Semalam, 20 Jun 2026, kami pergi hantar anak bongsu, Sulaiman, daftar masuk Politeknik Ungku Omar (PUO) di Ipoh. Sulaiman punya sesi pendaftaran adalah pada pukul 10.30 pagi hingga 12 tengahari. Pihak PUO sudah tetapkan beberapa sesi pendaftaran untuk pelajar diploma, mengikut kursus. Kalau semua daftar sekaligus, mahu sesak juga kan, dalam tu.
Dari Lumut, kami bertolak pukul 8 pagi lebih. Sampai dalam 15 minit sebelum 10.30 pagi. Walaupun banyak kereta di hujung minggu, tapi berjalan je trafik. Itu pun, ada singgah toilet break di stesen minyak.
![]() |
| Lepas parking kereta, ambil gambar dulu, kenangan. |
Untuk pelajar lelaki, rambut kena pendek. Atas no mata mesin - 3, belakang no mata mesin - 2. Bagi yang tidak mengikut piawaian, kena beratur, dia tolong potong pendek sebelum dibenarkan daftar.
Ini pengalaman kedua kami hantar anak masuk PUO. Masa Hafizan (anak kedua) dulu, memang panjang barisan budak kena potong rambut, tapi semalam nampaknya ramai sudah cakna akan peraturan PUO ni. Ada yang kena, tapi tak panjang macam zaman daftar Hafizan dua tahun lepas.
Macam rekruit nak masuk askar pula, ya. Tapi sekejap saja, nanti lepas minggu orientasi habis, pelajar lelaki boleh rambut seperti biasa, asalkan pendek.
![]() |
| Beratur nak masuk dewan untuk daftar mengikut kursus. |
Masa selesai daftar tu, Sulaiman cerita, ada pegawai yang jaga salah satu stesen pendaftaran tanya Sulaiman, "Kenapa dengan rambut awak?"
Sulaiman jawap,"Bapa saya botak, sejak muda. Saya ikut gen bapa". Tergelak orang tu.
![]() |
| Sementara pelajar masuk dewan untuk daftar, ibubapa duduk di khemah ibubapa. |
Ada taklimat sikit dan soal jawap antara ibubapa dan pihak PUO. Pelajar baru yang daftar diploma saja ada lebih 2 ribu orang. Rupanya, ada pelajar yang hanya ditawar belajar tanpa dapat asrama. Tapi pihak PUO usahakan juga agar semua pelajar baru semester 1 ini dapat penempatan asrama. Itu yang pelajar lama seperti Hafizan ditolak keluar dari asrama lama seberang jalan tu. Malah, budak MPP (Majlis Perwakilan Pelajar) pun kena sewa luar juga. Gitu, ceritanya.
Lepas selesai daftar, ibubapa boleh teruskan hantar anak ke asrama, tapi cuma diberi masa 3 minit untuk drop-off barang anak. Pemandu kereta tidak dibenarkan turun untuk membantu. Sebab kereta perlu bergerak, nak beri ruang pada kereta ibubapa lain yang dalam barisan.
Alhamdulillah, rezeki Sulaiman, dapat bilik tingkat bawah. Peh.. tak payah naik-naik tangga. Baru saja ingat Sulaiman boleh bersenam kot dapat tingkat tinggi macam Hafizan dulu, masa dia duduk asrama dalam, dapat tingkat 2. Selain itu, pihak PUO sudah tetapkan nombor katil, jadi tak boleh nak chop chop tempat siapa sampai awal, ambil katil tepi tingkap dulu ke apa. Semua telah ditetapkan tempat.
Mama dan ada urusetia tolong angkat barang dari kereta ke lobi asrama.
![]() |
| Selpiaq sekeping, sebagai kenangan. |
Masa Sulaiman sibuk angkut barang bilik, sempat ada ibu ni mengadu dengan saya, "Dulu tak ada pun had masa ni". Ye betul, dua tiga tahun lepas zaman Hafizan, kami siap boleh lepak cafe lepas anak masukkan barang ke bilik. Sempat lah makan nasi dulu dengan anak. Tapi baru berdiri sekejap, urusetia datang, tolong alih kereta, pakcik.
Sebelum kami berlalu pergi, sempatlah group hug kami satu keluarga. Babai anak mama. Belajar rajin-rajin, sembahyang, tau.
Kami pun berlalu keluar kawasan. Masa sampai di Taman Botani, masih di Ipoh, sebab kami singgah Zus, beli kopi, Sulaiman cakap, boleh outing, masuk sebelum 6 petang. Aik... jadi kami suruh Sulaiman tunggu dekat pagar gate B. Ibubapa bila keluar memang tak boleh masuk dah, sebab lepas tengahari, ada sesi kursus lain pula untuk mendaftar.
Lepas ambil Sulaiman, kami ke Aeon Mall Kinta City. Bolehlah singgah supermarket beli sabun cuci baju. Itu je barang dia belum cukup. Sempat makan tengahari bersama di medan selera.
![]() |
| Saya makan nasi goreng daging |
Ada sup kosong diberi sekali. Saya dan suami baru break IF, first meal of the day, pukul 1. Alhamdulillah. Sedap, makanan beli di sini. Orang pun ramai. Memang meriah Aeon sini.
Lepas beli sabun cuci baju, kami pun balik, hantar Sulaiman ke PUO semula. Tak adalah nak tunggu sampai pukul 6 petang. Orait la tu, rezeki dapat makan bersama.
Masa hantar dekat pintu pagar B itu, ada kereta ibubapa lain yang hantar anak baru masuk. Kereta depan ni, nampak mak dia lap airmata, lepas anak berlalu pergi. Alamak... tapi saya control je, tolonglah tolonglah, janganlah jangkit kat aku. Depan anak kena beri dia sokongan dan galakan. Kita nangis dalam hati je, okay.
Insya-Allah, Sulaiman akan baik-baik saja. Lepas balik bilik, Sulaiman kemas barang dia, pasang cadar apa semua. Sebab kami ada pengalaman dulu, cadar kena beli saiz super single. Kalau cadar single biasa, memang tak muat sebab tilam asrama jenis tebal. Semua okay. Beg travel pula, saya bagi Sulaiman pakai beg umrah je. Sulaiman pun okay dia kata, tak perlu beli beg travel baru sebab beg mama tu pun besar, boleh muat banyak barang dan ada roda empat tayar. Lagilah senang, tolak je, beg berjalan.
Saya dan suami masih borak dengan Sulaiman melalui whatsapp, sambil berhenti solat jamak di surau stesen minyak Shell. Masih di Ipoh.
![]() |
| Dia letak emoji budak nangis pula 😢 |
Tipulah kalau tak sedih, wei. Baby saya paling kecil, budak Sulaiman ni.
![]() |
| Sulaiman masa baby, dengan arwah Opah. Gambar tahun 2009. |
Ini pertama kali baby mama ni duduk jauh. Kesemua tiga-tiga anak saya, masa lanjutkan pelajaran lepas SPM, baru tinggalkan rumah. Mereka tidak masuk asrama waktu sekolah menengah. Sunyi dan rindu rasa malam semalam. Hafizan yang waktu ini sedang cuti sebelum masuk semester baru, pun kata pagi ini, rumah nampak pelik. Sebab selalu kalau bangun pagi, mesti ada Sulaiman duduk dekat komputer di ruang tamu itu. Pagi ini, cuma nampak kerusi kosong. Huwaaa..... mama nangis dalam hati. Semoga Allah beri saya ketabahan dan redha, Sulaiman pun kuat dan tabah, belajar berdikari dan boleh belajar dengan baik. Semangat! 💪
Insya-Allah, dia okay. Sulaiman pandai cari makan, dan dia tidak cerewet. Lain anak, lain perangai. Semalam pun dia ada whatsapp pukul 8 malam, dia di cafe, dengan kawan-kawan.
![]() |
| Sulaiman hantar gambar kucing dekat cafe |
Insya-Allah, semua akan baik-baik saja. Selamat sudah, hantar anak bongsu sambung belajar. Syukur Alhamdulillah.
Baik. Semoga hari minggu anda semua ceria dan selamat beristirehat di samping keluarga.
Jumpa lagi, ya. 💗








Senanglah dah ada nombor katil, lebih teratur buat sistem gini. Mama mesti susah nak lena malam tadi kan, terkenang Sulaiman. Dia nampaknya dah ada adik angkat berbulu tu 😀
BalasPadamBetul, Ujie. Tak ada berebut-rebut cop tempat. Huhu.. sunyilah rumah, Ujie, budak Sulaiman tak ada. 😅 Haha... kucing selalu suka dengan Sulaiman.
Padamgood luck sulaiman. Belajar rajin rajin ya
BalasPadamTerima kasih, Mama Yan. Insya-Allah.
PadamAlhamdulillah, selamat dah Sulaiman daftar di PUO, ikut jejak Hafizan dan anak kita, Iman. Mula tertanya jugak, tak nampak Hafizan hantar sekali, rupanya tengah cuti sem ek. Agaknya ramai sangat yg mendaftar sek 1 sampai tak cukup asrama. Semoga Sulaiman baik² aje, tengok orangnya mudah berkawan tu, mama jangan risau okeh.
BalasPadamYe, SK, dia walaupun tengah cuti sem, ada semester pendek tengah-tengah antara sem 4 dan 5. Hafizan kata, sem 4 setengah. Hehe.. siap ada exam juga. Itu yang Hafizan tak dapat ikut hantar Sulaiman.
PadamMudah-mudahan ye, SK. Amin, YRA... mekasih, SK.
Artikel ini cukup menarik dan mudah dipahami, pembahasannya juga terasa menyentuh dan membuat pembaca bisa ikut merasakan pesan yang disampaikan.
BalasPadamTerima kasih.
PadamLaaa Nur, sama plak ngan abin ye sulaiman ni haha klu sama poli confirm kita leh jumpa haha.. xde rezeki lagi. Tahniah sulaiman, belajar rajin² ...
BalasPadamAbin politeknik Behrang, kan. Insya-Allah, satu hari ada rezeki, kita jumpa ya, Ako. 🤗
PadamTerima kasih. Tahniah juga untuk Abin.
Alhamdulillah selamat dah Sulaiman mendaftar. Nampak ceria je orangnya, pandai dah cari kawan tu. Semoga baik² saja.
BalasPadamAmin, YRA... terima kasih, PH.
PadamAlhamdulillah..hati memang rasa berat untuk lepaskan tetapi perlu untuk kehidupan sebenar
BalasPadamBetul, Eyma.
PadamTahniah Sulaiman.
BalasPadamSemoga gembira di tempat baharu. Rajin-rajin menuntut ilmu. Mudah-mudahan dipermudahkan segala urusan, berjaya dunia dan akhirat. Amin.
Terima kasih, kak Amie. Alhamdulillah.
PadamAmin, YRA... 🤲
Allah...Terigt masa arwah mak & abah htr sy dkt kolej tahun 2003 dulu. Penuh jgk van dgn brng2 sy nk masuk asrama.Tapi sem 3 dah kena pindah keluar.Trpaksa menyewa dgn kwn. Mujur dpt housemate yg sama course =D
BalasPadamKenangan ya, Nieza. Awal, sem 3 sudah kena menyewa luar, ya. Housemate sama course senang sikit, boleh study sama dan ke kelas pun sama.
PadamAlhamdulillah semuga perjalanan sulaiman dalam menuntut ilmu di permudahkan Allah. Anak bungsu hati mak memang le sayang lebih.
BalasPadamAmin, YRA. Terima kasih, kak.
PadamHehe...
all the best sulaiman..smoga dipermudahkan segala urusan dan pembelajaran di PUO...certain tmpt lg kena cpt...just drop je ank ngan brg2...pttnya yg 1st time ni bg la peluang parent antar smp ke bilik...yela nk tgal anak dok asrama kn...tisya dlu nasibaik la utk 1st pendaftaran tu bole naik antar brg2 smp ke bilik asrama..dpt la jenguk2 juga suasana bilik ank nk duduk..almaklumla tk pernh duduk asrama kn..nenek yg lg riso pd cucu masa tu
BalasPadamTerima kasih, mama tisya. Amin, YRA...
PadamDulu masa zaman PKP pernah merasa macam tu, masa drop anak sulung di kolej matriks, lagi laju.
Betul, betul! Bolehlah tengok-tengok bilik anak, kan. Hehe, nenek memang lebih sayang cucu, lagi-lagi pertama kali nak duduk asrama.
seronokla sulaiman dapat bilik bawah je. tak payah berkicap turun naik tangga haha. sistematik betul sampai dah ada nombor katil bagi setiap pelajar. zaman saya belajar dulu, siapa cepat dia dapat :D
BalasPadambaca cerita ni, agaknya macam nilah mak & ayah saya rasa bila anak2 dia semua sambung belajar. tinggal kat rumah berdua je huhu. All the best buat Sulaiman, semoga berjaya dalam pelajaran!
Itu ler, rezeki dia. Ye la, zaman kita dulu, lain ya, Mazni. Terima kasih, Mazni. Amin, YRA..
PadamAlhamdulillah, tahniah Sulaiman! Selamat melangkah ke fasa baru di PUO. Seronok baca part dapat bilik tingkat bawah tu, rezeki betul tak payah penat-penat usung barang naik tangga tinggi. Semoga dipermudahkan segala urusan pembelajaran Sulaiman dan cepat menyesuaikan diri ya..
BalasPadamTerima kasih, SA. Amin, YRA... mudah-mudahan ya, SA.
PadamIngat Hafizan ikut sekali. Hehe nanti hantar Hafizan boleh jumpa Sulaiman semula.
BalasPadamBerdua Nur dan suami. Lagi panjang langkah sebab tidak fikir hendak masak atau masak boleh letak sayur.
Ye, NA. Pandai-pandailah deme.
PadamHa ah, sudah boleh letak sayur dalam nasi goreng. Hehe..
Alhamdulillah tahniah Sulaiman. Semoga terus sukses. PUO adalah politeknik legendaris. Semoga Sulaiman dilapangkan hati untuk menerima ilmu, disenangi oleh pensyarah, kawan-kawan, acik cafe, kakak library dan semua yang Sulaiman temui semasa menuntut ilmu di PUO. Graduan PUO biasanya berhemah, berilmu dan berwibawa. Sampai masanya memang emak dan ayah kena berlapang dada dan melepaskan anak-anak untuk kehidupan mereka yang mendatang. Semoga Tot dan suami lebih banyak masa untuk berjimbaan di sana sini berdua ye.
BalasPadamTerima kasih, KSarie. Amin, YRA... 🤲🤗
PadamAlamak.. hehe.. bila suami hari off, boleh la menyongket. Tapi pitih banyak habis ni, buat belanja Sulaiman, macam lepak rumah je la. Tapi syok juga, duduk rumah. 😊
Tahniah buat Sulaiman.
BalasPadamMoga rutin harian di PUO dipermudahkanNYA.
Saya baca entry ni rasa sebak pulak.
Terima kasih, Ai. Amin, YRA.. 🤲
PadamMemang mudah sentuh hati kita, mak² ni lagi² bila kena pisah dengan anak², kan.
alhamdulillah, dah selesai.. smeoga yang baik2 untuk Sulaiman.. mama jgn sedih2 ya...
BalasPadamAmin, YRA.. 🤲 terima kasih, Linda. Hehe.. baiklah.
PadamSemoga dipermudahkan urusan belajar. Dah masuk alam baru pulak.
BalasPadamAmin, YRA.. 🤲 terima kasih, Cie. Ye la. Anak² memang cepat membesar.
PadamTakpe... dah keje nanti simpan rambut panjang macam uncle... hahaha
BalasPadamMuka ayah dia sebijik!
Hehe.. anak bapak..
PadamAll the best Sulaiman. Alaaa letak emoji menangis, kita sama sebak.
BalasPadamTerima kasih, Mulan. Itu ler.. hehe.. takpe, mula² je dia sedih.
Padamikut terharu saya bacanya kak ... pastilah sedih yaaa, agak jauh pula... tapi bagus kalau kakak kuat tak menangis... sebab kadang itu juga yg bikin anak jd sedih... dulu mama saya pun ikut menangis.... padahal awalnya saya tak nak menangis, jd sedih pula :D
BalasPadaminsyaallah sulaiman baik2 saja... ini kesempatan dia untuk bisa menjadi lebih mandiri :)
Hehe.. ibu-ibu memang sedih kan, nak berpisah dengan anak. 😊
PadamBetul cakap Fanny. Insya-Allah.
Semangat, Sulaiman.. Semangat. Semoga pulang dengan kejayaan ! 🌟
BalasPadamAminn.. YRA.. terima kasih, Faa.. 🤗
Padam