Just survive somehow
Tarikh: Selasa, 1 Julai 2025.
Rutin saya hari biasa, bangun pukul 4 pagi, masuk dapur, masak.
![]() |
Nasi goreng |
Pagi itu, saya masak nasi goreng. Ada baki ayam goreng, lauk tak habis hari sebelumnya, saya masukkan dalam nasi goreng.
Tak sarapan lagi. Lepas Sulaiman ke sekolah, saya dan suami pergi morning walk di Padang Astaka, Sitiawan.
![]() |
Morning walk pagi itu. |
Alhamdulillah. Allah beri nikmat sihat dan boleh berjalan nikmati udara pagi dan dapat lihat pemandangan dan orang.
Balik dari ber-morning walk, saya siram pokok di rumah
![]() |
Hello... |
Saya ambil cili dan limau kasturi, nak masak tomyam. Limau kasturi yang sudah kekuningan banyak di pokok. Ada yang jatuh atas tanah.
Saya masak tomyam guna perencah tomyam putih Adabi. Senang sangat. Tak payah tumis-tumis. Sedap, jadi macam kedai tomyam buat. Saya rasa, sedap lagi guna perencah tomyam putih ni. Tambah benda yang buat lebih masam, seperti air limau kasturi, atau tomato. Letak daun limau purut. Memang, jadi! 😋 Ayam dalam tomyam saya tak potong kecil-kecil pun. Siap letak ubi kentang dalam tomyam.
Masa ni, saya punyai niat untuk tidak makan nasi. Nak gantikan sumber karbohidrat seperti kentang dalam juadah. Malangnya, saya tak mampu. Jadi, saya masih makan nasi, cuma kurangkan portion je la. Itu pun kadang, terlebih juga makan. Saya tak kuat.... huhu...
Just survive somehow (JSS) adalah frasa yang digunakan oleh watak Enid dalam siri the Walking Dead.
Maksud: Kita lawan kepayahan, harungi kesusahan, segala jenis ujian, kita hadap saja. Fokus pada kerja atau tanggungjawab kita sehari-hari demi kelangsungan hidup. Tidak berputus asa walau pun sebesar mana cabaran atau ujian kita harus atasi.
Bahasa kasar orang kita: Kita redah saja. 💪
Saya doakan anda semua dipermudahkan urusan hari ni, dan diberi kekuatan untuk terus berjalan. Kita boleh jadi apa saja, tapi pilihlah untuk jadi baik. Kita tak tahu orang sebelah kita, jiran kita, atau kawan kita sedang harungi apa.
Jumpa lagi, ye. 💗