Friday, May 30, 2025

Morning walk di UTP

 Assalamualaikum, semua dan salam Jumaat...

Pagi tadi, saya dan suami jalan-jalan di UTP. Suami saya ada urusan di Tronoh, pukul 9 pagi.

Jadi, kami morning walk di tasik UTP sahaja.

Morning walk di tasik UTP Tronoh
Pagi di UTP

Cuaca cantik. Mendung, tak panas sangat. Ramai juga orang beriadah di sini pagi-pagi.

Ada company mana tadi, dia buat fun walk. Sebelum event fun walk tu, mereka bersenamrobik beramai-ramai di ruang parkir hadapan taman.

Ada yang berlari. Ada yang berjalan satu keluarga, ibubapa bawa anak-anak. Cuti sekolah, kan.

Burung botak siput atau wood stork di kolam UTP
Burung bangau wood stock atau burung botak siput, di salah satu kolam di taman UTP

Cuaca baik untuk duduk seketika, tengok burung di kolam. Nampak macam kolam di atas tak dalam pun, sebab air sampai paras situ je, di kaki burung tu.

Macam sama dengan burung yang blogger Ujie pernah cerita di entrinya di sini.

Saya rasa macam agak malas untuk terus berjalan. Kejap lagi, mesti kumpulan yang buat program fun walk tu akan mula berjalan, lepas habis deme aerobik. Karang jadi sempit laluan berjalan. Lagi pun, perut saya dah mula berkeroncong. Jadi, cukuplah dua pusingan besar taman UTP.

Berjalan dua pusingan di taman UTP guna jam Garmin
Dua pusingan, bersamaan 4km. Masa tidak sampai 1 jam.

Kami pergi sarapan dulu di Restoran Bunda Seri Iskandar. Sebab lapar, saya lupa langsung nak ambil gambar makanan kami. Lepas makan, kami ke Tronoh, settle-kan urusan suami.

Ok la. Jumpa lagi, ye. ♥️

Thursday, May 29, 2025

Beli pengukus dan resepi ayam kukus sambal embe

 Ada satu hari, jalan-jalan beli barang dapur di Lotus, suka lalu di bahagian periuk, alat dan gajet memasak dan saya tersambar satu benda.

Pengukus elektrik Russell Taylors
Pengukus elektrik atau steamer

Mur-mur saja. Boleh mudahkan kerja mengukus di rumah.
Sebelum ni, bila nak mengukus, guna periuk lama tinggalan arwah Ma. Yang besar gedabak, kena isi air, dan letak atas api dapur dan stack dalam bentuk bertingkat. Berat dan nak cuci pun susah. Bila hari raya, nak panaskan lemang dengan mengukus pun malas.
Jadi dengan adanya pengukus elektrik ni, tak payah keluar dapur belakang pun takpe. 😊

Terus hari yang sama, kita masak lauk ayam kukus sambal embe dari Khairul Aming (KA). Boleh google je, resepinya, ye.

Tapi saya catat dalam bentuk bertulis seperti di bawah:

Resepi Ayam Kukus Sambal Embe KA

  • Perap ayam dengan 1 sudu sos tiram, setengah sudu minyak bijan, 1 sudu tepung ubi kayu, white pepper dan garam secukup rasa. Gaul-gaul.
  • KA pakai 2 ketul ayam bahagian peha potongan besar. Letak daun bawang dan stim selama 25 minit.
  • Bila sudah siap, carik-carikkan ayam. Air kukus pun campur sedikit.

Cara buat sambal:
  • Tumiskan 5 biji bawang ros yang dihiris, dan 5 ulas bawang putih dihiris.
  • Bila bawang garing, tambah 4 biji cili padi hijau dan 4 biji cili padi merah, dan seketul belacan yang dibakar dan ditumbuk.
  • Lepas tu, tuangkan atas ayam.
  • Perahkan limau kasturi.
  • Siap!


Ayam kukus sambal embe resepi khairul aming
Versi saya yang derhaka resepi sikit. 🙈


Saya tak carik-carikkan ayam, seperti dalam resepi. Sos tiram saya tinggal sikit dalam botol. Jadi, saya masukkan air, goncang-goncang dan masukkan semasa perap ayam. Itu yang macam kuah banyak tu. Tapi, sedap kome! 😋

Alhamdulillah. Terima kasih kepada suamiku yang sudi melayan kehendak isteri yang suka beli gajet memasak ni. 

Sejak ada pengukus ni, telur pun saya kukus. Dah tak rebus dah. Hehe. Helok kejadiannya.

Ok. Tu je. Jumpa lagi, ye. ♥️

Jalan pagi Khamis

 Raya haji pun radio pasang lagu raya, wei. 😁

Pagi tadi sebelum subuh, saya masak spagetti goreng.


Cuti sekolah mula hari ni, kan? Saya tak tahu cuti ke tidak, sebab Sulaiman hari-hari pergi sekolah, termasuk Sabtu dan Ahad. Bila saya tengok kalendar atas meja, baru perasan budak-budak mula cuti sekolah hari ni. Bertabahlah ibubapa yang punya anak-anak tingkatan 5.

Sulaiman pergi sekolah lambat sikit, pukul 8 pagi, time cuti sekolah ni.

Saya pergi padang dulu dengan suami, brisk walk.


Mendung dan hujan sikit pagi ni. Tapi kami masih jalan, sebab hujan halus-halus. Jalan sampai 6km. Alhamdulillah.

Cuti sekolah kome ada plan ke mana-mana ke? 

Ok. Jumpa lagi. Majulah sukan untuk kesihatan diri sendiri. ♥️

Wednesday, May 28, 2025

Sedap tak tau nak habaq! Part II

 Sudah dua hari budak Hafizan ikut saya pergi brisk walk. Dulu, dia tak suka buat aktiviti cardio ni, sebab dia banyak buat latihan beban je. Tapi bagus juga, boleh teman mama.

Semalam, suami ada juga, sebab dia masih off.

Bunga liar tepi padang.

Semalam buat lebih 1 jam sikit. 


Hari ni, buat hampir satu jam setengah. Suami campak saya dan Hafizan di padang, dan dia pergi office, ada kerja sikit. Habis kerja, suami ambil saya dan Hafizan.

Semalam, kami bawa Hafizan sarapan luar. Hafizan cadangkan kami pergi makan di tempat yang sejuk, sebab cuaca sudah panas. Kami pun pergi ke Kluang Road Cafe.


Hafizan pesan 2 keping roti canai sarang burung, dan 2 biji telur separuh masak. Jadi, dia makan 6 biji telur la, semalam. Setiap roti canai sarang burung tu, ada 2 biji telur. Tudia la, anak mama sorang ni. Tapi dia weight lifting, memang makan protein banyak.


Suami pesan laksa johor. Sini memang torrrrrbaik, dia punya laksa johor! 😋


Saya pesan lontong darat. Ya Allah... yang ni tak tau la nak habaq camana. Ish ish ish... semua sedap la!!! Kuah kacang, serunding atas nasi himpit, ayam merah, sambal jawa yang ada suhun, kacang panjang, tempe dan tauhu. Masya-Allah, pandai bebenor la, orang ni masak! Saya kasi 5 bintang! ⭐⭐⭐⭐⭐

Saya lupa nak ambil gambar roti canai sarang burung yang Hafizan pesan.


Licin, makan. Alhamdulillah, sedap sarapan di Kluang Road Cafe ni. 

Harap tuan kedai ni dapatlah mengekalkan kualiti dan kesedapan makanan di sini sampai bila-bila. 

Jumpa lagi, ye. 💗

Monday, May 26, 2025

Hari ini pergi Ipoh

 Saya masih dalam proses balas komen dan blogwalking ke blog kawan-kawan. Tak siap-siap lagi. Suka baca cerita korang. Ambil masa juga. Nanti, saya buat juga, Insya-Allah, habiskan slow-slow. Saya tak sombong, tau. Cuma masa kurang sikit untuk online semenjak dua menjak ni. Maapkan saya, ye.

Semalam waktu makan malam, tanya anak bongsu, Sulaiman, dia nak makan bihun goreng ke, atau wrap untuk sarapan hari ni? Sulaiman jawap, nak makan wrap saja. Jadi, sebelum subuh pagi ni, saya sudah siapkan sarapan wrap untuk Sulaiman.


Wrap yang saya masak ni, lebih kepada versi fold-over. Saya ada kongsikan resepinya, dulu-dulu. Sat.

Baca sini, Resepi wrap versi Tot.

Dalam lebih kurang pukul 8 pagi, saya dan suami bertolak dari rumah, ke Ipoh. Nak pergi ambil anak kedua, Hafizan. Dia punya kertas terakhir final exam selesai pukul 11 pagi. 


Singgah sarapan

Kami singgah sarapan di Capati Kari Kambing Bota.


Suami ambil nasi goreng ada sambal tumis ikan bilis, paru berlado dan telur mata.

Sementara saya pula, sarapan capati sekeping, bersama kari kambing. Sedap dan pekat kari kambing dia, macam selalu. Cuma saya rasa, kambing dah tak banyak macam dulu. Dulu, penuh juga isi kambing dalam karinya.

Apapun, Alhamdulillah, rezeki hari ini. Sudah kenyang, kami teruskan perjalanan.

Sampai di Seri Iskandar, berhenti kejap di stesen minyak Petronas, panggilan alam yang tidak boleh ditangguh lagi. 🙈

Kami tiba di Ipoh awal lagi. Hafizan belum habis periksa. Jadi, kami tuju ke Padang Polo.


Brisk walk sekejap

Jam menunjukkan pukul 10.40 pagi. Tapi sebab Padang Polo ni, banyak pokok besar, tak rasa panas sangat. Saya pula pakai jubah. Kasut pakai kasut lari. Jadi, layan kejap la kaki, tengok pokok.


Bestnya, taman dia ada tempat kita boleh isi air botol kita, dengan air yang sudah ditapis. Kalaulah ada kemudahan begini di tempat saya. Atau apa orang kata tu? Water cooler, kan. Percuma. Mesti orang lebih semangat untuk beriadah.

Suami tak ikut saya berjalan. Dia duduk di kerusi tepi taman, sambil layan handphone.


Saya ikut laluan yang redup sahaja. Bukan saya seorang jalan pukul 10 pagi, ada lagi orang yang sama gila, jalan juga. Cuma yang lebih gila, saya kot, sebab jalan pakai jubah. Tak sesuai langsung pakaian. Asal kasut selesa, on je. 

Lagi satu, sini ada camera cctv, saya perasan, di beberapa tempat. Wah... sangat bagus! Jadi, kalau tempat terpencil kurang orang, takde la terjadi kejadian samun ke, apa-apa yang tak elok. Pondok Polis pun ada. 

Tandas awam pun ada. Bayaran masuk 50 sen. Walaupun tak ada orang jaga, letak duit atas meja sebelum masuk. Padang Polo memang taman yang baik untuk berjalan, berlari, nikmati udara segar. 


Alhamdulillah, sempatlah 28 minit berjalan. Semasa berjalan tepi kolam, nampak kura-kura. Comel je!

Whatsapp Hafizan, dia sudah habis periksa ke? Dia jawap, sudah. Kami pun tuju ke Poli.

Ambil Hafizan

Tak jauh pun Padang Polo dengan PUO. Dalam 5 minit perjalanan, kami pun sampai.


Berhenti di pok guard, sign buku pelawat dulu. Cuaca cerah dan agak panas. Terus tuju ke asrama pelajar.


Bapak budak sedang menyusun barang Hafizan yang banyak ke dalam kereta. Hafizan sangat beruntung, dorm mates Hafizan, 3 orang, tolong bawa turun barang Hafizan ke bahu jalan tempat kereta ibubapa menunggu. Semoga balasan yang baik-baik untuk teman satu dorm Hafizan. Semoga anak-anak beroleh keputusan cemerlang juga untuk periksa semester 2 ni. 

Kalau teman dorm Hafizan tak tolong, kena 2-3 trip juga la bawa turun barang. Itu yang suami pegang dalam gambar di atas, adalah alat bersenam Hafizan. Bukan di rumah kami saja, di bilik Hafizan di Poli pun dia bawa alat untuk dia bersenam. Dia kata, tak salah pun. Kawan-kawan pun ada juga yang meminjam barang senaman dia. 


Selamat tinggal Kamsis Mutiara. Depan blok asrama Hafizan, betul-betul cafe. Senang nak turun makan. Pelajar baru boleh dapat penginapan di kamsis baru ni, selama 2 semester sahaja. Sudah mohon penginapan. Semoga ada rezeki untuk Hafizan next semester, untuk dapat penginapan dekat, kalau boleh, seberang jalan je dari PUO. Penginapan luar tu, blok lama, dan yuran tak semahal penginapan baru ni. Kalau tak dapat, kena sewa rumah la.

Alhamdulillah, selesai urusan ambil Hafizan hari ni. Sampai Manjung dalam pukul 2 petang. Bungkus dulu nasi di Subur Jaya, Ayam Penyet dan Bakso.

Orait. Jumpa lagi. 💗

Sunday, May 25, 2025

Muffin pishanggggg

 Pada hari Khamis yang lepas, cuaca hujan waktu pagi. Nak pergi morning walk, tak boleh. Nak pergi berkebun pun tak boleh. Jadi, saya pun masuk dapur. Ada buah pisang sudah kehitaman atas meja. Fikir dulu, nak buat cokodok ke, nak buat muffin. Bila fikirkan cokodok kena guna banyak minyak, saya pun buatlah muffin. Dah lama sangat tak bakar membakar ni.

Selongkar punya selongkar, bekas cawan muffin pun tak cukup, tinggal 4 biji saja dalam kabinet. Boleh la, kita guna apa yang ada.

Kita bakar yang duduk dalam cawan muffin dulu.


Takde letak hiasan apa di atas, chocolate chip ke, ceri ke, semua dah expired, esen vanilla pun tak diletak dalam adunan, sudah selamat dibuang semasa buat projek pembersihan peti ais tak lama hari tu.

Tapi dalam adunan muffin ni, kita ada masukkan kacang gajus yang ditumbuk. 

Baki adunan tu, saya bakar terus dalam tray muffin. Calit marjerin menggunakan tisu dapur, dan sapu pada mangkuk tray muffin, supaya adunan senang dikeluarkan setelah dibakar.

Halo... ok ke tu?

Ada yang tinggi kecerunan, ada yang landai kejadiannya.

Huii... yang hujung sinun, hitam udah rupa macam cokodok gayanya. Logik juga bila difikir balik, sebab dia dibakar terus guna tray tu, lebih cepat panas, banding kita bakar dalam bekas cawan muffin tu. Hitam hitam si tampuk manggis, walaupun hitam ku pandang manis.

Buat ujian cucuk dengan lidi pencungkil gigi, lidi bersih, maknanya sudah masak muffinnya.


Kesemuanya, dapat 10 biji muffin pisang.

Suami time-out dari office, untuk bawa saya pergi ambil ubat di farmasi drive-thru. Boleh je pandu sendiri pergi. Tapi, suami saya rajin menjadi driver dan mengambil berat akan hal ehwal kesihatan isterinya gitew. Setengah jam saja urusan mengambil ubat di hospital.

Masa suami nak masuk semula bekerja, bagi 5 biji muffin pisang dibawa ke pejabatnya. Boleh makan dengan kawan-kawan.

Balik kerja petang tu, suami kata, sekejap je habis.


Saya makan sambil blogwalking, petang Khamis lepas. Alhamdulillah. Rasa macam kek pisang kedai runcit jual tu pun ada. 

Ok. Jumpa lagi. 💗

Saturday, May 24, 2025

Anak dan buah kaktus

 Lebih kurang minggu lepas, saya ada cerita yang saya ada beli pokok kaktus.

Baca sini: Motivasi untuk berkebun

Dalam entri ini, saya akan kongsikan perkembangan pokok kaktus, sambung dari link entri di atas.

Saya pun baru lagi dalam penanaman kaktus ni. Jadi, saya tulis sebagai rujukan saya juga.


Kaktus 1: Moon Cactus

Ada keluar anak atau pup

Yang cikenit bulat di sisi kiri kaktus di atas, adalah anak atau 'pup'. Ia adalah tunas baru yang akan membesar menjadi individu kaktus baru.

Sekarang, anaknya masih kecil. Jadi, elok tunggu dulu sampai ia lebih matang dan stabil. Berikut garis panduan bila masa sesuai untuk pisahkan atau graf anak kaktus itu:

  • Saiz anak tu kira-kira seperempat atau sepertiga dari saiz induk.
  • Anak kaktus itu dah ada beberapa duri dan struktur yang padat, nampak 'matang'
  • Bila disentuh perlahan, ia rasa kukuh dan tak mudah tercabut

Biasanya, ambil masa beberapa minggu hingga bulan, bergantung pada cahaya, air dan suhu.

Sementara tunggu:

  • Pastikan kaktus dapat cahaya terang tapi tak terus kena matahari terik.
  • Siram sikit je dan jarang-jarang, sebab jenis ni mudah reput kalau terlalu lembap.

Kaktus 2: Mammillaria

Gambar 21 Mei

Gambar 23 Mei

Gambar 24 Mei

Yang warna merah pada kaktus tu sebenarnya buah kaktus. 

Kalau kaktus ini berbunga, ia kadang-kadang berbentuk mahkota keliling kepala kaktus.


Itulah ceritanya, perkembangan dua pokok kaktus di rumah. Maklumat yang saya sertakan adalah hasil saya menyembang dengan chatGPT. Ilmu baru bagi saya.

Kalau ikutkan saya, memang saya tak tahu apa-apa. Mula-mula dia keluar benda kecil warna merah tu, bentuk macam cili je. Macam tangan kaktus.

Yang kaktus di atas yang keluar anak tu pula, bagus betul ya. Macam manusia juga. Tunggu anak dia matang, barulah kita boleh pisahkan. Kalau masih kecil, ia melekat di ibunya. Hehe..

Ok la. Hari Sabtu, hari ni, kome. Ada nak nyongket mana-mana ke?

Saya kalau petang ni tak hujan, rasa nak ke pasar malam.

Orait. Jumpa lagi. 💗

Thursday, May 22, 2025

Jalan dan makan semalam

 Kadang tu, kerja di rumah banyak. Tambahan pula, ke hulu ke hilir ada urusan di luar. Tak sempat nak update blog. Kalau update pun, cerita hari sebelumnya. Macam hari ni juga la. Saya nak update cerita semalam. Hehe..

Pagi semalam, saya dan suami pergi briskwalk. Hari off suami. Kena ajak dia beriadah. Dia salah seorang mesti ada semangat rajin. Kalau dua-dua malas, pergi makan, nyesal kemudian hari tatkala memakai seluar semakin ketat. 

Ke padang kami. Walaupun mulanya, sedikit skeptikal. Risau kasutku kotor, kerana hari sebelumnya, hujan lebat, nanti padang lecak. Suami kata, pergi je la. Situ tempat luas. Tempat lain tak berapa luas, kena looping banyak kali, silap-silap boleh pening. Baiklah.

Cuaca baik, pagi semalam. Langit membiru. 

Dia pun sibuk nak beriadah.

Tapi anjing-anjing di padang Sitiawan ni, tak kacau orang. Dia dah biasa tengok orang berlari. 

Sekejap kami jalan santai. Ramai nyonya, uncle, potong kami. Dia orang ni pun jalan nampak santai macam kami, tapi speed laju. Kemudian kami pun cuba melajukan langkah. Bila laju, kena ada hand swing. Macam cerita Korea, Queen of Walking tu.

Movie tahun 2016.

Bila berhayun tangan ni, nampak beria-ia sungguh. Padahal ramai yang potong kami berjalan tadi, nampak rileks je. Kena study lagi ni, teknik berjalan bersahaja tapi laju. 😅


Semalam punya aktiviti berjalan, dapatlah 6.06 km. Alhamdulillah. Tak cecah 10 ribu langkah pun. Tapi bila kumpul langkah seharian, baru dapat capai.

Lepas berjalan, apa lagi. Kita pergi makan la!

Kami pergi ke Pasar Komuniti dan Karavan Manjung. 

Suami ambil nasi kerabu dengan lauk daging goreng kunyit.

Tudia laaa.... bakar kalori 300, tambah kalori 600/700. Camana la nak kecik. 


Saya pula makan set roti bakar telur goyang sekeping bersama baked beans, daging dan sosej. 

Elok ler tu. Dua hari makan suku suku separuh, esoknya melantak pula. Hahahadoii..

Ok la. Jumpa lagi. 💗

Wednesday, May 21, 2025

Pertama kali makan di Madam Croffle

 Semalam petang, lepas Asar, saya dan suami pergi ke Aeon. Selalu sangat lalu depan Madam Croffle ni. Tapi, tak pernah singgah. Semalam saja lah, sempena harijadi saya, cuba sesuatu yang baru.

Apa itu croffle?

Croffle tu, adalah gabungan croissant dan waffle. Ia menggunakan doh croissant tapi dimasak dalam acuan waffle. Jadi luar croffle ada rasa rangup dan dalamnya, tekstur yang lembut.


Kedai Madam Croffle terletak di tingkat bawah mall ni. Bila datang sini, teringat Hafizan pernah cakap, dia punya crush kerja kat sini, dulu. Tapi dah takde dah, sudah masuk U. 

Tak tahu apa benda yang nak dipesan. Tak tahu apa yang sedap. Pakai order je la apa yang nampak.

Ambil masa juga nak siapkan pesanan kami. Dia terima pesanan, barulah dia buat. Jadi, segarlah croffle tu. Baru dimasak dan disediakan mengikut apa yang dipesan.


Pesan croffle sandwich - Tuna Mayo, satu. 

Yang ini, rasa macam makan sandwich subway pun ada. Cukup rasa tuna. Sedap, di tekak kami.


Yang ini pula, Tiramisu Croffle.

Sebelum tu, kami sudah beli kopi. Jadi, kami duduk situ, menikmati croffle sambil minum kopi masing-masing. Sedapnya! 😋 Rasa nikmat pula, sebab dah lama tak makan benda manis. 


Dia bagi sekali sarung tangan plastik untuk makan tiramisu croffle ni. Sebab memang comot makan ni. Aiskrim dia cair waktu makan. Sambil pejam-pejam mata gitu.

Budak-budak pekerja tu, senyum je, tengok dua orang tua ni menikmati croffle. Meja makan di depan ruangan dia orang bekerja je. Agaknya, dia dengar kami dok bercakap, camana nak makan ni. 


Ok la harga dia. Lain kali, boleh datang lagi, cuba menu lain pula.

Sekian pengalaman pertama kali makan di Madam Croffle.

Jumpa lagi, ye. 💗

Tuesday, May 20, 2025

Jalan dan makan Selasa

 Aktiviti pagi tadi, lepas tengok pokok, on treadmill dalam rumah. 


Sama macam semalam, buat sampai 10 ribu langkah. Walking pad sebenarnya, beli mur-mur je, dari shopee. Letak mengadap tv, boleh la layan sambil walking. 

Suami sudah bungkuskan nasi lemak untuk makan tengahari. Tapi saya masuk dapur juga, masak sayur.


Masak sayur campur juga, macam semalam.


Nasi hari ni, nasi lemak, itu ada kacang tu. Protein pula, paru sambal dan telur mata. Sayur pula, sayur campur baru masak dan pisang sebiji.

Ok. Jumpa lagi. 😊

Happy birthday to me

Kredit foto Amal Kebajikan

 

Hari ni, bertambah lagi setahun usia, menjadi 47 tahun. Tua dah. 

Selain saya, blogger yang seusia dengan saya, tak silap, Suria Amanda dan Ujie. Kalau salah, minta maaf ye.

Pagi-pagi sudah ada mesej Whatsapp masuk. Ucapan selamat dari kedua kakak saya. Kok siap bagi video lagi.


Dalam video tu, ada klip masa badan saya berisi sikit. Haha.. tu dulu. Dulu-dulu saya pernah obese. Masuk dunia larian, perlahan-perlahan bmi jadi normal. Alhamdulillah. 

Usaha Kok buat video. Atam cakap, Kok dah jadi content creator sekarang. Itu yang apa-apa, hantar video je. 😁

Hafizan pun wish juga di whatsapp.

Hafizan edit gambar mama. 😂

Suami saya walaupun ada di rumah, dia tak wish pun. Bila anak ucap di whatsapp, barulah dia wish kita. Tahu... pakcik tu dok mikir kerja je. Manalah dia ada pikir kat kita ni. Nanti dia balik kerja nanti, tunggu ye... kita nak paw dia handbag baru. Muhahahaha....


Zus bagi 2 voucher, sempena harijadi. Dia suruh kita beli 2 kek. Muhahahaha....

Alhamdulillah, banyak rezeki dan nikmat Allah beri sepanjang 47 tahun ni. Bila tersasar sikit, Allah hantar orang tegur dengan cara yang paling halus. Dua tiga kali fikir, menyakitkan hati. Kena 10 kali fikir, baru meresap dalam diri, apa mesej tersirat. Processor lama, ambik masa nak proses sesuatu perkara. Syukur Alhamdulillah, Allah berikan suami yang baik dan penyayang pada anak-anak, yang keluar rumah cari rezeki untuk saya dan anak-anak. 

Alhamdulillah juga, anak-anak dah besar, dah pandai fikir sendiri, cuma saya harap dia orang tak tinggal solat kat tempat dia orang duduk, walau di mana saja. 

Di usia sekarang ni, saya cuma nak hidup tenang je. Harap anak-anak berjaya dalam pelajaran, demi masa depan deme. Hari-hari Allah panjangkan usia sehari lagi, beri peluang pada kita untuk perbaiki salah kita, untuk lebih dekat padaNya. Itu je la yang saya nak. Semoga saya kuat melawan hasutan syaitonirrojim yang suka sangat pengaruh kita dengan hal duniawi ni. 

Takde plan apa nak sambut-sambut ni. Mungkin keluar mengopi je la kot, petang ni. Semalam satu hari kita tak minum kopi, ok. Hahaha.. jadi tak ada masalah sebenarnya kalau nak berhenti kopi ni. Nak atau tak nak je. Boleh sebenarnya. 

Baiklah. Semoga pembaca sekalian sihat-sihat saja dan semua urusan anda semua dipermudahkan.

Jumpa lagi, ye. 💗

Monday, May 19, 2025

Kembali ke pangkal jalan

 Semalam hujan sepanjang jalan, dari Ipoh ke Manjung. Sekejap renyai, ada sesetengah tempat lebat, sampai tak nampak jalan. Saya as co-pilot, tak membantu sangat semalam, pi tidor la pulak, dalam kereta. Huhu.. cian pilot sorang di sebelah. Alhamdulillah, selamat hantar Hafizan balik PUO.

Sebab semalam hujan, jadi hari ni, tak perlu lah siram pokok. Tapi saya tengok-tengok juga, dan cabut rumput sikit. 

Lepas tu, masuk rumah, briskwalk kejap atas treadmill, sambil tengok tv. Bertahan 6 hari juga, tanpa jam. Start semalam, pakai balik. Nanti hari suami off kerja, nak ajak dia pi tukar tali jam. Harap tali jam ni dapat bertahan sehingga tukar yang baru.


Berhenti treadmill bila dah cukup 10 ribu langkah. 

Lepas tu, saya masuk dapur. Masak pulak.

Suami kalau beli nasi lemak untuk anak-anak, dia suka asingkan sambal. Ye la, budak-budak pun ikut suka deme bila nak makan. Kadang lewat tengahari baru makan. Adalah satu plastik sambal dalam peti ais. 

Saya olah sambal tu, masukkan ayam yang digoreng. 


Jadilah ayam masak pedas. Ikan bilis pun boleh nampak dalam gambar di atas, dari sambal tu la. 

Hari ni, tinggal berdua je dengan Sulaiman. Itu pun, masa saya taip entri ni, Sulaiman pergi sekolah semula, ada kelas tambahan waktu petang. Suami pula OT hari ni, shif pagi, balik 8 malam. Jadi, mungkin dia tak makan di rumah kot.


Selain lauk ayam pedas, masak juga sayur campur.


Saya goreng telur dadar jugak.

Lepas masak, mandi dulu. Pukul 1, barulah saya makan. Jadi IF hari ni, 17 jam. Boleh IF lama-lama bila suami kerja shif pagi je. Kalau dia ada rumah, mesti keluor pi ngopi.

Oh, ada bawa keluar pinggan berpetak ni, atau tray kecik, atau compartment plate. 


Nak guna semula bila makan, jadi hidangan suku suku separuh. Bawah nasi dalam gambar di atas, ada kentang dari lauk ayam pedas tu. Alhamdulillah. Kenyang. 

Kome hari ni makan apa?

Jumpa lagi, ye. 💗