Monday, June 15, 2026

Ada pakcik tu rajin hari ini

 Saya baru lepas balas komen dan blogwalking, tapi tak banyak la, sikit baru. Baru tahu tentang cerita kawan-kawan. Saya harap pada yang sedang melalui keadaan yang sukar, semoga dipermudahkan segalanya. 🤲 💛

Hari ini, suami saya off day. Rajin dia. Suami tolong masak sarapan. Auw...! Terharu saya! 🤭 Jom tengok encik suami saya masak apa.

Dalam peti ais, ada nasi dalam rice cooker. Banyak hari dah, dapur tak berasap. Jadi, dia buat nasi goreng. Satu kuali, okay!

Nasi goreng
Yahh... nasi goreng by chef suami

Ini boleh tahan satu hari ni. Alhamdulillah. Suami ada masukkan ketulan ayam dan kek ikan dalam nasi goreng. 

Telur goreng mata
Telur goreng mata.

Untuk dimakan dengan nasi goreng.

Jumaat lepas, masa pergi pasar malam di Bukit Permata, suami ada beli keropok ikan tamban. Pun, suami goreng juga pagi tadi. Ada 3 tipuware berisi keropok. 😍

Keropok ikan tamban
Sebahagian dari keropok digoreng.

Boleh makan keropok sambil tengok bola juga. Semalam pukul 1 pagi, saya terjaga kerana saya perasan ada cahaya dalam kegelapan malam. Bukan cahaya keimanan. Tetapi, cahaya datang dari handphone suami di sebelah. Dia tengok bola guna handphone. 🙈

Dalam pukul 10.30 pagi, saya bancuh teh, dan break IF. Sarapan nasi goreng suami masak. Hehe.. sukanya saya. Suami dah siapkan makanan.

Teh laici dari Cameron Highland
Cuba teh laici, Cie bagi.

Ambil secara rawak dari dalam kotak, dan perisa ini telah terpilih. Jom kita sarapan. 

Nasi goreng lauk telur mata dan ulam timun potong.
Jemput makan, kome...

Nasi goreng lauk telur mata. Sayur, timun potong je. Alhamdulillah. Sedap. 😋 

Selesai sarapan, balas komen tertunggak di blog dan blogwalking. 

Minum teh laici sambil blogwalking
Sedap juga teh laici ni.

Saya bancuh teh kosong, tak letak gula. Rasa laici yang mild. Sedap minum teh suam suam panas. 

Hari Isnin yang santai di rumah. Saya tidak berkebun pagi tadi. Semalam sudah hujan, jadi saya tengok tanah pada tanaman semua lembab lagi. Tak perlu siram pokok. 

"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan" (Potongan surah Ar-Rahman). Ayat yang diulang sebanyak 31 kali sebagai pengingat agar kita sentiasa bersyukur.

Tidak perlu berkeluh-kesah, kerana semuanya di dunia ini hanya sementara. 

Kome makan apa hari ni?

Jaga diri, dan jumpa lagi, ya. 💗

3 comments:

  1. Dapat suami rajin pun satu nikmat kan?
    Bahagia rasa.

    Saya pagi tadi pun suami yang siapkan sarapan - steam pau dan buat seteko teh 0 tanpa gula. Teko jenis tahan panas boleh minum sampai petang. Sebabnya pagi tadi saya sibuk uruskan Jojo, seminggu ni hidup saya haru biru sikit tapi belum mampu nak cerita di blog. Nantilah.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah memang seronok kan kalau suami tolong di dapur

    ReplyDelete