Saya baru lepas balas komen dan blogwalking, tapi tak banyak la, sikit baru. Baru tahu tentang cerita kawan-kawan. Saya harap pada yang sedang melalui keadaan yang sukar, semoga dipermudahkan segalanya. 🤲 💛
Hari ini, suami saya off day. Rajin dia. Suami tolong masak sarapan. Auw...! Terharu saya! 🤭 Jom tengok encik suami saya masak apa.
Dalam peti ais, ada nasi dalam rice cooker. Banyak hari dah, dapur tak berasap. Jadi, dia buat nasi goreng. Satu kuali, okay!
![]() |
| Yahh... nasi goreng by chef suami |
Ini boleh tahan satu hari ni. Alhamdulillah. Suami ada masukkan ketulan ayam dan kek ikan dalam nasi goreng.
![]() |
| Telur goreng mata. |
Untuk dimakan dengan nasi goreng.
Jumaat lepas, masa pergi pasar malam di Bukit Permata, suami ada beli keropok ikan tamban. Pun, suami goreng juga pagi tadi. Ada 3 tipuware berisi keropok. 😍
![]() |
| Sebahagian dari keropok digoreng. |
Boleh makan keropok sambil tengok bola juga. Semalam pukul 1 pagi, saya terjaga kerana saya perasan ada cahaya dalam kegelapan malam. Bukan cahaya keimanan. Tetapi, cahaya datang dari handphone suami di sebelah. Dia tengok bola guna handphone. 🙈
Dalam pukul 10.30 pagi, saya bancuh teh, dan break IF. Sarapan nasi goreng suami masak. Hehe.. sukanya saya. Suami dah siapkan makanan.
![]() |
| Cuba teh laici, Cie bagi. |
Ambil secara rawak dari dalam kotak, dan perisa ini telah terpilih. Jom kita sarapan.
![]() |
| Jemput makan, kome... |
Nasi goreng lauk telur mata. Sayur, timun potong je. Alhamdulillah. Sedap. 😋
Selesai sarapan, balas komen tertunggak di blog dan blogwalking.
![]() |
| Sedap juga teh laici ni. |
Saya bancuh teh kosong, tak letak gula. Rasa laici yang mild. Sedap minum teh suam suam panas.
Hari Isnin yang santai di rumah. Saya tidak berkebun pagi tadi. Semalam sudah hujan, jadi saya tengok tanah pada tanaman semua lembab lagi. Tak perlu siram pokok.
"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan" (Potongan surah Ar-Rahman). Ayat yang diulang sebanyak 31 kali sebagai pengingat agar kita sentiasa bersyukur.
Tidak perlu berkeluh-kesah, kerana semuanya di dunia ini hanya sementara.
Kome makan apa hari ni?
Jaga diri, dan jumpa lagi, ya. 💗






The food and tea look delicious 😋
ReplyDeleteDapat suami rajin pun satu nikmat kan?
ReplyDeleteBahagia rasa.
Saya pagi tadi pun suami yang siapkan sarapan - steam pau dan buat seteko teh 0 tanpa gula. Teko jenis tahan panas boleh minum sampai petang. Sebabnya pagi tadi saya sibuk uruskan Jojo, seminggu ni hidup saya haru biru sikit tapi belum mampu nak cerita di blog. Nantilah.
Alhamdulillah memang seronok kan kalau suami tolong di dapur
ReplyDeleteBelanja la foto pakcik sedang menggoreng....
ReplyDeleteAlhamdulillah dpt pasangan yg saling membantu di dapur
ReplyDeleteBestnya husband tolong masakkan :)
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Sesekali bila orang lain yang masak, memang bahagia..
ReplyDeleteSekali skala encik bos masak mmg ngam la sis =D
ReplyDeleteNasi goreng paling sedap kalau ada kopok goreng haha... pastu tmbh plak nugget, telo goreng... perghh nikmat minum plak teh o panas..
ReplyDeleteNikmat sungguh kalo ada yg masakkan sarapan...Saya ada dengar dalam radio...kalo dia dlm keadaan diuji...dia selalu buka surah Ar-Rahman ni...sebab ayat "Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan"...diulang banyak kali dlm surah ni..
ReplyDeletenasi goreng + telur mata kuning cair + keropok + soso cili sikit arghhh kombinasi sempurnoooo! Lapar pulak tengokk hehe.
ReplyDeleteSaya pun suka minum tea tanpa gulaa, nikmat betul
sekali sekala kalau suami masak, memang rasa terharu, seronok betul.. hahaha
ReplyDeleteCC kat opis akak rajin buatkan bekal nasi goreng buat puan isteri sarapan. Sekali dia hantar banyak dah kita orang kata nasi goreng suami orang sangat sedap bila cc offer kat kita orang. Sesekali orang lelaki masak sedap woooo
ReplyDeleteLelaki kalau masak memang sedap lagi2 jarang masuk dapur, hewhew.
ReplyDeleteTea perisa laici sedap ye. Nanti nak godek shopee lah. Entah bila nak pi CH ni.
ReplyDeletebestnya suami masak sarapan bertambah sedap la rasa nasi goreng tu.
ReplyDeleteBestnyaaa...untung suami pandai masak...SA suami pandai order jer..hahahaha...tengok tea tu..teringin nak naik CH lagi...tapi tu la..suami xde cuti tahun yang lama..cutinya sebulan sehari walau dah confirm kerja...
ReplyDeletemenu sarapan tu bole membawa ke lunch ..byk tu..sedap makn nasi goreng ada telur mata + kopok
ReplyDelete