Memaparkan catatan dengan label Hadiah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hadiah. Papar semua catatan

Hadiah dari Cuya

Petang semalam, waktu saya dan suami nak keluar rumah, nampak ada bungkusan di tembok pagar. Hadiah dari Cuya sudah sampai. Alhamdulillah. Saya pun ambil dan bawa masuk ke kereta, dan terus keluar.  

Saya adalah salah seorang pemenang Giveaway Kerajaan Kelapa 2.0 di blog Cuya. Boleh klik sini 👉 Untuk senarai pemenang.

Nama pertama pula tu, yang diumumkan. 😁 Terus kembang lubang hidung.

Bungkusan Skynet
Bungkusan Skynet

Waktu suami pergi bayar kad kredit di bank, saya pun ambil kesempatan untuk buka bungkusan, dalam kereta. 

Hadiah dari blogger Cuya
Lawanya ribbon

Dibalut dengan bubble wrap, dan di dalamnya ada selapis kotak kadbod untuk melindungi sampul raya.

Surat dari blogger Cuya
Utusan Diraja dari Permaisuri Cuya

Watikah pelantikan ke apa ni.. eh, tak. Utusan Diraja dari Permaisuri Cuya Adinda Padil Wal Kelapa.

Surat yang comel dari blogger Cuya
Alaaa... kenapa comel sangat ni?

Tulisan tangan dari Permaisuri Cuya. Antara intipati utusan diraja di atas, adalah untuk menzahirkan tahniah dan penghargaan atas penglibatan saya dalam giveaway tersebut. 😊 

Tiada masalah. Seronok dapat sertai giveaway teman-teman blogger semua, sebagai tanda sokongan. Menang atau kalah, tolak tepi dulu. Alhamdulillah. Nama saya terpilih. Hehe... jom tengok hadiah sampul raya yang saya terima.

Sampul raya Anime dan sampul raya Labubu
Ada dua bungkusan, yang kiri sampul raya Anime, dan yang kanan, sampul raya Labubu.

Walaupun musim perayaan sudah berlalu, tapi boleh digunakan untuk raya akan datang, Insya-Allah. Sebenarnya, walaupun bukan musim raya, saya ada simpan satu sampul raya di dalam beg tangan setiap kali saya keluar. Saya guna untuk asingkan duit saya dengan duit dapur. Jadi, memang saya guna sampul raya sepanjang tahun. Bila terkoyak ke, saya akan gantikan yang baru. 

Jom kita tengok lebih dekat sampul raya pemberian Cuya.

Sampul raya Labubu
Sampul raya Labubu

Sampul raya Labubu ni, unik sikit bentuknya, sebab mengikut badan Labubu. Apa itu Labubu?

Karakter Labubu dicipta pada tahun 2015 oleh seniman Hong Kong, Kasing Lung. Ia adalah karakter boneka yang punya telinga panjang dan hujungnya runcing, suka senyum dan punya deretan gigi tajam yang menonjol keluar dari mulutnya.

Labubu ini melonjak popular bila salah seorang anggota kumpulan K-Pop, Blackpink, iaitu Lisa, ambil gambar dengan boneka Labubu.

Mula-mula saya musykil juga apakah ini sampul raya? Sebab ia bukan bersegi empat tepat macam sampul raya biasa. Ia berbentuk badan Labubu itu. Adakah saya perlu lipat atau macamana, untuk jadikan ia sampul? Setelah dibelek-belek, barulah saya jumpa satu potongan di belakang sampul, untuk saya masukkan duit, seperti gambar di atas, saya tunjuk dengan anak panah hijau. Hahaha... Acik mana tahu, ada fesyen sampul raya begini. Okay... budak-budak sukalah ni, kalau bagi sampul Labubu.

Ada 9 keping sampul raya Labubu dalam plastik tersebut. 

Sampul raya Anime
Sampul raya Anime

Sampul raya Anime pula, ada 8 keping, seperti gambar di atas. Ada tulisan Selamat Hari Raya pada beberapa sampul. Ada watak anime Dragonball Z, One Piece, Demon Slayer, Naruto, dan Pokemon.

Comel, comel, comel. 

Terima kasih kepada Cuya. Semoga Cuya murah rezeki, sihat-sihat selalu dan dirahmati Allah. 🤲

Pada yang belum mengenali blogger Cuya yang comel ini, silalah berkunjung ke blog beliau 👉 Drawing the Words.

Baiklah. Jumpa lagi, ya. 💗

🌸 Baca doa akhir tahun sebanyak 3 kali selepas waktu Asar, sebelum masuk waktu Maghrib.

🌸 Baca doa awal tahun sebanyak 3 kali selepas masuk waktu maghrib pada malam 1 Muharram.

Doa Akhir Tahun

Doa Awal Tahun


Share:

Hadiah dari Cie

 Semalam, selamat sampai hadiah dari Cie. Saya salah seorang yang teka betul dalam contest Teka Day Trip di blog Cie 👉 Pemenang Teka Contest Day Trip 29 Mei.

Jom kita unwrap bungkusan. 😊

Bungkusan ada sticker Fragile
Bungkusan ada sticker Fragile

Agak besar juga bungkusannya. Saya buka dengan hati-hati sebab ada sticker Fragile. Lepas buka plastik luar, ada bungkusan bubble wrap di dalam. Saya buka itu dulu.

Kotak di dalam bungkusan
Kotak di dalam

Hmmm.... apa di dalam... ye, teruskan buka.

Bekas container berisi hadiah
Bekas container berisi hadiah

Saya keluarkan satu demi satu barangan dalam bekas di atas. Boleh buat simpan barang, bekas ini.

Hadiah oleh blogger Cie
Tadaaa... hehe...

Berikut kandungan dalam container tersebut:

🌸 Ada nota tulisan tangan dari Cie. Lawanya tulisan. 😊

🌸 Cawan mug kaca dan penutup cawan Shaklee. Sesuai buat kopi atau teh, cawan ini. 

🌸 Sebuah kotak kecil mengandungi pelbagai jenis perisa teh.

🌸 Dua sudu kecil emas, yang unik sebab selalu sudu bulat, ini bentuk heart. 💛

🌸 Fridge magnet berbentuk tumbuhan kaktus dari Cameron Highlands.

🌸 Keychain strawberry dari Cameron Highlands.

🌸 Brooch comel, ada 4 biji.

Alhamdulillah... suka saya. 😍 Sambil tersenyum saya tengok isi kandungan hadiah dari Cie.

Fridge magnet dan keychain dari Cameron Highlands.
Fridge magnet dan keychain dari Cameron Highlands.

Alahai, comelnya. Nak pergi sendiri Cameron Highlands tu, tak tahulah bila, kan. Saya last sekali pergi Cameron Highlands, waktu anak-anak masih kecil. Sulaiman pun tak ada lagi. Jadi, lebih kurang 18 tahun dulu. Berkurun. 😅

Brooch dari Cie
Brooch comel dan cantik, ada 4 biji.

Sesuai la ni, sebab saya pakai sekarang, brooch lama belaka. Yang mata atau batu sudah hilang, tinggal pin saja kat belakang. Masih saya pakai. Tahu-tahu je Cie ni. 

Assorted flavoured tea dari Cameron Valley.
Assorted flavoured tea dari Cameron Valley.

Ada orange tea, blackcurrant tea, lemon tea, strawberry tea, lychee tea, earl grey tea dan teh biasa. Ini pun sesuai sangat, sebab saya pun sudah kurang minum kopi setiap hari. Bolehlah saya selang-selikan antara green tea yang saya minum dengan teh pelbagai perisa pemberian Cie ini. 

Masya-Allah, seronok dapat hadiah dari teman blogger ini. Berbunga-bunga rasa di hati. Menceriakan hari saya. Terima kasih, Cie! 🤗 Semoga Cie murah rezeki, sihat-sihat selalu, dan berbahagia di samping keluarga tercinta. 

Semasa blog lama saya dulu, saya juga pernah terima hadiah dari Cie, iaitu pill storage Shaklee, yang sampai sekarang saya masih gunakan bila saya pergi bercuti. 

Blog Cie juga ada sediakan hadiah setiap bulan untuk pengomen terbanyak. Jadi pada yang belum mengenali Cie, jemputlah singgah ke blog beliau 👉 Blog Roziah Muhammad Nor

Semoga silaturrahim sesama kita, bloggers semua, terus terjalin. 

Jumpa lagi, ya. 💗

Share: