Sunday, June 28, 2026

Hadiah dari Kak Notie

Petang semalam saya terima satu bungkusan. Walaupun saya sudah maklum yang saya antara pemenang giveaway Meriahkan Piala Dunia di blog Kak Notie, tapi saya masih terkejut lah juga, sebab tak sangka hadiahnya sampai cepat bebenor. 😁

Agak besar bungkusannya. Jom kita unboxing.

Hadiah dari Kak Notie sempena giveaway di blog beliau
Ada tertulis tumbler pada bungkusan

Oh, tumbler. Di entri giveaway blog Kak Notie, tidak disebut apa-apa info tentang hadiahnya. Dari gambar di blog beliau, saya ingat, perfume. Hehe..

Tumbler Harry Kane pemain bola England
Tadaaa... 

Saya dapat tumbler Harry Kane, pemain bola sepak England. 

Harry Edward Kane ialah pemain bola sepak professional England yang bermain sebagai penyerang untuk kelab Bayern Munich (liga Jerman) dan merupakan kapten pasukan kebangsaan England. 

Pencapaian kerjaya utama Harry Kane:

Penjaring terbanyak England: Beliau merupakan pemegang rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman untuk pasukan kebangsaan England.

Liga Perdana Inggeris (EPL): Menjadi lagenda di Tottenham Hotspur dan merupakan antara penjaring terbanyak dalam sejarah liga tersebut sebelum berpindah ke Jerman.

Piala Dunia: Memenangi Kasut Emas Piala Dunia FIFA 2018 di Rusia sebagai penjaring terbanyak kejohanan.

Cantik, tumblernya. Jom kita tengok...

Tumbler ada penapis di dalam
Ada penapis

Wah, sesuai la, kalau letak kopi atau teh. 😊 Tumbler stainless steel. Kapasiti 500ml. Saiz yang senang dibawa ke mana-mana. Pergi pejabat, pergi gym, atau bawa ke mamak, tengok bola. Hehe.. nanti mamak marah pula sebab kita tak order teh tarik. Takpe, kita order air suam je. Makan, roti nan bersama ayam tandoori. 😋

Ada batteri dalam penutup tumbler
Eh, ada battery inside?

Ha, yang ini, saya jakun sikit. Apahal ada bateri untuk tumbler pula?

Paparan suhu pintar pada tumbler
Waiya! Dia bagitahu suhu!

Kita hanya perlu sentuh penutup tumbler untuk tahu suhu air di dalam. Wah! 😍

Kadang tu, kita tak tahu kopi kita panas ke sudah suam ke, pakai minum je, tengok-tengok, ouch.. melebor lidah! Jadi, adanya tumbler ini, tak perlu risau lidah melecur lagi. Yeh!

Terima kasih banyak-banyak, kak Notie. Suka, suka! 🥰 Semoga Kak Notie sentiasa sihat-sihat selalu dan murah rezeki. Banyak dah la saya dapat hadiah dari Kak Notie ni. Naik segan pula saya, asyik terima je. Bilalah saya nak memberi pula ni. (Hopefully akhir tahun, sempena pengomen terbanyak blog saya ini) 😉

Baca juga 👉

Kak Notie bagi periuk serbaguna

Kak Notie bagi telekung travel

Kak Notie bagi kain baju raya berlace 

Haaa... masuk yang ini, sudah hadiah keempatlah yang saya terima dari kak Notie. Syukur Alhamdulillah. 💖

Setakat saya menaip entri ini, giveaway Meriahkan Piala Dunia ini masih berlangsung, kerana baru dapat 7 orang pemenang. Kak Notie cari 10 pemenang. Jadi, bagi yang ingin turut serta, silalah berkunjung ke blog kak Notie

Baik. Salam hujung minggu kepada semua pembaca blog saya ini.

Jumpa lagi, ya. 💗

6 comments:

  1. Wah saya juga adeee tumblr macam nii. Useful betul, sebab dari tutupnya kita bisa lihat suhu aktual air di dalamnya berapa derajat.
    Gambarnya pun baguss, harry kane ni sedang onfire di Piala dunia :D

    ReplyDelete
  2. Cantikkkkk
    Kalau akak kenai Cristiano Ronaldo rasanya 😁
    Alaaaa.. terlepas lah kot giveaway kak notie huhu

    ReplyDelete
  3. Wahhhh tahniah Tot. Cantik tumbler nya. Nampak hipster. Murah rezeki betul Tot ni. KSarie tumpang happy. Semoga akan terus terima banyak hadiah in the future Tot🥰

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah..Linda punya pun dah sampai..terkejut tengok ada parcel, rasa nya takde beli apa apa

    ReplyDelete
  5. Wah cantik siap ada suhu air semasa. Cepat juga ya sampai.

    ReplyDelete