Sabtu, 20 Jun 2026

Sticker baru Zus

 Zus Buddy sticker ni, dia bagi percuma je, walau kita cuma beli secawan kopi. Bergantung kepada stok masih ada. Blogger BK, dapat masa beli mineral water je. 😊

Masih ingat dulu, edisi zus buddy sebelum ini, saya sanggup beli air sampai 3, nak bagi cukup RM25 ke atas, supaya dapat plushie buddy ni.

Kali ni, kena beli set makanan Kinda Adult Meal harga RM32.90 baru boleh dapat zus Buddy, edisi Work-in-progress. Memang tak la, ye. 

Ini pun, sebab saya beli kopi untuk suami. Masa hari Isnin, beli secawan americano ais.

Sticker Zus Dream Edition
Dapat sticker Dream Edition

Comel la. Remember your dream, let it lead you.

Keesokan harinya, beli latte ais pula, untuk suami. Rezeki, boleh dapat sticker berbeza.

Sticker Zus Work Edition
Work Edition
Pandai orang yang design sticker ni. Do you remember... the reason you started? Merujuk kepada gambar sticker di atas, tengok si Porta Pal tu, dia cakap,"This is Fine, I'm Fine", tapi tengah terbakor. Hehe..  Lagi satu comel yang si Bean Boss tu, dia kata,"My life support = Coffee". Huhu... betul la tu, pada penggemar kopi, lepas pekena kopi je, baru semangat nak buat kerja.

Selain dua watak Porta Pal dan Bean Boss, watak lain dalam Zus Buddy kali ini adalah Blue Buddy, Pinky Boo, Choco Chipster, Frappe Fren, Zen Cha dan Mama Puff. Comel betul. Itu baru tengok sticker, kalau dapat plushie dia mesti lagi comel.
Cuma kali ini, saya tak kumpul la plushie tu, kena beli meal mahal. Zaman kena berjimat ni. Ini pun rezeki dapat kumpul sticker yang berlainan, walau pun tak ada niat nak kumpul.

Koleksi sticker Zus saya
Koleksi sticker Zus dalam simpanan saya.

Ada yang Butterbear, Projek Sembang Sembang (Raya) dan BB (Balang Baik) Sticker. Saya ada guna yang sticker Zus Buddy tahun lepas. 

Tampal pada casing handphone

Yang "No talk Me, I angy" dan "Emotionally Fragile. Please Handle with Care". Huhu... suka yang Zus Buddy sticker ni. Semua watak comel, dan ia juga mengekspresikan emosi dengan cara yang comel juga. Seolah watak itu sendiri yang bercakap dalam bahasa ia, dengan pelatnya. 

Okay la. Sekian. Salam hari Sabtu, kome. Nak ke mana tu? Jaga diri, dan stay safe.

Jumpa lagi, ya. 💗

30 ulasan:

  1. Amboi dia, siap ada koleksi sticker Zus.

    BalasPadam
  2. Comelnya casing handphone tu, nak pegi cari jugala sticker Zus coffee

    BalasPadam
  3. Selalu dapat sticker Cie campak2 je. Takde peminat sticker dalam rumah ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ler.. anak pun tak minat, ye.. Boleh tampal-tampal, selain dijadikan koleksi juga. 😊

      Padam
  4. Linda ada satu je sticker..yang ni, tak beli lagi..tengok la nanti..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah habis stok dah, kalau tengok kat app dia.

      Padam
  5. Wahhh..Banyaknya sis dapat sticker ni =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dua keping, Nieza. Memang dia keluarkan dua jenis je, edisi kali ini.

      Padam
  6. Balasan
    1. Hasil kumpul sikit-sikit, mama tisya. 😊

      Padam
  7. comel comel semua sticker ni. kena beli zus juga la kalau macam ni.. nak sticker juga..huhuhu

    BalasPadam
  8. wah dah macam BK kumpul sticker

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya kebetulan je dapat, kak. Tak pernah niat nak mengumpul.

      Padam
  9. sebab dah lama tak minum zus, so stiker zus saya yg terakhir adalah matcha cloud latte tu je.
    tapi edisi work edition ni, teringat gakla nak beli mainan tu. cuma bukan keperluan huhu

    BalasPadam
  10. Menarik stickernya...nasib baik SA dah clash dengan Zus..hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kuat la SA, clash dan tidak bersambung semula. 👍

      Padam
  11. Banyak watak-watak yang comel ya dalam siri koleksi Zus.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, NA. Cute jer kita tengok. Bulat-bulat watak.

      Padam
  12. Comel stickers nya. Slogan setiap watak catchy. Kalau KSarie sesuai dengan sticker 'There is so much to do' dan 'This is fine. I am fine'. Maknanya setiap watak ni memang ada plushies nya ye. Mantap marketing Zus Coffee ni sebab remaja dan young adult suka kumpul plushies. Meriah koleksi stickers Zus yang Tot ada

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha ah. Ada plushies atau soft toy untuk setiap watak. Siapa yang dapat kumpul semua tu, memang gigih la. Saya pun kebetulan beli kopi, terselit percuma sticker, KSarie.

      Padam
  13. bagi yg koleksi pasti sukaaa kan... saya nih kalau kopi memang hanya suka kopinya saja... segala macam merchandise dan barang2 koleksi, biasa saya tak tertarik...:D tapi emmang bagus bentuk2 stiker zus ini

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iya Fanny. Akak juga sama. Ini pun kebetulan dapat percuma. Jadi, terkumpul secara tak sengaja, gitu. 😁

      Padam
  14. Comelnya sticker. Faa masa buat journaling pakai buku sempat main2 sticker juga. Comel je buku tu jadinya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Penyeri kan, sticker ni. Lagi-lagi yang gambar watak comel-comel.

      Padam