Ada pakcik tu rajin hari ini

 Saya baru lepas balas komen dan blogwalking, tapi tak banyak la, sikit baru. Baru tahu tentang cerita kawan-kawan. Saya harap pada yang sedang melalui keadaan yang sukar, semoga dipermudahkan segalanya. 🤲 💛

Hari ini, suami saya off day. Rajin dia. Suami tolong masak sarapan. Auw...! Terharu saya! 🤭 Jom tengok encik suami saya masak apa.

Dalam peti ais, ada nasi dalam rice cooker. Banyak hari dah, dapur tak berasap. Jadi, dia buat nasi goreng. Satu kuali, okay!

Nasi goreng
Yahh... nasi goreng by chef suami

Ini boleh tahan satu hari ni. Alhamdulillah. Suami ada masukkan ketulan ayam dan kek ikan dalam nasi goreng. 

Telur goreng mata
Telur goreng mata.

Untuk dimakan dengan nasi goreng.

Jumaat lepas, masa pergi pasar malam di Bukit Permata, suami ada beli keropok ikan tamban. Pun, suami goreng juga pagi tadi. Ada 3 tipuware berisi keropok. 😍

Keropok ikan tamban
Sebahagian dari keropok digoreng.

Boleh makan keropok sambil tengok bola juga. Semalam pukul 1 pagi, saya terjaga kerana saya perasan ada cahaya dalam kegelapan malam. Bukan cahaya keimanan. Tetapi, cahaya datang dari handphone suami di sebelah. Dia tengok bola guna handphone. 🙈

Dalam pukul 10.30 pagi, saya bancuh teh, dan break IF. Sarapan nasi goreng suami masak. Hehe.. sukanya saya. Suami dah siapkan makanan.

Teh laici dari Cameron Highland
Cuba teh laici, Cie bagi.

Ambil secara rawak dari dalam kotak, dan perisa ini telah terpilih. Jom kita sarapan. 

Nasi goreng lauk telur mata dan ulam timun potong.
Jemput makan, kome...

Nasi goreng lauk telur mata. Sayur, timun potong je. Alhamdulillah. Sedap. 😋 

Selesai sarapan, balas komen tertunggak di blog dan blogwalking. 

Minum teh laici sambil blogwalking
Sedap juga teh laici ni.

Saya bancuh teh kosong, tak letak gula. Rasa laici yang mild. Sedap minum teh suam suam panas. 

Hari Isnin yang santai di rumah. Saya tidak berkebun pagi tadi. Semalam sudah hujan, jadi saya tengok tanah pada tanaman semua lembab lagi. Tak perlu siram pokok. 

"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan" (Potongan surah Ar-Rahman). Ayat yang diulang sebanyak 31 kali sebagai pengingat agar kita sentiasa bersyukur.

Tidak perlu berkeluh-kesah, kerana semuanya di dunia ini hanya sementara. 

Kome makan apa hari ni?

Jaga diri, dan jumpa lagi, ya. 💗

Share:

49 ulasan:

  1. Dapat suami rajin pun satu nikmat kan?
    Bahagia rasa.

    Saya pagi tadi pun suami yang siapkan sarapan - steam pau dan buat seteko teh 0 tanpa gula. Teko jenis tahan panas boleh minum sampai petang. Sebabnya pagi tadi saya sibuk uruskan Jojo, seminggu ni hidup saya haru biru sikit tapi belum mampu nak cerita di blog. Nantilah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah... memang seronok bila dah ada orang masak, kita makan jer. 😁
      Harap semuanya baik-baik je untuk Ujie. Anak bulu sakit ke.. semoga dipermudahkan segala urusan Ujie. 🤲

      Padam
  2. Alhamdulillah memang seronok kan kalau suami tolong di dapur

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang seronok, kita tinggal makan je. Hehe... Alhamdulillah.

      Padam
  3. Belanja la foto pakcik sedang menggoreng....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pakcik pakai seksi, tak boleh share. 🙈

      Padam
  4. Alhamdulillah dpt pasangan yg saling membantu di dapur

    BalasPadam
  5. Bestnya husband tolong masakkan :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Best, Alhamdulillah. Benda jarang-jarang berlaku. 😊

      Padam
  6. Alhamdulillah.. Sesekali bila orang lain yang masak, memang bahagia..

    BalasPadam
  7. Sekali skala encik bos masak mmg ngam la sis =D

    BalasPadam
  8. Nasi goreng paling sedap kalau ada kopok goreng haha... pastu tmbh plak nugget, telo goreng... perghh nikmat minum plak teh o panas..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya Allah... Ako ni kan... hehe...nikmat kan... syedap sungguh. 😋

      Padam
  9. Nikmat sungguh kalo ada yg masakkan sarapan...Saya ada dengar dalam radio...kalo dia dlm keadaan diuji...dia selalu buka surah Ar-Rahman ni...sebab ayat "Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan"...diulang banyak kali dlm surah ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, betul.
      Ya, Sueann. Kena belajar untuk berlapang dada dan ujian untuk kita supaya bersabar.

      Padam
  10. nasi goreng + telur mata kuning cair + keropok + soso cili sikit arghhh kombinasi sempurnoooo! Lapar pulak tengokk hehe.

    Saya pun suka minum tea tanpa gulaa, nikmat betul

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe.. kan... makan keropok pulak, susah nak berhenti. Punah diet. Huhu...
      Kan, Nadia.. sedap, rasa lapang dada minum teh suam-suam panas.

      Padam
  11. sekali sekala kalau suami masak, memang rasa terharu, seronok betul.. hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu la pasal. Benda jarang-jarang berlaku. 😁

      Padam
  12. CC kat opis akak rajin buatkan bekal nasi goreng buat puan isteri sarapan. Sekali dia hantar banyak dah kita orang kata nasi goreng suami orang sangat sedap bila cc offer kat kita orang. Sesekali orang lelaki masak sedap woooo

    BalasPadam
    Balasan
    1. Untunglah, kawan-kawan ofis boleh rasa sekali. Rajin suami cc tu masak nasi goreng. Memang, agaknya itu pasal orang lelaki hebat jadi chef, deme masak sedap.

      Padam
  13. Lelaki kalau masak memang sedap lagi2 jarang masuk dapur, hewhew.

    BalasPadam
  14. Tea perisa laici sedap ye. Nanti nak godek shopee lah. Entah bila nak pi CH ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap, kak. Sila, sila, kak. Beli lebih sikit. Hehe...

      Padam
  15. bestnya suami masak sarapan bertambah sedap la rasa nasi goreng tu.

    BalasPadam
  16. Bestnyaaa...untung suami pandai masak...SA suami pandai order jer..hahahaha...tengok tea tu..teringin nak naik CH lagi...tapi tu la..suami xde cuti tahun yang lama..cutinya sebulan sehari walau dah confirm kerja...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah... suami bila mood rajin, kalah kita masak.
      Takpe, nanti ada rezeki bolehlah SA ke CH. Insya-Allah.

      Padam
  17. menu sarapan tu bole membawa ke lunch ..byk tu..sedap makn nasi goreng ada telur mata + kopok

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye, Mama Tisya. Sampai ke makan malam pun nasi goreng juga hari tu. Hehe...

      Padam
  18. Waaaah senangnya kalau suami bisa masak. Suami saya bisa masak Indomie saja 😄😄. Masalahnya kamu berdua sama2 tak pandai masak 😅🤭.

    Aghhh sedapnya kerupuk. Saya nih tipe yg kalau makan mesti ada kerupuk . Krn itu selalu stok di rumah.

    Kalau teh pun saya LBH suka tak pakai gula kak. Dah biasa. Kecuali macam teh tarik, nah itu pakai lah gula sedikit 😄

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe.. Indomie pun sedap, Fanny. 😁
      Wah.. peminat keropok. Betul, tambah selera makan kalau ada keropok rangup.
      Teh tarik kalau tak ada gula, kurang sedap la kan, Fanny.

      Padam
  19. Satu perkara seronok saya baca blog Tot ini ialah storytelling yang santai dan dekat dengan kehidupan..teruskan menulis dan terima kasih doanya.. Kini saya alami masa sukar untuk berhijrah mengurangkan masa di media sosial ...semoga 1448H lebih baik lagi buat kita semua...Salam Maal Hijrah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih, Encik Hanafi.
      Kalau nak kurangkan masa di media sosial, kena uninstall, Encik Hanafi. Itu bagi saya la. Aman sikit. Kalau tak boleh buat semua, kurangkan satu persatu. Insya-Allah.
      Amin, YRA... Salam Maal Hijrah juga buat Encik Hanafi.

      Padam
  20. Senang hati tidak payah fikir hendak masak apa. Alhamdulillah.
    Nur dah tinggal berdua ya? Sulaiman dah daftar kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Syukur.
      Saya baru hantar Sulaiman daftar masuk poli hari ni, NA. Hafizan ada di rumah, dia cuti hampir seminggu lagi, baru masuk semester baru.

      Padam
  21. Alhamdulillah rezeki suami masakkan macam-macam. Kebahagiaan sokmo datang daripada perkara-perkara sederhana kan? Rasanya keropok ikan tamban rasa ikannya lebih banyak daripada keropok ikan parang kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, KSarie. Alhamdulillah.
      Saya pun tak pasti, KSarie. Biasa memang beli ikan tamban saja, tak pernah cuba keropok ikan parang.

      Padam
  22. sekali sekala merasa airtangan suami :D
    teh laici saya belum rasa lagi. haritu baru try strawberi, lemon. ada banyak lagi belum try sebab nak jimat2 hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, Mazni. Nikmat, Alhamdulillah.
      Wah.. akak belum try teh strawberry. Takpe, kita cuba slow-slow, ambil masa. 😊

      Padam
  23. Kalau kat rumah selalu teh mangga atau peach sbb itulah pilihan si anak dara. Dia dan Alip je minum teh dalam rumah ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap tu ammi, teh peach, pernah rasa dulu sekali.

      Padam