Pada 22 Jun 2026 yang lepas, kami nak keluar jalan pagi. Tapi, cuaca hujan di rumah. Tak lebat, cuma renyai. Tapi kami tetap pergi ke Padang Sitiawan dengan harapan sana cuaca baik.
Sampai Sitiawan, memang betul. Ada awan gelap di langit, tapi cuaca tidak hujan. Saya dan suami pun mula berjalan.
Sudah lama tak jalan pagi. Sibuk dengan urusan anak-anak. Urusan di luar saja. Tak sempat bersenam.
![]() |
| Awan mendung berarak kelabu di langit. |
Alhamdulillah. Jalan perlahan saja, sambil bercerita sesama kami, suami-isteri. Sebab langkah suami besar, untuk jalan seiringan, saya perlu slowjog di sebelah suami. Langkah kecil, kaki pendek.
Seperti biasa, ramai juga orang berjalan di padang.
![]() |
| 59 minit jalan pagi. |
Dapat jarak 4.46 kilometer.
Nasib baik juga kami tetap keluar ke Sitiawan walau hujan di rumah. Rezeki bila sampai, cuaca mengizinkan untuk riadah pagi. Kalau kami terus ambil keputusan tidak pergi jalan dari rumah kerana hujan, lalu pergi sarapan terus, sudah tak dapat nak bersenam pagi.
Mendung tidak bererti hujan. Hujan di tempat kita, boleh jadi panas di tempat orang. Rezeki Allah belaka, dan juga keputusan yang kita ambil.
Susah nak konsisten berjalan setiap hari. Tapi kita cubalah mana mampu. Insya-Allah.
Baiklah. Jumpa lagi, ya. 💗


Ya pernah Abah kata hendak hujan tapi keluar juga nasib baik mendung sahaja.
ReplyDeleteBetul itu susah hendak konsisten. Ada hari rajin sampai buat 2 kali ada hari langsung tiada.