Memaparkan catatan dengan label Menjahit dan Mengait. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Menjahit dan Mengait. Papar semua catatan

Selamat jalan, benang

 Assalamualaikum, semua... Selamat pagi... 😊

Harap kawan-kawan semua sihat sejahtera. Hari ni nak pergi jalan mana, hari Sabtu?

Pada 27 Oktober 2025 yang lepas, saya telah mengemas bilik kerja saya. Saya telah keluarkan semua benang kait yang saya ada. Saya cuba, tapi tak boleh la. Mata saya jadi mudah letih dan kelabu penglihatan bila saya mengait. Saya kena terima hakikat ini. Otak saya memang berfikiran positif, gitu. Ini pembawakan sejak dari zaman berlari. Bila keadaan menjadi semakin sukar, kena yakinkan diri yang kita lebih kuat dari yang kita rasa. Tapi dalam segi mata ni, tak boleh la. 

Benang kait tempatan
Benang kait tempatan

Benang kait tempatan ini, rasa semuanya benang akrilik. Ada jenama Nona, Wina, Ondori dan Minlon. Dulu masa saya pernah tinggal di Serdang, masa itu, bapa saya kerja di Pejabat Pertanian dalam UPM, bila nak pergi Mines, lalu Wisma Minlon. Tak pasti sekarang Wisma Minlon itu masih ada atau tidak. Benang ini, saya mula beli waktu harganya RM1.50 sebuku, atau sepaket ada 5 gulungan, harga RM8.50. Sekarang sudah jauh naik harganya. Kali terakhir saya beli, satu gulung harga RM3.20. Memang dasyat, semua benda naik harga, bukan makanan dan barang dapur saja, benang kait pun turut kena tempiasnya.

Jadi, oleh kerana saya tak boleh mengait lagi, saya berhajat untuk let go je benang-benang ini semua. Puas juga saya fikir, nak bagi pada siapa? Kalau saya di KL, boleh juga saya beri kepada pertubuhan kebajikan ibu-ibu tunggal dan wanita bermasalah, yang buat produk kait dan jual. Lepas tu, saya fikir balik. Sebaik-sebaik sedekah, kepada orang yang dekat dengan kita, keluarga kita, kenalan kita. Siapa yang saya kenal yang boleh mengait?

Benang kait oversea
Benang kait oversea.

Benang kait oversea ni pun, saya beli slow-slow, ada yang dari Turkiye, ada yang beli di Spotlight, ada yang beli di Daiso. Tak tahulah kadang benda beli dari Daiso bukan dari Jepun pun, tapi made in China pun ada, kan. Benang pula, ada benang kapas, wool, dan entah jenis apa, saya pun dah lupa. Tengok, boleh lupa. Bayangkan berapa lama saya simpan dalam almari, tapi tak guna. Sayang, baik berikan saja pada orang yang guna. 

Benang pula ada yang jenis halus untuk jahit lace tu, atau orang dulu jahit alas meja, sampai benang yang agak besar, yang satu warna, yang multi-color. Jadi, jarum kait yang digunakan pelbagailah, saiznya. Untuk kemudahan, saya beri sekali jarum kait yang saya ada serta alat untuk menentukan saiz jarum kait, sekiranya tulisan pada jarum kait sudah hilang dan kita tak dapat tentukan jarum kita saiz berapa mm.

Fikir punya fikir, saya teringat anak blogger Nieza, Che Mek yang boleh mengait. Nieza pun ada share hasil kait Che Mek di blognya. Jadi itu yang saya tanya Nieza dulu, sama ada berminat tak. Sebab Nieza pun dalam proses pindah. Orang tu sibuk mengemas, aku pi tambah pula barang dia. 🙈 Saya berbesar hati dapat beri kepada Che Mek. Saya memang berniat nak beri pada orang yang boleh guna benang-benang ini semua. 

Selamat jalan, benang-benangku. Semoga terjalin menjadi sesuatu yang indah pada tuan yang baru. I love you, but I have to let you go. Dengan rasminya, saya pencen dari mengait, demi kebaikan mata saya. Allahuakbar, lapangkanlah dadaku untuk terima hakikat yang saya tak boleh lagi buat benda yang saya suka. Eh, nak sedih kenapa kan. Inilah hidup. Insya-Allah, saya jumpa ketenangan lain dalam berkebun. 

Lepas saya let go benang, bertimpa-timpa hadiah sampai pada saya, dari Kak Amie, dari SA, dan dari Fanny. Masya-Allah, rasa magik sangat. Kuasa Allah. 💗

Baiklah. Jumpa lagi. 💗

Share:

Tampal seluar

💛 Tarikh: Selasa, 16  September 2025 💛

Setiap orang mesti ada baju kegemaran, atau seluar kegemaran. Padahal dalam almari, ada banyak helai boleh dipakai. Tapi suka juga pakai pakaian yang sama. Bila koyak, saya lah yang jadi tukang jahitnya. Bagus juga, jadi boleh manfaatkan mesin jahit. Kalau tidak, terbiar saja, diselaputi sarang labah-labah, mesin jahit itu. 🙈

Kalau koyakannya jenis kecil, boleh dicantum sahaja fabriknya. Jahit rapat. Tapi macamana kalau koyakannya, jenis berlubang-lubang halus, umpama fabrik seluar itu sudah hampir reput. Seluar lama, pakai, basuh, pakai, basuh. Lama-lama jadi nipis fabriknya. 

Jadi, kena tampal lah, bahagian yang koyak itu.

Tampal kain pada seluar, guna jarum peniti.
Tampal kain pada seluar, guna jarum peniti.

Ambil kain perca mana-mana. Tengok warna yang sesuai atau hampir sama dengan seluar. Gunting sekadarnya untuk menutup bahagian yang koyak. Semat dengan jarum peniti.

Jahit keliling kain.
Jahit keliling kain.

Jahit guna mesin jahit, keliling kain tampalan. Kalau nak lebih kuat, boleh jahit zig zag atas kain tampalan tu. Saya pada hari itu agak malas, jahit keliling sahaja.

Bahagian luar seluar.
Bahagian luar seluar.

Tak perfect. Tapi boleh la cover, bahagian yang koyak. 

Sudah siap tampal seluar koyak.
Sudah siap tampal seluar koyak.

Dua tampalan, siap dijahit. Seluar suami. Bukan saja cerewet membeli. Sudah banyak kali suruh beli seluar baru. Tapi suka bebenor pakai seluar yang sama. Siap! 

Jumpa lagi, ye. 💗

Share:

Aktiviti Ahad

 Tarikh: Ahad, 27 Julai 2025

Saya keluarkan entri satu persatu, dari draft, mengikut tarikh ia berlaku. Jadi, blog ini memaparkan cerita yang dah lepas atau throwback. Tidak terkini. Minta maaf, ye. Mungkin saya perlu update lebih dari satu entri, jadi cepat sikit sampai ke cerita terkini. Entah, tengok ler.

Berikut adalah gambar sarapan pada hari tersebut. Dua hidangan tak habis dalam peti ais dipanaskan, dan dua hidangan baru disediakan.

Spagetti goreng, roti ban besar tinggal separuh dari semalam, kuetiau goreng semalam dan salad telur rebus.
Spagetti goreng, roti ban keju tinggal separuh dari semalam, kuetiau goreng semalam dan salad telur rebus.

Kuetiau semalam warna cerah. Tiber hari ni, tukar gelap, masa panaskan, letak kicap. 😁 Roti tu pula beli di kedai roti Aeon. 

Hari Ahad, sangat menyeronokkan sebab lepas perut kenyang boleh layan movie sambil terbongkang depan tv.

Tapi, tidaklah lama, kerana tangan saya rasa gatal nak mengait. Lalu saya sambung projek kait sudah berapa tahun tak siap-siap, iaitu projek granny square.

Progress terkini granny square blanket
Progress terkini granny square

Saya habiskan loop paling luar, warna kelabu. Sudah besar. Tapi belum cukup besar. Kita teruskan lagi la. 

Close-up progress terkini, loop paling luar
Close-up, siapkan yang warna kelabu, loop paling luar.

Kait sambil dengar lagu. Pattern kait ini berulang, jadi sudah hafal dalam kepala, tak perlu rujuk nota. Tapi time nak tutup square nak potong benang, kena refer juga buku. Short term memory loss. Supaya tak buat silap dan hasil akhir kemas.
Lepas tu, rasa loya. Entah. Agaknya kena tambah power spek kot. Itu pasal projek lambat siap, progress macam siput. Kait sikit, mata letih.

Ok la. Jumpa lagi, ye. 💗
Share:

Jarang-jarang

Sabtu, 14 Jun 2025.

Budak Sulaiman cakap, seluar dia koyak.

Mama kurang rajin sebenarnya, sebab lampu di meja jahit, mentolnya sudah terbakar. Jadi, tak berapa terang nak suluh jarum mesin jahit. 

Tapi gagahkan juga la, menjahit tanpa lampu bantuan. Masukkan benang ke lubang jarum, haruslah menggunakan needle threader. Kalau benda ni hilang, memang ambil masa la, nak masukkan benang dalam lubang jarum pada mesin jahit.

Needle threader, alat untuk masukkan benang pada lubang jarum yang halus.
Needle threader

Needle threader mempunyai kawat halus yang membantu menarik benang melalui lubang jarum yang sangat halus. Nama lain bagi alat ini ialah mata nenek. 

Mencantum kain yang koyak menggunakan mesin jahit ni, lebih kukuh, berbanding jahit tangan, bagi saya la. 

Juga, cepat siap, berbanding jahit tangan. Alhamdulillah, masih berfungsi mesin jahit antik ni, walaupun jarang-jarang saya guna dia.

Menjahit seluar anak yang koyak menggunakan mesin jahit antik jenama Raleigh
Jahit seluar Sulaiman yang koyak.

Budak Sulaiman ni, suka buat split gamaknya, bukan sehelai ini saja. Ada 2 helai seluar lagi, koyak di bahagian kelangkang. Tapi betul juga. Kalau duduk rapat peha, serupa perempuan ayu pula. 

Mesin jahit ni memang terbaik. Saya ada satu lagi mesin jahit moden jenis portable, yang itu selalu buat benang putus, walaupun sudah betulkan setting dan hantar servis. Entah la. Buatan lama juga yang elok.

Sekian cerita saya menjahit di hari minggu. 

Jumpa lagi, ye. 💗

Share:

Mencari diri yang hilang

 Awal pagi ni, boleh sakit perut pula. Sampai 4 kali pergi tandas. Sebab nak makan ubat, saya sarapan la awal. 

Scrambled egg atau telur hancur
Buat scrambled egg

Cerry berry la pulak. Saya seorang je. Rasanya, sebab saya makan pulut kuning dengan rendang ayam semalam. Tapi masa makan, ok je rasa. 

Teh o pekat tanpa gula dan pil chi kit teck aun penawar cirit birit
Buat teh o pekat dan makan pil chi kit teck aun.

Lega sikit lepas tu. Jadi, tak berani la nak pergi ke padang untuk morning walk. Siram pokok di rumah saja.

Yellow rose atau ros kuning
Bunga ros kuning

Ini pokok ros yang saya pindahkan dari luar pagar ke dalam pasu dalam kawasan rumah. Sebab ada orang curi bunganya dulu. Alhamdulillah, tumbuh sihat dan sudah keluarkan bunga.

Siapa ada tengok drama Our Unwritten Soul? 




Dalam cerita tu, dia ajar boyfriend dia crochet atau mengait span cuci pinggan. 
Dulu saya pun mengait. Tapi dah lama berhenti. 

Atas meja kerja saya pun ada unfinished project mengait. Saya buka balik kaitan, dan gulung semula benang.

frogging a crocheted project
frogging = the act of unraveling a crocheted project and rolling back the yarn = undo the work and return the yarn to its original state

Sepatutnya, saya nak kait projek di atas jadi beg, tapi tak jadi la. Dah lama terbengkalai. Hilang sudah mood mahu kait jadi beg. 

Afghan squared or granny square blanket crochet project
Tapi saya sambung semula projek selimut empat segi, atau granny square blanket.


Mengait sekejap, lepas tu masuk dapur untuk masak.

Masak kicap ikan kembung rebus
Ikan kembung rebus, digoreng dan tambah kicap.

Lepas makan tengahari, saya sambung mengait.

Progress sehingga petang

Saya lupa kesan mengait ni pada saya. Saya berhenti mengait sebab power spek saya tiap-tiap tahun bertambah bila saya mengait setiap hari. Bila kena buat spek baru, harga RM1 ribu, kanta bifocul, rabun jauh dan dekat. Jadi, nak jimat tak mahu buat spek baru setiap tahun, saya pun berhenti mengait. 
Tapi saya lupa yang suatu waktu dulu, saya suka mengait sebab satu terapi bagi saya, macam bercucuk-tanam juga. Ingat nak sambung balik projek ni. Tapi, tengok la camana. Mungkin tak boleh mengait untuk jangka masa waktu yang lama, kena rehat-rehatkan mata juga kot. 
Bila kait granny square ni, ada effect therapeutic, kerana pattern dia berulang, kita boleh jadi lost bila mengait. 

Ok la. Terima kasih kerana membaca. 

Jumpa lagi. 💗
Share: