Sunday, March 30, 2025

Juadah sahur dan berbuka lauk raya

 Ahad, 29 Ramadan 1446 H.

Sahur terakhir untuk ramadan kali ni, Insya-Allah, kami berempat juga. Bapak budak masih bekerja.


Lauk ayam masak lemak masih ada, lauk baru sambal telur rebus. Roti john beli di kedai burger Conqueror pintu gerbang. Cendawan enoki goreng panaskan semula, beli di bazar ramadan. Bawa keluar kek chocolate moist yang kakak bagi, ingat nak rasa. Tapi Hafizan kata, tunggu raya la. Ye laaa..

Hari ni, masak rendang daging 2 kilo. Ikut resepi Khairul Aming.

Tumis rencah bahan yang dikisar dulu atas dapur, sampai pecah minyak. Patutnya saya test dulu pressure cooker tu. Sebab tahun lepas, butang stir fry tak berfungsi. Itu yang saya masak dulu atas dapur. Tahun ni, butang tu boleh pula fungsi. Tiber.. ikut mood dia je, kan. Pastu masuk dalam pressure cooker dengan daging dan bahan-bahan lain macam santan, kerisik, daun limau purut, daun kunyit, dan air asam jawa. Ha ah, resepi dia ada guna air asam jawa. Kena ikut la ye, nanti derhaka resepi takut tak sedap pula. Hehe..


Lepas dah masak, guna fungsi stir fry untuk keringkan kuah sikit. Pastu merecik hawau, habis dapurku tempias, eh bukan tempias, kuah rendang merecik keluar habis sampai ke lantai. Kalau la ada fungsi kecilkan sikit api tu untuk pressure cooker, ye. 

Sambung atas dapur pulak la, nak bagi kering sikit.

Tudia la, penuh kuali bila dah pindah.

Selang beberapa ketika...

Ok, tutup api. 

Tak nak rendang kering, nak berkuah.

Nasi pula, saya masak nasi beriani.


Alhamdulillah. Syukur atas rezeki Allah beri untuk hari ni. 

Malam ni, jangan lupa tengok pengumuman raya. 

Jumpa lagi, ye. 💗

Saturday, March 29, 2025

Lauk berbuka hari ni dan goodies raya

 Sabtu, 28 Ramadan 1446 H.

Assalamualaikum semua...

Kedua kakak saya sudah balik ke KL. Lawak betul. Semalam datang, hari ni dah balik. 

Atam dan Amirul, di pusara Opah.

 Atam tiba dari Kuching sebelum 8 malam semalam. Kok ambil, dan deme terus bertolak balik Manjung. Tiba tengah malam semalam. Datang tengok Mama je. Deme raya di KL. Tahun ni, giliran kami beraya di Kelantan. Tapi belum balik lagi, sebab suami saya masih bekerja. 

Agaknya, pembaca sekalian tentu sudah tiba di kampung halaman masing-masing. Ye tak?

Hari ni, saya sudah siapkan lauk berbuka. Lauk ayam masak lemak semalam masih ada 2 ketul. Sebagai tambahan, masak lauk simple je.

Sambal telur rebus.

Suami ada bawa balik cenderahati dari ofisnya. 


Kotak keriangan kuih raya mengandungi 2 jenis kuih raya, iaitu...

Almond london dan tart nanas.

Saya suka tart nanas! 😍

Dua pek kek lapis

Sampul raya

Dalam setiap pek sampul raya, ada 10 keping sampul di dalamnya, design semua sama. Dapat 3 pek sampul raya.

Sementara kuih batang buruk pula, suami beli ofismate-nya ada buat. Jarang orang ambil tempahan kuih tradisional sekarang ni.

Atam pula, ada bawa balik 2 kek lapis.

Lapis saputangan nama dia.

Yang ini pula, Lapis Intan Terpilih.

Kedua-dua kek lapis di atas macam bukan dalam saiz sebenar, sebab dah potong sikit masa sahur pagi tadi, buat rasa, beramai-ramai. 😋

Alhamdulillah, atas rezeki Allah beri. 

Ok la. Jumpa lagi, ye. 💗

Friday, March 28, 2025

Juadah sahur dan berbuka hari ni

 Semalam, suami berbuka di ofis, ada majlis berbuka puasa. Bila dia balik berbuka, dia ada bawa balik makanan. Terus simpan dalam peti ais. Dia kata ada nasi dan lauk pauk. 

Sahur pagi tadi, suami tak ada, kerja shif malam. Jadi, kami sahur 4 beranak. Panaskan makanan yang ada dalam peti ais, ada yang tak habis beli di bazar ramadan. 

Pagi tadi, masa turun bilik pukul 3.20 pagi, ada rasa sejuk hati dan gembira. Kenapa? Sebab Hafizan tolong panaskan makanan dalam peti ais, tanpa disuruh. Pertama kali terjadi ni. Memang dia bangun awal untuk workout, tapi sambil workout, dia panaskan makanan. Terharu saya di dalam hati. Sudah siap kerja mama 50 peratus bila Hafizan tolong panaskan makanan.

Juadah sahur

Saya sudah 3 hari tak makan nasi. Tapi sebab suami bawa balik nasi minyak ada kari kambing, mana boleh tak makan. Huhuhu... Alhamdulillah. Kari kambing, pekat dan lembut daging kambing. Daging masak hitam pun lembut, sedap dan sedikit pedas. Memang selera la, makan sahur pagi ni. Rasa macam makan kenduri pun ada, dengan jelatahnya. 😋

Tengahari ni, saya sudah masak nasi dan lauk ayam masak lemak. Bukan ikut resepi KA tu. Ikut resepi sendiri, ayam tidak digoreng dulu. 

Ayam masak lemak

Ikutkan hati, tak mahu masak lagi untuk berbuka, sebab plan nak goreng nasi minyak semalam je. Tapi, saya masak in advance la, untuk sahur esok. Style saya, saya lebih suka panaskan lauk yang telah siap waktu sahur. Dari saya bangun awal pagi pukul 3 untuk masak juadah sahur, baik saya bangun awal pagi untuk tahajud. Gitew. Sejenis malas memasak pagi-pagi buta. 

Malam ni, kakak saya yang duduk Kuching, Atam, akan sampai rumah, Insya-Allah. Saya dapati di Manjung ni, sudah bertambah jumlah kenderaan. Ramai yang sudah pulang ke kampung halaman mereka di Manjung. 

Selamat pulang ke kampung kepada pembaca sekalian. Hati-hati di jalanraya.

Jumpa lagi, ye. 💗 

Thursday, March 27, 2025

Cokodok

 Dah lama tak makan pisang. Beli la hari tu, kat pasar, pisang berangan. Satu hari, saya sempat makan 2 biji je pisang. Suami dan anak-anak makan, tapi di bulan puasa ni, dia orang makan benda lain dah kenyang, jadi kesian pisang kita seorang yang ngadap. Cepat benor pisang jadi masak dan hitam kulitnya. Jadi, saya pun buat cokodok. 

Besor mangkuk, adunannya sikit je.

Saya lenyekkan 7 biji pisang. Pecahkan telur sebiji, letak gula setengah cawan, tepung naik sendiri 2 cawan, dan tepung gandum 1 cawan.

Awal goreng cokodok hari ni.

Bau masa goreng buatkan bapak budak dan Hafizan jenguk ke dapur. Dia tahu, mama tengah masak cokodok.

Dah siap!

Itu je saya masak hari ni. Nasi dan lauk semalam masih ada. Jadi nanti petang, panaskan saja. Mungkin akan ke kedai petang nanti untuk beli lauk tunjuk. 😁

Ok la. Jumpa lagi, ye. 💗

Wednesday, March 26, 2025

Ayam sup siam tumis darat

 Rabu, 25 Ramadan 1446 H

Assalamualaikum semua... 

Harap semua pembaca sekalian sihat-sihat belaka.

Sudah siap masak dah lauk berbuka hari ni. Saya masak ayam masak sup siam, tumis darat.

Rebus dulu ayam dengan kentang.

Masa dah naik mendakan atas air rebusan tu, guna sudu, ceduk keluar. 

Sementara tunggu ayam dan kentang empuk, hiris bawang merah, bawang putih, halia, serai dan cili api. Saya takde daun ketumbar. Kalau ada, boleh masuk sekali dengan akar dia. 

Guna pes sup siam Saji.

Pertama kali guna pes ni. Sebelum ni, pernah guna yang perencah sup siam Adabi.

Masukkan pes dalam ayam dan kentang yang sedang direbus.

Dalam kuali lain, tumis bawang, halia, serai, cili hingga kekuningan. 

Sudah siap untuk masukkan dalam sup.

Bila nak masukkan tu, barulah saya sedar yang saya terlupa satu benda. Masa tumis bawang awal-awal tadi, saya lupa masukkan 4 sekawan. Halaaa....  mabuk betul. Takpelah, dah lepas.

Dah siap!

Lepas masukkan bahan yang ditumis asing tadi, masukkan garam, lada sulah dan serbuk perasa. Kacau-kacau, tutup api. Masukkan air limau kasturi. Siap! 

Macam kurang menarik dalam gambar. Kalau ada benda warna hijau macam daun ketumbar tu, sedap juga. Hmmm... takpe la. Guna apa ada di rumah.

Ni pertama kali saya masak sup, tumis darat. Kalau tak, masak macam biasa la, tumis dulu bawang, baru tambah air dan bahan-bahan lain. Lain macam bau dia, wangi semerbak. Tak sabar nak tunggu waktu berbuka. 

Ok. Kome masak apa hari ni? 

Jumpa lagi, ye. 💗

Monday, March 24, 2025

Masak hari ni dan semalam

 Tak online semalam. Ambil masa untuk membaca sikit. Baca buku resepi. 😁 Juga, tengok video youtube. Sebab mood masak ke laut, dan bermulanya episod termenung depan peti ais. Otak juga macam foggy. 

Hari ni lega sikit, sebab dapat tidur 2 jam, dari pukul 7 hingga 9 pagi. Saya bersyukur saya seorang surirumah, boleh tidur bila-bila masa mata suruh tidur. Semalam tidur pukul 1 pagi. 

Baiklah. Jom tengok apa saya masak hari ni.

Ikan keli goreng berlado

Basuh ikan keli 2 kali. Mula-mula dengan tepung gandum. Kali kedua dengan asam jawa. Untuk hilangkan lendir pada ikan keli.

Goreng ikan keli hingga garing. Tips untuk mengelak dari insiden meletup-letup semasa menggoreng, letak satu keping asam keping dalam minyak, sebelum menggoreng ikan. 

Sambalnya, kisar kasar cili hijau, cili padi, belacan sikit, bawang merah besar dan bawang putih. Tuang sambal yang sudah siap atas ikan keli. Selalunya sebelum-sebelum ni saya masak, saya campur ikan keli digoreng dalam sambal lada tu. Hari ni, lain sikit.

 Tak tahu lagi rasanya. Harap tak pedas sangat. Lauk berbuka hari ni, sudah siap. 

Semalam

Semalam bawa keluar ikan tenggiri satu ekor yang sudah siap dipotong, beli di pasar.


Mula-mula ingat nak masak lemak cili api. Tapi, pi masak sambal pula.

Test blender baru. Blender lama sudah pecah dia punya cawan blender tu. Jadi, setiap kali blend benda, bocor keluar air. Dekat-dekat nak raya ni, kalau blender buat hal, memang masalah. Jalan-jalan survey harga di kedai, standard harga blender seratus ke atas. Blender harga lima ratus pun ada. Peh! Last-last, ambil keputusan untuk beli di shopee. Pilih blender heavy duty, harga RM41. 


Kapasiti 3 liter. Suami tanya, kenapa beli blender yang orang kisar ais buat air tu (orang guna untuk buat frappe kat kedai)? 

Cuba pasang masa baru sampai.

Sebab demonstrasi produk ni, menunjukkan dia boleh kisar kaca sampai hancur. Baca pula review pembeli. Ada makcik cakap, siapa yang nak buat bisnes cili kisar, recommended beli blender ni. Lalu saya pun beli la. Apa-apa yang boleh kisar hingga lumat adalah bagus, banding blender sebelum ni yang sudah pecah.

Nak cerita masak apa, dia pi cerita pasal blender.

Sambal ikan tenggiri. Yeh.. 😋

Berbuka semalam.

Selain lauk sambal ikan tenggiri dan timun, suami bawa balik sambal goreng jawa, dia beli di pasar ramadan Sitiawan. Dalam sambal goreng tu, ada suun, tempe, dan kacang goreng. Sedap juga.

Alhamdulillah. Hari ni sudah 23 Ramadan. Terawih, malam ke 24. Masya-Allah, cepat sangat masa tu. Semoga pembaca sekalian sihat-sihat belaka. Hari ni kome masak apa? 

Ok. Jumpa lagi, ye. 💗

Saturday, March 22, 2025

Moreh semalam

Saya sudah empat hari tak minum kopi. Saya boleh sebenarnya hidup tanpa kopi. Rasa ok. Tiada sakit kepala atau rasa macam nak meroyan ke apa. Semalam, habis terawih lebih kurang pukul 10.30 malam. Suami ajak mengopi. 

Port kegemaran kami, 989 Kopi penuh, beratur sampai ke luar kedai. Laa... sungguh tak sangka, malam-malam, ramai sangat orang keluar moreh dan lepak-lepak di kedai makan. Sebab ini kali pertama kami keluar malam di bulan puasa. Macam ni, rupanya.

Kami pun cari tempat lain. Singgah di Route 100 Cafe. Waktu sampai, sudah pukul 11 malam. Saya tengok di pintu masuk cafe, waktu operasi sampai 11.30 malam. Tak ada pelanggan lain, cuma kami. Selain dalam kedai, ada disediakan meja kerusi di luar cafe, diterangi lampu-lampu hiasan. Suami pilih tempat di luar kedai.


Cafe ini terletak di Stesen Minyak BHP. Stesen minyak pun dah tutup, bukan 24 jam. Saya masuk dalam, pesan kopi dan makanan ringan. Dia bagi buzzer untuk ambil pesanan bila sudah siap.


Saya pesan hazelnut latte panas kurang manis. Suami pula pesan americano ais tanpa gula. Makanan belum siap. Ok juga lepak sini malam-malam. Tapi sebab belakang stesen minyak ni hutan paya bakau, ada nyamuk. Patut saya nampak ada pinggan berisi ubat nyamuk selang beberapa meja dari kami. Angin tak ada. Tapi tak ada rasa panas sangat, sebab sudah malam. Sesekali bunyi binatang, besar kemungkinan beruk, datang dari hutan belakang.

Selang beberapa ketika, orang yang ambil pesanan saya tadi, keluar dari pintu belakang, bawa makanan kami. Eh, dia hantar. Patutnya, saya yang ambil di dalam, sebab buzzer masih ada dengan saya. Hihi..


Gelap gambar. Sori. Kami pesan roti bakar dan wantan goreng. Sedapnya, dapat minum kopi panas, setelah 4 hari tanpa kopi. Rasa lega di dada, menghirup kopi sikit-sikit. Wantan pula sedap dan rangup. Roti bakar disapu kaya dan butter. Alhamdulillah. Pertama kali ni, saya moreh. Kalau tak, tiap-tiap hari di bulan puasa, makan 2 kali saja, iaitu sahur dan berbuka. Semalam, 3 kali makan. Alhamdulillah. 1 hari cheat day takpe la, yek. Berat kome amacam? Ada turun ka? Berat saya maintain tang tu, sat 58.5kg, sat 59, sat 58kg. Tapi ada satu seluar saya dah jadi labuh. Sebab pinggang dah kecik, seluar jadi londeh sikit. Ada inch loss la, maknanya tu. Ok. 

Semalam, suami off day, 4 hari juga dia tiada bersama waktu berbuka, sebab kerja shif petang. Tu pasal keluar dating berdua. Anak-anak dah selamat tidur. Jumlah harga makanan dan minuman kami, RM24.

Lepas habis mengopi, kami tak terus balik. Ronda-ronda, makan angin malam, tengok keadaan sekitar. Usha line kedai kopi lain, nak tengok port mengopi mana yang masih beroperasi malam-malam. Orang memang ramai keluar malam, ye. Walaupun shopping mall dah tutup, nampak ramai beriadah atau menikmati angin malam di Esplanade, di Bazar Raya pun ramai.

Sabtu dan Ahad, saya malas nak masak. Lagi pun hari ni macam mengantuk pula, sebab tidur lewat semalam. Pagi ni, tetap bangun sahur. Cukuplah tu merasa moreh malam-malam. Tak boleh diamalkan selalu. Sebab nanti tidur tak cukup.  

Selamat hari Sabtu, kome ye..

Jumpa lagi. 💗

Thursday, March 20, 2025

Kita serang!

 Assalamualaikum semua...

Saya tertukar template blog. 😁 Ok ke idok? 

Berikutan serangan beruks akhir-akhir ini di rumah, suami telah membeli senjata yang dipercayai dapat menghalau beruks. Tambahan pula, pencarian mercun bola tidak berjaya. Tak jumpa pula orang jual.

Pistol air je pun 😁



Hahaha... Baru sampai ni. Belum berkesempatan untuk cuba pada beruks.

Menatang beruks ni pandai, tau. Kalau saya halau shooh shooh, takdenye dia pergi. Lagi tengok kita sambil tayang gigi lagi adalah. Huhu... gangster betul. Sebelum ni kalau beruks kacau saya tengah bercucuk-tanam, saya jerit je dari luar rumah, panggil anak atau suami, siapa-siapa ada di rumah. Kalau lelaki keluar, memang beruks lari bertempiaran. Kalau saya ni, perempuan seorang diri pulak tu, dia buat tak heran je. Hee... teruk betul. Menyampah.

Harap electric water gun ini berkesan untuk saya menghalau beruks.

Sekian entri ringkas di petang hari. 

Jumpa lagi, ye. 💗

Wednesday, March 19, 2025

Sahur hari ni dan semalam

 Malam semalam hujan lebat. Alhamdulillah. Sejuk sikit suasana.


17 Ramadan punya sahur, ada lauk telur dadar, paru goreng berlada dan sayur kobis tumis yang hanya tinggal tomato dan daun bawang. Daun bawang yang tanam sendiri, dapat juga merasa.


Hari ni, 18 Ramadan punya sahur, ada lauk telur mata kuning cair, ayam masak kicap pedas, dan timun. Atas nasi letak sambal garing bilis.

Ayam masak kicap pedas tu, saya belum cerita. 


Yang ini, saya masak semalam. Saya tumis bawang, cili padi dan cili kering, pastu letak sos ikan, sos tiram dan kicap manis pedas mahsuri. Last sekali baru masukkan ayam yang telah digoreng. Sedap! 😋

Hari ni belum masak. Tak tahu lagi nak masak apa. Nanti nak cari idea, buka buku resepi.

Ok, bye. Nak pi sidai kain. 

Jumpa lagi, ye. 💗

Tuesday, March 18, 2025

Pokok bawang kena cabut dek beruks

Assalamualaikum...

Salam Nuzul Quran kepada semua pembaca...

Sekolah Sulaiman cuti hari ni. Jadi, boleh la rehat. 

Hari tu, saya ada bawa masuk bawang dari dapur luar, ke dalam rumah, sebab nampak ada beruk ambil bawang besar. 

Semalam, dia balas balik. Tak dapat makan bawang besar di dapur belakang, dia korek pokok bawang yang saya tanam. Habis semua, satu pun tak tinggal.


Gambar agak gelap. Sebab saya keluar rumah masih awal pagi, tengok pokok bawang dah kena cabut.

Situasi sebelum kejadian. Dalam kawasan kecil empat segi di atas, saya ada tanam 4 biji bawang yang sudah ada akar hijau di tengah-tengah. Hidup, jadi pokok. Setiap bawang yang ditanam, beranak jadi 3 buah pokok bawang. Saya belum tuai lagi. Daun bawang pun saya tak ambil. Tunggu masa nak tengok dia boleh besar lagi ke tak. 


Beruk cabut pokok bawang, gigit bawang, lepas tu campak dekat situ. Dia khianat la. Bukan nak makan sangat. Atau dia kurang suka bawang merah kecil macam ni. Kalau bawang merah besar yang dia curi dari dapur, dia boleh makan macam epal je. Haha.. nampak sangat deme ni lapar, kan. Macam dah takde makanan lain. 


Yang ini, ada satu saya boleh selamatkan, sebab tak ada kesan gigitan. Saya dah ambil bawang tu, buat masak. Daun bawang pun saya dah ambil.



Yang ini nampak macam elok. Bila saya ambil dan terbalikkan, dah kena gigit. Jadi, tak leh guna juga.

Selain pokok bawang, dua biji buah tembikai pun dia ambil. Masih kecil kedua-dua tembikai tu. Pun selamat hilang.

Saya dah redha. Tapi saya sudah tak mahu tanam pokok buah dan sayur. Penat je tanam, tapi tak boleh nikmati hasil, beruk akan kacau. Kecuali sayur jenis daun la, macam bak choi tu, dia tak ambil. Kalau kacang panjang dan tomato, beruk ambil. 

Pandai menatang beruks ni. Sebab apa?


Sebab pokok cili merah yang saya tanam dekat kawasan situ juga, tak terusik pun. Cili merah di atas masih hijau. Mungkin dia tak perasan. 

Hmmm... alahai. Tanam bunga je la sekarang. 

Jumpa lagi, ye. 💗

Monday, March 17, 2025

Menu berbuka semalam dan hari ni, radio dan drill sekolah anak

 Semalam buka puasa 3 beranak je. Saya, Amirul dan Sulaiman. Suami hantar Hafizan balik Ipoh. 

Meh tengok makan apa, berbuka semalam, iaitu 15 Ramadan.


Saya makan 2 biji telur rebus yang diletak kicap dan lada sulah.

Suami sebelum pergi Ipoh, telah keluar belikan roti john seorang satu. Beli di gerai burger dekat rumah je. Dah biasa beli burger situ. Semasa ramadan, sebelum maghrib dia jual roti john. Lepas berbuka, dia jual burger seperti biasa.

Menu roti john Conqueror Burger

 


Untuk mama, roti john kambing. Manakala untuk Sulaiman dan Amirul, roti john cheezy crispy sebiji seorang. Kenyang makan roti john dia.


Sedap, roti john kambing. Alhamdulillah. Pertama kali beli.

💙💚💛💜💗

Itu cerita semalam, seterusnya, menu berbuka hari ni pula. Saya dah siap masak dah, dengan bantuan suami. Masak awal, supaya suami boleh bawa bekal juadah berbuka di ofis-nya. Jom, tengok hari ni masak apa.


Sayur kobis, tomato dan kek ikan, pecah telur. Seterusnya...


Paru goreng berlada. Orang Perak panggil paru tu, lempong. 

Ini pertama kali saya masak. Saja, cuba resepi baru. Kalau bulan tak puasa, suka makan nasi lemak sambal paru. Tapi orang nasi lemak tu tak niaga bulan puasa. Jadi, saya pun buatlah. Harap sedap. 


Dan juga ayam goreng. Alhamdulillah. Lega, dah siap masak awal. Boleh rehat waktu petang.


Masak sambil dengar radio. Bawa turun dari dalam bilik. Sebab lagu raya dah keluar. Radio peninggalan arwah mama. Lagu raya Siti dah keluar, lagi lagu Ramlah Ram, dan lagu 4U2C. Itu je yang sempat dengar. Tak berapa kerap sangat lagu raya dimainkan. 

Bila lagu raya dah dimainkan, ada rasa macam errr... persiapan raya dah siap ke? Kuih raya satu apa pun takde lagi ni. Sulaiman seorang takde baju raya. Kalau pakai tahun lepas punya baju, dia muat lagi tak? Hari tu pergi bazar raya bawa Sulaiman, tapi dia tak mau kurta raya. Nak buat kuih raya ke tak tahun ni? Macam-macam pikio.

Selesai masak, Hafizan wassap beritahu ada tembak menembak di Politeknik Ungku Omar (PUO). Dia share video, tapi saya tak share la di sini ye. Sebab pelajar semua tak tahu menahu itu adalah drill atau latihan pengurusan dan pengendalian krisis keganasan pasukan komando. Mula-mula dia cakap puo kena rompak je, sebab dengar bunyi tembakan. Dia orang diarahkan turun ke courtyard, dari kelas. Lepas tu Hafizan ada share gambar dan video orang yang pegang rifle tu. Ada je pelajar yang sempat ambil gambar. Suami dah syak itu drill, sebab pakaian orang tu. Lagi pun kalau dia nak tembak, awal-awal lagi dah boleh tembak pelajar. Lepas tu, pelajar-pelajar diarahkan balik ke dorm. Menakutkan la, pada budak-budak yang tak tahu yang ini adalah drill. Selang beberapa ketika, bila dah masuk dorm, baru diberitahu yang ia cuma latihan. Ada seorang pelajar lompat dari tingkat 1 sebab panik. Tak tahu camana keadaan pelajar tersebut. Hafizan mula-mula tu, dia cakap dia nak lari keluar puo ke masjid, tapi kami cakap, stay dengan kelas beramai-ramai, apa-apa pun jadi. Ada laporan sidang media dikeluarkan oleh ibupejabat polis, nanti tengok keluar dalam berita ke tak. 

Huuu... Isnin yang produktif siap masak awal tapi mendebarkan.

Jumpa lagi, ye. 💗

Sunday, March 16, 2025

Cerita hujung minggu

 Anak kedua, Hafizan, balik hari Jumaat lepas. Amirul, anak sulung, pergi ambil adik dia di politeknik Ipoh. Ini pertama kali dalam bulan ramadan ni, Hafizan balik. Seronok, bila keluarga saya cukup korum minggu ni. Kebetulan suami pula off day. Alhamdulillah, dapatlah kami anak beranak bersahur dan berbuka bersama-sama. 😊

Semalam kami keluar beli barang keperluan Hafizan di Lotus. Lagu raya sudah mula berkumandang, di supermarket dan juga di radio. Hari ni sudah 15 Ramadan. Cepat sungguh masa tu.

Ambil gambar bulan pagi Sabtu, 15 Mac.

Kome sudah submit e-filing ke belum? Saya sudah buat, bagi pihak suami saya. Awal minggu buat, hujung minggu sudah dapat bayaran balik selepas cukai. Alhamdulillah. Agaknya, ramai kot yang sudah buat dan sudah dapat balik tax refund, sebab semalam kami lalu Aeon, tapi tak jadi masuk sebab tengok parking macam penuh je. Hui, semua orang pakat dok beli baju raya ke, apa ni.. 

Malam semalam kami ke bazar raya, dengan Sulaiman. Penuh orang. Tak sanggup jalan sampai ke hujung bazar. Bukan cari baju. Cari mercun. Hihi.. selain buat main dekat nak raya, boleh baling kat beruk yang selalu curi bawang kat rumah. Saya dah masukkan bawang dalam rumah. Sebab dah beberapa kali nampak beruk bawa lari bawang besar. Nasib baik beruk tak tahu buka peti ais. Kalau tahu, tak dapat bayangkan, sebab ada satu peti ais belakang rumah di ruangan dapur belakang yang open.

Hari Sabtu pagi, saya tolong suami potong rumput. Masa tinggal lagi sikit kawasan yang belum dipotong, tiba-tiba mesin rumput mati. Rosak la pulak. Sudah tunggu mesin sejuk sebelum dihidupkan semula. Dia hidup sekejap, lepas tu mati balik enjinnya. Hmmm... ni mesin rumput kedua dah ni, rosak. Saya sambung menebas guna sabit. Siap juga misi potong rumput di rumah. 

Beberapa hari lepas, saya ada masak asam pedas ayam.

Tambah telur dalam asam pedas.

Ayam tinggal seketul, saya tambah telur rebus. Pagi ni untuk sahur, masak roti canai frozen seorang sekeping dengan suami, dan cicah kuah asam pedas. 😋 Anak-anak makan wrap dan spagetti goreng dan juadah beli di bazar ramadan yang tak habis semalam, seperti cakoi, ayam gunting dan taufu cheese.

Spagetti goreng

Spagetti ni, saya masak hari Jumaat lepas. Pagi tadi waktu sahur baru habis spagetti ni.

Alhamdulillah, atas nikmat dan rezeki Allah beri.

Hari ni, petang ni, suami akan hantar Hafizan balik Ipoh. Saya tak ikut kot. 

Selamat berhujung minggu pada semua pembaca sekalian. 

Jumpa lagi, ye. 💗

Friday, March 14, 2025

Pekena 989 Kopi dan dapat sampul raya

 Cakap siapa yang paling tak boleh percaya?

Cakap seorang runner yang taubat tak mahu daftar masuk event lagi. Tengok-tengok seminggu kemudian, daftar event baru. Ni saya dulu. Sekarang dah pencen lari.

Lagi?

Cakap seorang coffee lover yang kata nak berhenti minum kopi. Tak minum 2 hari, ketor tangan, cari kopi balik. 😅

Semalam suami ajak mengopi. Saya apa lagi, jom...!


Ada 5 keping dalam satu pek. Design sampul semua sama. Muka depan sampul seperti gambar di atas. Turut kelihatan kopi saya, hazelnut latte panas kurang manis. Dalam bungkusan merah tu, double chocolate brownies.


Bahagian belakang sampul raya. Ada gift voucher tiga ringgit, bawahnya ada tulisan kecil. Dengan pembelian minimum 2 cawan. Wahh... 😍


Suami pesan americano ais, tanpa gula. Ada croissant juga. 

Alhamdulillah. Lega dapat mengopi. Boleh tidur malam. Itu yang hairan-nya. Bulan puasa ni, penat bebenor, minum kopi pun boleh kroh kroh... depan tv.

Ok. Jumpa lagi, ye. 💗