Tuesday, June 30, 2026

Nasi kandar tepeng

 Fakta dari kajian menggunakan google map, 

Jarak dari rumah saya ke kampus anak-anak bertuah di Ipoh, 84.7 kilometer atau 1 jam 52 minit (bergantung trafik semasa), manakala

jarak dari rumah saya ke Nasi Kandar 786 Taiping adalah 91.5 kilometer atau 1 jam 22 minit.

Kenapa pergi Ipoh yang jaraknya lebih pendek sedikit berbanding pergi Taiping, tetapi ambil masa lebih lama?

Sebab, trafik light! 🚦 Hahaha....

Kalau pergi Taiping, masuk lebuhraya WCE, laju je boleh sampai, sebab straight je, tak ada trafik light.

Hehe... bilalah dia orang ni nak buat highway pergi Ipoh. Tak pun, semua trafik light dibuang, gantikan dengan fly-over atau buat u-turn saja sepanjang jalan. Entah, apasal pula saya berfikir pasal benda ini. Kita serahkan sajalah pada perancang bandar kawasan terbabit. Tapi seriously, bila kita pergi daerah lain, dan buat perbandingan dengan daerah kita, boleh nampak mana lebih bagus. Tak mahulah komen lebih-lebih. Huhu..

Eh, panjang betul mukadimah. Padahal nak cerita pada 22 Jun 2026 yang lepas, saya dan suami pergi makan tengahari di Nasi Kandar 786 Taiping. Buat pertama kalinya. Kalau Nasi Kandar 786 Kampar, sudah banyak kali.

Ajom tengok...

Nasi Kandar 786 Taiping
Yahh... itu dia...

Apa yang sedap sangat nasi kandar 786 ni? Entah. Suami saya la, suka. Tapi ayam gorengnya bagi saya, sedap, berbanding kedai nasi kandar lain yang saya pernah rasa. 

Waktu kami sampai, ada awan mendung macam nak hujan di langit, tetapi agak panas ketika itu, sampai kecik-kecil biji mata, silau.

Pemandangan di Taiping
Lawanya pemandangan di Taiping

Saya suka betul kawasan yang ada bukit-bukit dan penuh kehijauan ni. Saya boleh berdiri tengok bukit lama, macam saya duduk tengok laut atau tasik juga. Hati rasa tenang dan aman tenteram melihat kejadian Allah yang cantik tiada tolok bandingnya. Subhanallah... 🥰

Jom la makan nasi. Perut sudah berbunyi.

Penuh la, walaupun waktu itu sudah lepas waktu makan tengahari. Tempat di dalam penuh. Jadi, kami duduk di meja luar. Ada khemah didirikan depan kedai, tempat tambahan untuk pengunjung makan.

Nasi lauk ayam goreng Nasi Kandar 786 Taiping
Nasi saya

Saya ambil nasi separuh. Kuah sikit je, cakap kat dia. (Banding suami saya, dia ambil kuah banjir). Sayur kobis. Telur masin. Ayam goreng. Sedap! Perapan ayam goreng dia sama macam cawangan di Kampar. Kulit ayam rangup. Isi ayam dimasak sempurna. Tidak kering pun. 

Bila saya mengintai ruangan dia goreng ayam, rupanya, ada pasang timer pada tempat dia goreng ayam itu. Ooo... patutlah. Rahsia ayam goreng sempurna. 

Lupalah nak ambil gambar pinggan nasi suami saya. Dia ambil nasi penuh, lauk ikan. Eh, dah mengadap nasi sendiri ni, memang tak toleh kiri kanan dah. Alhamdulillah... 😋

Secara keseluruhan, okay. Cuma dari segi lokasi, saya prefer cawangan Kampar lagi, sebab sana, ruang makan di dalam kedai lebih besar dan aircond kuat. Sangat selesa makan di tempat berhawa dingin, jadi tak panas. Banding cawangan Taiping, ruang makan di dalam sangat terhad. Yang lain, semua okay. Walaupun ramai orang beratur nak ambil nasi, barisan bergerak dengan cepat kerana ramai pekerja yang in charge di bahagian nasi sama ada untuk makan dan bungkus.

Okay. Itu saja cerita makan di Nasi Kandar 786 Taiping. Kome suka makan nasi kandar tak?

Baiklah. Jumpa lagi, ya. 💗

3 comments:

  1. Kita yg dekat ni pun tak sampai2

    ReplyDelete
  2. Makanan yang jarang Sis makan adalah Nasi Kandar, bukan tak suka tapi takde geng nak gi makan .. Suami suka Nasi padang, anak-anak pun kureng, so nak makan kena tunggu geng..

    ReplyDelete
  3. Wah, sempat intai ruangan goreng ayam ye Nur. Patutlah ada istilah terlebih atau terkuar masak. Macam bak belajarlah goreng ayam guna timer.

    ReplyDelete