Petang semalam saya terima satu bungkusan. Walaupun saya sudah maklum yang saya antara pemenang giveaway Meriahkan Piala Dunia di blog Kak Notie, tapi saya masih terkejut lah juga, sebab tak sangka hadiahnya sampai cepat bebenor. 😁
Agak besar bungkusannya. Jom kita unboxing.
![]() |
| Ada tertulis tumbler pada bungkusan |
Oh, tumbler. Di entri giveaway blog Kak Notie, tidak disebut apa-apa info tentang hadiahnya. Dari gambar di blog beliau, saya ingat, perfume. Hehe..
![]() |
| Tadaaa... |
Saya dapat tumbler Harry Kane, pemain bola sepak England.
Harry Edward Kane ialah pemain bola sepak professional England yang bermain sebagai penyerang untuk kelab Bayern Munich (liga Jerman) dan merupakan kapten pasukan kebangsaan England.
Pencapaian kerjaya utama Harry Kane:
⚽ Penjaring terbanyak England: Beliau merupakan pemegang rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman untuk pasukan kebangsaan England.
⚽ Liga Perdana Inggeris (EPL): Menjadi lagenda di Tottenham Hotspur dan merupakan antara penjaring terbanyak dalam sejarah liga tersebut sebelum berpindah ke Jerman.
⚽ Piala Dunia: Memenangi Kasut Emas Piala Dunia FIFA 2018 di Rusia sebagai penjaring terbanyak kejohanan.
Cantik, tumblernya. Jom kita tengok...
![]() |
| Ada penapis |
Wah, sesuai la, kalau letak kopi atau teh. 😊 Tumbler stainless steel. Kapasiti 500ml. Saiz yang senang dibawa ke mana-mana. Pergi pejabat, pergi gym, atau bawa ke mamak, tengok bola. Hehe.. nanti mamak marah pula sebab kita tak order teh tarik. Takpe, kita order air suam je. Makan, roti nan bersama ayam tandoori. 😋
![]() |
| Eh, ada battery inside? |
Ha, yang ini, saya jakun sikit. Apahal ada bateri untuk tumbler pula?
![]() |
| Waiya! Dia bagitahu suhu! |
Kita hanya perlu sentuh penutup tumbler untuk tahu suhu air di dalam. Wah! 😍
Kadang tu, kita tak tahu kopi kita panas ke sudah suam ke, pakai minum je, tengok-tengok, ouch.. melebor lidah! Jadi, adanya tumbler ini, tak perlu risau lidah melecur lagi. Yeh!
Terima kasih banyak-banyak, kak Notie. Suka, suka! 🥰 Semoga Kak Notie sentiasa sihat-sihat selalu dan murah rezeki. Banyak dah la saya dapat hadiah dari Kak Notie ni. Naik segan pula saya, asyik terima je. Bilalah saya nak memberi pula ni. (Hopefully akhir tahun, sempena pengomen terbanyak blog saya ini) 😉
Baca juga 👉
Kak Notie bagi periuk serbaguna
Kak Notie bagi telekung travel
Kak Notie bagi kain baju raya berlace
Haaa... masuk yang ini, sudah hadiah keempatlah yang saya terima dari kak Notie. Syukur Alhamdulillah. 💖
Setakat saya menaip entri ini, giveaway Meriahkan Piala Dunia ini masih berlangsung, kerana baru dapat 7 orang pemenang. Kak Notie cari 10 pemenang. Jadi, bagi yang ingin turut serta, silalah berkunjung ke blog kak Notie.
Baik. Salam hujung minggu kepada semua pembaca blog saya ini.
Jumpa lagi, ya. 💗





Wah saya juga adeee tumblr macam nii. Useful betul, sebab dari tutupnya kita bisa lihat suhu aktual air di dalamnya berapa derajat.
BalasPadamGambarnya pun baguss, harry kane ni sedang onfire di Piala dunia :D
Oh, ya ka. Memang bagus ya Mas, tumblernya, boleh beritahu suhu air di dalam.
PadamCantikkkkk
BalasPadamKalau akak kenai Cristiano Ronaldo rasanya 😁
Alaaaa.. terlepas lah kot giveaway kak notie huhu
Saya pun sama, cristiano ronaldo tu, sebab dalam iklan syampoo pun dia ada. Hehe..
PadamTahniah pada akak, dapat juga, kan.
Wahhhh tahniah Tot. Cantik tumbler nya. Nampak hipster. Murah rezeki betul Tot ni. KSarie tumpang happy. Semoga akan terus terima banyak hadiah in the future Tot🥰
BalasPadamTerima kasih, KSarie.
PadamAminn... Alhamdulillah, rejeki. 😊
Alhamdulillah..Linda punya pun dah sampai..terkejut tengok ada parcel, rasa nya takde beli apa apa
BalasPadamKan, laju bebenor hadiahnya sampei. 😁
PadamWah cantik siap ada suhu air semasa. Cepat juga ya sampai.
BalasPadamMemang laju sampai, NA, hadiahnya. 😁
PadamAlhamdulillah.. tahniah..
BalasPadamTerima kasih, Eyma. Alhamdulillah, rezeki.
PadamCie dah komen tapi kaknotie belum approved. Masa Cie tengok tu baru 7 orang. Cie dah 2x dapat hadiah dari kaknotie. Telekung travel & kain pasang. Semoga murah rezeki selalu kaknotie. Tahniah kaktot!
BalasPadamTahniah, Cie, dapat juga, kan. Betul, semoga murah rezeki kak Notie. Terima kasih, Cie. Alhamdulillah...
PadamCantik sungguh tumbler tu...siap dengan suhu lagi
BalasPadamKan... pertama kali saya tengok tumbler ada paparan suhu. 😊
PadamAlhamdulillah, rejeki dapat hadiah.
BalasPadamAlhamdulillah Wak, rezeki.
Padammenarik juga tumbler yg ada penghitung suhunya... jd tahu memang apakah minuman di dalam masih sejuk atau masih panas yaaaa... baguuuus dan gambarnya pun menarik kak
BalasPadamIya, Fanny. Alhamdulillah, rezeki dapat tumbler cantik.
PadamThe tumbler is so beautiful!
BalasPadamYes, it is.
PadamAlhamdulillah tahniah Nur!
BalasPadamSy pun ingat perfume juga sbb gambar Kak Notie share tu kecik je kan.
Sy ada tumbler bersuhu ni... Awal² dapat asyik la tekan nak tengok suhunya hihi
Terima kasih, PH. Alhamdulillah.
PadamHa, sama pemikiran kita. 😊
Kan.. excited gitu. Jakun pun ye. 🙈
Ala sori le akak lupa nak bagitahu apa hadiahnya main tayang je. Alhamdulillah dah terima.
BalasPadamHehe.. takpe, kak.
PadamTerima kasih banyak, kak Notie. 🤗🥰
Alhamdulillah Tahniah..saya pun dah dapat
BalasPadamTerima kasih. Tahniah untuk Sueann juga. 😊
PadamWahhh.. sy tertinggal ketapi giveaway Kak Notie kali ni. Bestnya dapat tumbler ada gambar player bola terkenal dunia. Tahniah, Tot!
BalasPadamTerima kasih, SK. Alhamdulillah.
Padamwuish tumbler bukan sebarang tumbler ni. modennya siap boleh tengok suhu dan ada penapis tu :D
BalasPadamKannn... hehe... Alhamdulillah.
PadamSama kita dapat warna putih tapi SA dapat yang Ronaldo..boleh la buat kopi 434 masuk tumbler ni...
BalasPadamHaa, ye ke.. hehe.. Alhamdulilah. Tahniah untuk SA juga, ya.
PadamAlhamdulillah dan Tahniah Nur
BalasPadamTerima kasih, Mulan. Alhamdulillah.
Padamtahniahmyer., me pon dpt tumbler jugak., hehe
BalasPadamTerima kasih. Tahniah juga untuk Encik Me.
PadamTahniah Nur.. Hekhek, faa terlepas GA ni.
BalasPadamTerima kasih, Faa. Takpe, settlekan urusan Faa dulu, boleh lah blogwalking bila free.
Padam