memang la takde orang, time maghrib, kot. Hehe..

Lepas tu, kami singgah Petron Tronoh, solat maghrib situ. 

Dah banyak dah surau kami singgah sepanjang kerja mengambil dan menghantar Hafizan di Ipoh ni. Boleh kot buat entri, ulasan surau mana besar dan selesa. Hihihi... lagi satu, review tudung solat ready. Saya tak bawa telekung, sebab saya berpakaian jubah dan tudung. Tapi walaupun tudung solat ready, bila surau tu punya kipas volume 5, terbang-terbang, tudung boleh menyorot pula ke bawah ke arah tengkuk di bahagian belakang bila tengah sujud. Nasib baik tudung tak terobang tutup kepala terus. Haaa... bukan mudah rupanya nak berpakaian solat ready ni. Banyak dah tudung labuh saya cuba. Tapi kalau material dia ringan, walaupun bagus untuk pakai cuaca panas, ia tidak lah praktikal untuk dibawa solat. Itu yang saya pakai mini telekung je tu. Memang gerenti tak nampak aurat kita bila solat.

Ni contoh mini telekung, saya pakai masa di Kelantan. Mini telekung ni saya beli masa nak pergi umrah bulan 1 hari tu. 

Malangnya bila di Perak, cuaca panas, rimas juga keluar pakai mini telekung ni. Itu lah pasal saya masih mencari tudung solat ready yang bagus. Belum jumpa lagi. Kalau kome tahu, drop la komen, mana beli ye, tudung solat ready yang bagus.

Boleh kita kongsi-kongsi ilmu. Bak kata Riwayat Ibn Hibban (4163), yang bermaksud,"Jika seorang wanita menunaikan solat 5 waktu, puasa pada bulan Ramadan, menjaga kemaluannya (maruah dan aurat) dan taat pada suaminya, masuklah dia ke dalam Syurga dari mana-mana pintu yang dikehendaki."

Cadangan tudung, tau. Kalau pergi mana-mana bawa telekung, tak ada masalah la nak solat. 

Tudia, jauh saya melencong. 😁 Balik ke topik makanan semula.

Gambar 19 April 2025

Jumpa nasi lemak harga seringgit, di Pasar Minggu Bota. 


Dalam dia, nasi lemak dan sambal sahaja. Cukup rasa. Tiada telur. Tapi ada la ikan bilis seekor dua. Orait gak la, sebab nasi dan sambal dia cukup lemak dan rasa.


Sebab dah boleh agak nasi lemak singgit mesti tak dak lauk, jadi dah beli siap-siap ayam bakar seketul. 😋

Gambar 19 April 2025

Bihun sup ada ayam, daging dan perut. Makan di kedai dekat rumah. Harga dia RM13. Kongsi dengan suami. 

Gambar 20 April 2025

Masak nasi goreng, ada letak kacang panjang tanam sendiri, 2 batang je, tuai. Kemetot pula tu, kacangnya.

Gambar 21 April 2025

Gigih masak sayur campur waktu sahur, sebab terasa nak makan sayur.

Gambar 21 April 2025

Pergi pasar, beli ikan kembung, 6 ekor, RM16. Balik, suami tolong goreng ikan. Pastu, saya masak ikan kembung goreng cili api, ikut resepi Khairul Aming. Ikan banyak, sambalnya sikit. Hihi.. tapi sedap.

Ok lah. Banyaknya gambar dalam entri ni. Terima kasih, kerana sudi baca dari awal hingga akhir. 

Mungkin lain kali, saya patut update sikit-sikit, jadikan entri pendek, daripada kumpul gambar makanan banyak-banyak. Saya cuba ok, lain kali.

Jumpa lagi. 💗