Makan Malam di Kin Aroi Ikan Bakar
Tarikh: Sabtu, 12 Julai 2025
Kami biasanya makan malam awal, sebelum pukul 7 malam. Biasanya, Restoran Kin Aroi ni, ramai orang. Mungkin sebab lokasi dia di tepi jalan utama. Jadi, mudah untuk orang singgah. Tapi pada hari tu, tengok tak berapa ramai, jadi kami pun masuk la.
Kami pilih meja di luar. Pernah makan di dalam, rasa macam tak ada angin bergerak.
![]() |
Saya minum air suam, suami lemon ais kosong. |
Suami pesan menu kesukaannya, iaitu nasi goreng kampung, telur dadar dan sambal belacan.
![]() |
Nasi goreng kampung |
![]() |
Mi bandung |
Oh, tak nampak mi-nya. Kejap.
![]() |
Haa... baru nampak mi. |
Alhamdulillah, sedap, keduanya, nasi goreng kampung dan mi bandung.
![]() |
Restoran Kin Aroi Ikan Bakar, Sitiawan, Perak. |
Dalam bahasa Thai, Kin bermaksud makan.
Jadi, Kin Aroi bermaksud makan sedap atau enak dimakan. 😊
Cuaca pun tak berapa panas, pada petang itu.
Ada saya nampak beberapa pilihan ikan segar di dalam kedai, bagi yang pilih menu ikan bakar. Kami lebih minat menu goreng-goreng.
Baiklah. Sekian cerita.
Jumpa lagi, ye. 💗