Somerset Damansara Uptown

 Semasa entri 29 Ramadan yang lepas, saya ada sebut yang saya sekeluarga beraya di KL tahun ini, kan. Alhamdulillah, pada 20 Mac bersamaan 30 Ramadan yang lepas, trafik lancar sepanjang perjalanan. Memang berlawanan dengan trafik berlawanan di sebelah, memang penuh, bumper to bumper, orang nak ke utara. Walaupun Waze suruh ikut lebuhraya utara selatan, tapi suami lebih suka ikut jalan Tanjung Karang. Okay jer. Bukan kelam kabut pun nak sampai. 

Semua orang pakat dok tidur dalam kereta. Saya bila tersedar je, tanya suami okay ke. Takut dia mengantuk bawa kereta waktu puasa. Dia kata dia okay. Ye la, dia buat kopi waktu sahur. Alhamdulillah, kami selamat sampai lokasi hotel lebih awal. 

Apa-apa cari tandas dulu, hotel ini lokasinya di atas Starling Mall. Masuk mall untuk ke tandas. 

Eh, bukan hotel sebenarnya, service apartments. Kakak sulung saya tempah 2 rumah. Satu rumah kecil, satu rumah besar. Somerset Damansara Uptown Petaling Jaya adalah bangunan 24 tingkat service apartment, diuruskan oleh The Ascott Limited.

Kakak sulung suruh saya dan suami duduk asing. Ye la, kalau kami duduk sekali, dia kena pakai tudung sepanjang masa, sebab suami saya ada. Itulah dia tempah dua rumah. Rumah jenis studio apartment, tak ada bilik pun yang saya dan suami duduk ni. Jom tengok...

Almari besor

Itu beg saya, sudah letak, baru ingat nak ambil gambar almari. Ada bathrobe untuk dua orang, sepasang slippers dan mesin timbang berat. Berat masa puasa, 58kg. Berat masa raya, 60kg. Kih kih kih...

Katil saiz King

Besor katilnya. Orang sebelah menguit atau beralih kedudukan, kita tak rasa. Bantal empuk. Pengsan bila baring je atas katil ni. Tak sedar diri tidur. Alhamdulillah. Kedut cadar, suami sudah landing, baru saya ingat nak ambil gambar katil. Suami sambil membebel, bangun juga sekejap, dia kata ape entah saya ni, semua benda nak ambil gambar. 😁

Bilik ayor

Besor la, bilik ayor dia. Pengudaraan tiptop.

Shower

Shower atas dan shower pegang. Ayor kuat. Puas mandi. Sabun ada, syampoo ada. Tulisan pada botol kecil, mata rabun. Lantak la pakai syampoo ke, sabun kaa... dua-dua wangi.

Buka pintu rumah, masuk dapur dulu.

Beg Amirul dalam gambar. Saya tanya reception, boleh tak check-in awal, baru sampai dari Perak. Baik orang reception tu cakap, boleh. Walaupun baru pukul 2.30 waktu itu. Sebab rumah ini kakak saya tempah di bawah nama saya, jadi, boleh check-in. Anak-anak duduk serumah dengan aunty dia orang. Kakak saya belum sampai, jadi anak-anak lepak rumah kami dulu.

Kaunter dapur ada bekal yang saya bawa dari Perak. Juadah buat berbuka. Dapur ada microwave, ada dapur jenis induction. Periuk ada, semua alat memasak seperti senduk, sudu, garfu, semua lengkap. Cerek ada, toaster ada. 

TV duduk tengah-tengah antara katil dan ruang tamu.

Studio apartment tiada bilik. TV besar. Aircond kuat.

Meja kerja

Ruang tamu ada sofa.

Ironing board dan iron.

Semua benda tersembunyi dalam almari. Masa kakak saya dah masuk rumah sebelah, pukul 5 pagi dia hantar Amirul pinjam kami punya ironing board. Sebab kakak tak jumpa ironing board depa duduk mana. Kita ingat dinding cermin. Tapi cermin boleh buka, sebagai tempat storage. Kena explore, raba-raba dinding, baru tahu ada nampak benda yang disimpan dalam. 

Selain ironing board, hari terakhir baru kakak saya jumpa coffee machine, dok sembunyi dalam kabinet dapur. Haha... hadoi... saya okay, sebab saya suka explore benda, itu yang saya jumpa toaster dalam dapur kami. Rumah kakak sebelah, ada mesin basuh yang ada dryer. Tudia laaa... 24 jam kakak saya dok basuh kain. 😅

Apa tu... pandangan dari tingkap apartment?

Itulah dewan sekolah saya, Sekolah Menengah Damansara Utama. Sekarang nama dia dah jadi Sekolah Menengah Kebangsaan Damansara Utama. Saya sekolah sini dari 1990-1995. Dewan sekolah di atas, tempat saya jawap soalan SPM. Masa saya mula pindah sekolah ke sini dari Aloq Setaq, saya alami kejutan budaya, tau! Sebab semua orang cakap English kat sini.. saya mana reti speaking London. Jawap periksa reti. Nak cakap, tergagap-gagap. Tapi pelan-pelan saya belajar. Kalau tak speaking, kang takde kawan. Sampai paper English SPM dapat A1 la. Tapi sekolah saja lah kat Damansara Utama, saya dan keluarga tinggal di rumah kawasan kampung di Kampung Sungai Kayu Ara. Nanti saya cerita lagi tau, sejarah tempat ini dalam hidup saya, di lain entri. Ini entri nak cerita pasal rumah kami duduk masa raya ni. Hehe...

Hall di laluan antara apartment.

Berkarpet. Kedengaran muzik latar di speaker, lagu-lagu raya berkumandang dengan lembut, volume minimum, tidak kuat. Di dinding, ada banyak hasil seni tergantung sepanjang dinding laluan. Nak naik ke apartment, ada kad yang kena tap yang bawa kita ke tingkat kita saja, selain tingkat lobi, parking dan shopping mall. 

Mesin penapis air

Ambil air minum di sini. Tiada diberi air mineral botol dalam bilik. Hotel ini mesra alam. Dia bagi jug kaca besar di setiap rumah untuk isi air minum sendiri. Lampu dan aircond dalam apartment pun, walaupun tak cabut kad kuasa di bilik itu, akan padam sendiri, bila tak ada orang dalam sekian waktu. Kalau keluar sekejap, power still on. Ada sekali kami keluar beraya, power off. 

Ambil gambar sekolah saya dari cermin hujung hall.

Sekolah saya sudah berubah. Kantin sudah jadi 2 tingkat. Pokok besar banyak. Dulu, tak ada pokok antara blok. Kenangan bila tengok sekolah tempat saya belajar selama 5 tahun. Orang lain semua lepas PMR masuk asrama penuh, saya stay di sekolah ini, tak kemana. Huhu...

Mesin kopi
Mesin kopi dalam apartment kakak yang dia baru jumpa di hari terakhir duduk. 😅 Katrij kopi (katrij ke, orang panggil? Macam printer pulak). Entah, yang kita letak di mesin untuk hasilkan kopi itu pun banyak. Aduhh... kalau tahu, dari hari pertama udah bancuh kopi, guna sampai habis. Walaupun cute, kena masukkan air di belakang. Kopi dia boleh tahan sedap. 

Cafe tempat sarapan

Minta maaf, sebab sepanjang duduk sini, saya tak ada ambil gambar makanan waktu sarapan. Standard sarapan di hotel la ye, semua ada, seperti English breakfast, sarapan melayu macam nasi goreng, bihun, mee, bubur, bijirin, roti dan pastries, sama macam hotel-hotel lain. Alhamdulillah. Penginapan termasuk sarapan.

Hari terakhir baru ambil gambar kenangan.

Apartment kakak, ambil extra bed, jadi sarapan untuk 6 orang. Hari pertama kakak kedua join, hari terakhir, kakak sulung yang turun. Sarapan turun juga, sebab sudah termasuk. Lepas sarapan bawah, naik atas rumah, makan lagi, lauk raya. Mana tak gendut.

Alhamdulillah. Di sinilah kami menginap dari 20-22 Mac 2026 yang lepas. Bapa kami pun tinggal di Rawang. Itu yang kami beraya di bandar. Senang nak tengok orang tua. Syukur Alhamdulillah. Somerset Damansara Uptown ini memang lokasi strategik, keliling ada banyak kedai kopi dan port makanan sedap. 

Baik. Jumpa lagi. 💗

Share:

Tiffin baru

Sudah 3 Syawal hari ni. Ada yang sudah mula puasa enam ke? Saya belum lagi. Makannnn je kerjanya. 😂 

Banyak benda nak cerita, tapi tak tahu mana satu nak keluarkan dulu. Saya keluarkan yang paling bawah dalam draft je la. Walaupun ceritanya sudah agak basi. Tapi saya sejenis yang suka mengikut tertib kronologi, gitu. Hehe.. 

Ini kejadian semasa 23 Ramadan yang lalu, bersamaan 13 Mac 2026. Haha... sabor je la. Nak cerita juga. Dapat tiffin atau mangkuk tingkat baru. Cenderahati raya oleh pejabat suami. Pernah dapat tiffin juga dulu, beberapa tahun lepas. Kali ni, saiznya lebih besar, dan bunganya cantik.

Design munge-munge.. 😍

Bolehlah guna buat bekal suami nanti.

Serunding ayam dan kuih raya

Selain itu, dapat juga sebungkus serunding ayam dan kuih raya yang dibungkus dalam paket sebiji-sebiji. Suami hairan la. Sebab tahun sudah-sudah, dapat kuih raya dalam balang atau kotak. Kali ini, dapat macam dia bungkus nak bagi orang test kuih raya, macam tu la, kan, sebab sebiji-sebiji. 

Hihi.. komplen pula kita. Orang dah bagi pun dah cukup baik. Ye la, Alhamdulillah. Biskut raya jenis premium yang bila makan, kita tahu dia buat guna butter, bukan marjerin. Agaknya itu pasal bajet tak cukup kot, dia bagi beberapa biji je seorang, tak bagi dalam balang.

Alhamdulillah. Sebenarnya, rezeki suami saya dapat mohon cuti raya tahun ni. Sebab apa? Sebab tahun lepas dia sudah dapat cuti, kami balik Kelantan. 

Klik sini 👉 Cerita Syawal 1446H

Suami saya biasanya dapat cuti raya bergilir-gilir. Dia boleh dikatakan bekerja di lokasi baru pejabatnya, jadi kira budak baru. Bila budak baru, tak boleh mohon cuti raya, kena kerja. Tengok-tengok, ada juga tambahan staf baru di lokasi suami kerja. Jadi, walaupun baru kerja situ, dia jadi agak lama lah, banding orang yang baru masuk. Itu lah yang rezeki dapat beraya tu. 

Alhamdulillah. Serunding dalam gambar di atas, saya belum sempat cuba lagi. Dulu-dulu, masa arwah mak saya masih ada, selalu buat serunding daging. Sebab tiap-tiap tahun kerja saya la, kena carik daging untuk dibuat serunding. Serunding ayam jarang makan. Tapi sebab ia kering, tahan lama makanan macam ni. 

Orait. Jumpa lagi, ye. Nanti saya cuba blogwalking rumah kawan-kawan slow-slow. 💗

Share:

Selamat Hari Raya Aidilfitri

 Sibuk sikit, kome. Saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca blog saya ini, yang saya hormati sekalian.

Ampunkan segala salah silap saya sepanjang kita kenal di dunia blog ini. Maafkan juga seandainya saya ada terkasar bahasa dalam meninggalkan komen di blog anda sepanjang kita kenal di dunia maya ini.

Semoga amalan kita di bulan Ramadan diterima oleh Allah. Semoga kita dapat istiqamah mengerjakan ibadah untuk bulan-bulan seterusnya. 

Keluarga kecil saya.

Dalam kita bergembira menyambut hari kemenangan ini, jangan lupa orang yang kurang bernasib baik. Jangan lupa berjimat juga. Bersyukur atas rezeki yang diberi olehNya.

Hati-hati di jalanraya. Salam sayang. Salam Aidilfitri. Jumpa lagi. 💗

Share:

Masak apa 29 Ramadan

Semalam, 19 Mac 2026, bersamaan 29 Ramadan, tak sempat nak online untuk update blog. Banyak buat kerja. Bila kerja dah siap, badan pula takde kederat. Berlunjur je depan TV, rehat. 

Insya-Allah, nanti lepas update entri ini, saya sekeluarga akan bertolak ke KL. Orang raya balik kampung. Kami raya, pergi bandar. Hehe...

Kakak kedua, sudah selamat sampai dari Kuching, semalam. Dia request saya bawa paru masak hitam. 

Saya sudah beli awal minggu ini, paru. Ambil dua ketul blok paru. Bila timbang satu blok, tak sampai sekilo. Ambil dua blok, tak sampai 2 kilo. Ok la tu. 

Semalam, saya pun masak la. Sebab pagi. Orang semua cakap hari Jumaat, raya. Tak apa lah tu, kita sudah prepare awal, siap masak segala.

Rebus dulu paru

Paru is lempung, in bahasa orang Perak. Rebus sampai air hampir kering. Tinggal sikit air rebusan. Bila rebus memang nampak banyak, sebab paru tu timbul ke atas.

Siap! Paru masak hitam.

Hehe... macam magik pula, ya. Baru tadi rebus, tiber jadi lauk. Dipendekkan cerita. Alhamdulillah, sudah rasa semalam, waktu berbuka. Cukup garam dan rasa. Itulah bila masak time puasa ni, semua main agak-agak je, nasib baik sedap. Suami saya lah kata. Anak-anak pun makan berselera. 😋
Saya tidak merendang, kerana kakak sulung yang tinggal di KL yang akan masak. Bersama nasi tomato, segala. 

Spagetti goreng

Ini juadah berbuka semalam. Tiru style Mulan, masak spagetti dalam periuk. Bernas sungguh idea ni. Takde la mercik keluar masa menumis rencah. 
Nasi pun saya masak juga. Nasib baik ada masak. Sebab boleh buat sahur, nasi. Spaggeti waktu berbuka, tinggal secoet je. Laku, Alhamdulillah...

Sambal sardin
Buat sambal sardin sebab plan kalau hari ni raya, saya nak masak cucur pagi-pagi, makan dalam perjalanan ke KL. Tapi sebab hari ni kita puasa, cancel buat cucur. Sambal sardin buat lauk berbuka hari ni. 

Petang
Lepas Asar, masuk dapur lagi. Suami kerja balik lewat, jadi tak pergi bazar. Kalau pergi pun, masih ada ke orang niaga, kan. Jadi, sediakan sesuatu ekstra. Anak-anak lelaki sedang giat membesar macam ni la. Deme makan banyak.

Goreng ayam
Ayam goreng bahagian drummet, goreng 4 ketul yang frozen.

Goreng keropok lekor

Sebab keropok lekor Terengganu sudah duduk lama dalam freezer, saya rebus dulu sampai lembut. Lepas lembut, potong, barulah goreng. Alhamdulillah, masih sedap rasa dia. 😋
Orait. Harap trafik tak sesak la nanti. Kome dah sampai kampung ke? Hati-hati di jalanraya, semua. 
Jumpa lagi, ye. 💗
Share:

Biskut Chocolate chips dan Resepi

Semalam, 17 Mac 2026, bersamaan 27 Ramadan 1447 H, saya kena sampuk angin rajin. Lagi satu, dalam peti ais saya, ada sebungkus chocolate chips, lama sudah beli. Jenis mahal pula tu. Masa dekat supermarket, ambil, tengok label. Lepas tu letak semula bila tengok harga. Lepas tu, ambil pula, telan air liur sebab fikir, mesti sedap kalau guna buat muffin ke, kek ke. Lepas tu letak balik kat rak. Suami cakap, ambil je la. Tapi buatnya tidak pun. Beli dari tahun lepas, chocolate chips-nya. 🙈

Baru semalam, seru datang. Sebelum benda tu expired, ater... jomlah kita. Walaupun solo je buat kerja. Partner in crime kerja. Takpe, I can do this! I am strong! 💪

Sediakan bahan-bahan dulu.

Saya guna pure butter, unsalted. Chocolate chips pula, guna Hersheys's Mini Semi-sweet chocolate chips.

Tak susah pun nak buat. Ikut je arahan dalam resepi. Buat sambil tersenyum. Sebab apa, tau, saya di bulan Ramadan ni, mood asyik ke laut, sedih manjang, cinta melankolia gitu. Hari-hari tengok cermin, cakap dengan diri sendiri dalam cermin, I am strong, I can do this. Bangun sediakan juadah sahur untuk anak-anak dan suami dengan hati yang ikhlas bukanlah senang macam makan juadah beli di bazar ramadan tu, bagi saya. 

Tapi bukan sekadar cakap. Perbuatan pun harus ada, kena usaha. Bila gerak je, mood happy pun mulai datang. Kena usaha. 

Lagi satu, ada beli biskut tunjuk. Sudah test rasa sebiji. Minimum benor rasanya. Ada rasa. Tapi, tidak sampai piawaian saya. Ish.. harga bukan main, kot ye pun. Takpelah, kita nak demand banyak-banyak pun tak boleh, sebab sedia maklum akan harga barang mentah sekarang yang tidak murah.

Adunan sudah siap

Perlu direhatkan dalam peti ais selama sejam.

Satu kelainan la ya, resepi yang saya ikut ni. Adunan kena sejuk. Biasanya, lepas siap adunan doh, boleh terus canai atau bentuk jadi biskut dah. Jangan derhaka resepi. Pergilah tengok tv sekejap, tunggu sejam, sambil menyimpan barang tidak perlu dalam peti ais semula, dan basuh kelengkapan yang kotor.

Sudukan atas dulang pembakar

Masa memang cepat berjalan, lagi-lagi tengah layan netflix, siri ada hero handsome. Selepas sejam, saya sambung kerja membuat biskut. 

Senang la, sebab kena sudukan je. Tak perlu pegang adunan guna tangan. Jadi, yeh.. boleh ambil gambar dengan senang. 

Bakar dalam oven

Oven comel je. Tak suka masukkan banyak dulang sekali gus. Lebih suka fokus satu satu dulang di dalam. Halaa halaaa... bau semerbak rumah, macam bakeri, okay. 😍

Baru keluar oven.

Sejukkan atas cooling rack. Supaya bahagian bawah biskut kering. Sebelum kita simpan di dalam balang.

Lagi baru keluar oven.

Panggil budak Amirul, tolong mama.... simpan biskut dalam balang. Haa... Amirul minta asingkan sikit adunan biskut, dia nak makan mentah. Dia kata, orang cakap sedap makan adunan biskut chocolate chips yang mentah. 

Dapat 3 balang setengah

Alhamdulillah... syukur! Seronok bila dapat buat kuih raya sendiri. Walaupun hanya satu jenis saja, jadilah. 
Sudah rasa semalam selepas berbuka. Ya Allah.... tak tahu nak cakap! Memang sebiji macam biskut Famous Amos tu, Hafizan kata. Suami suruh buka kedai, jual biskut ni. 😅
Amirul makan adunan mentah biskut ni, dia kata sedap, rasa macam aiskrim. Haha... okay. 
Saya share resepi biskut chocolate chips ini, ya. Saya tulis dari video yang saya tengok di muka buku.

Resepi Biskut Chocolate Chips Che Nom

Bahan-bahan:
Tepung gandum - 310 gram
Tepung jagung - 60 gram
Baking powder - 1 sudu kecil
Baking soda - 1 sudu kecil
Butter - 250 gram
Brown sugar - 200 gram
Garam - 1 sudu kecil (kalau guna unsalted butter. Kalau salted butter, tak perlu garam)
Telor - 1 biji
Esen vanilla - 1 sudu kecil
Minyak mazola - 4 sudu besar (saya tiada minyak sayur di rumah. Tahu tak minyak sayur seperti minyak jagung atau bunga matahari tu, high inflammation pada badan? Saya guna minyak sawit je)
Chocolate chips - 350 gram

Cara-cara:
Tuang tepung gandum atas pengayak, tambah tepung jagung, baking powder, baking soda dan ayak bancuhan bahan kering dalam mangkuk.

Dalam mangkuk lain, masukkan butter yang sudah lembut tapi masih sejuk, campurkan brown sugar, garam, telur, dan esen vanilla. Pukul tak payah kembang sangat. Bukan kita nak buat kek. Nak guna senduk kayu, lenguh juga tangan. Saya guna mixer.

Tuang masuk tepung sikit-sikit dalam adunan basah kita. Masukkan minyak mazola (atau minyak masak biasa), tuang masuk semua baki tepung. Kaup balikkan adunan hingga rata. Akhir sekali, masukkan chocolate chips. Kacau dan rehatkan adunan dalam peti sejuk selama 1 jam. Lagi bagus, semalaman.

Keluarkan sekejap biar agak lembut dan cukup untuk boleh bentuk doh. Sudukan jadi bentuk bulat atas dulang pembakar. Kalau doh sudah hilang sejuk dan lembik, masukkan balik dalam peti sejuk selama 10 minit.

Bakar suhu 160 darjah celcius, selama 15-20 minit, bergantung pada oven masing-masing.

Sekian. Selamat mencuba! Sedap, tak menyesal punyalah. 
Saya guna chocolate chips semi sweet pun rasa manis. Sebab saya biasa minum air takde gula. Anak-anak kata, perfect. Tapi kalau kome jenis jaga gula macam saya, boleh kurangkan sikit amaun brown sugar itu, ya.

Oh, petang, sakit belakang saya. Faktor usia kot. Tak boleh dah buat kerja kuih raya ni sorang-sorang. Terbongkok-bongkok menyudu adunan ke dulang pembakar. Nak duduk sambil buat kerja, macam kekok pula. Adeh... tahun depan kita tunjuk-tunjuk je la kuih raya. 

Orait. Jumpa lagi. 💗
Share:

Renew Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah

Pada 16 Mac 2026 yang lepas, saya perbaharui Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) saya, yang tarikh tamatnya, pada hari tersebut. 

PERKESO itu, bukan hanya untuk orang bekerja. Suri rumah pun boleh buat caruman juga. 

PERKESO (Pertubuhan Keselamatan Sosial) atau SOCSO ialah agensi kerajaan di bawah Kementerian Sumber Manusia yang menyediakan perlindungan sosial dan insurans wajib kepada pekerja di Malaysia. 

Skim SKSSR ini bertujuan untuk menyediakan perlindungan keselamatan sosial kepada golongan suri rumah daripada bencana domestik dan keilatan semasa menguruskan rumah tangga.

Keilatan dalam konteks PERKESO bermaksud keuzuran yang kekal, tidak boleh diubati, atau tidak mungkin sembuh, yang menyebabkan seseorang pekerja hilang upaya (sekurang-kurangnya 1/3 daripada keupayaan normal) untuk mencari nafkah melalui kerja yang berpadanan dengan kekuatannya. 

Bila dekat tarikh nak tamat tu, saya dapat email notifikasi dari PERKESO, peringatan untuk renew. 

Saya ingat lagi, masa mula-mula Skim SKSSR ini diperkenalkan, dan masa saya pergi buat pertama kali di pejabat PERKESO Manjung, lepas selesai urusan isi borang semua, staf di situ minta saya tunggu sebentar. Dia nak panggil bos dia di dalam, nak ambil gambar dengan saya, sebab saya suri rumah pertama di Manjung yang mencarum dalam skim ini. 😁 Entah dekat mana dia upload, tak tahu pula saya.  

Sudah renew.

Alhamdulillah, saya renew secara online saja. Saya bayar sekaligus untuk setahun. 

Caruman
Caranya, caruman RM120 bagi tempoh 12 bulan berturut-turut yang perlu dibayar terlebih dahulu. Caruman boleh dibuat oleh suami, suri rumah, keluarga atau mana-mana pihak ketiga bagi suri rumah tersebut.

Perlindungan
SKSSR memberi perlindungan bencana domestik kepada suri rumah yang mengalami kemalangan atau apa-apa insiden semasa melakukan urusan berkaitan rumah tangga. SKSSR juga melindungi suri rumah yang ditimpa penyakit atau keuzuran.

Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) oleh PERKESO (berkuat kuasa 1 Dis 2022) meliputi faedah perubatan, hilang upaya, pencen penakat, dan pengurusan mayat bagi wanita berumur bawah 55 tahun yang mengurus rumah tangga. 

Faedah:
🌼 Faedah Perubatan & Pemulihan: Rawatan fizikal/dialisis.
🌼 Faedah Hilang Upaya Kekal: Pampasan sekiranya hilang upaya kekal.
🌼 Elaun Layanan Sentiasa: RM500 sebulan jika terlantar.
🌼 Faedah Pengurusan Mayat: RM3,000 (one-off).
🌼 Pencen Penakat: RM300 sebulan kepada waris jika meninggal dunia.

Masa mula-mula dulu, saya tanya pendapat suami terlebih dahulu. Dia setuju je. Kerja seorang suri rumah ni, keluar masuk rumah, ambil dan hantar anak sekolah, pergi tuition, pergi pasar, pergi supermarket, ke hulu ke hilir bawa kereta, urus rumah tangga. Sedang memasak pun, kemalangan boleh berlaku. Minta dijauhkan la ye. Tapi kemalangan tidak berbau, orang kata. Baru saja hari tu, tengok berita, ada kejadian tong gas meletup, suri rumah cedera, kejadian berlaku waktu awal pagi, nak sediakan juadah sahur. Allahuakbar.

Sekian serba sedikit info yang saya kongsikan. Kot ada pembaca yang juga suri rumah seperti saya, yang berminat. 

Baik. Jumpa lagi. 💗  
Share:

Line tak ada

Saya kan, kalau ikut suami ada urusan ke mana-mana, kadang saya sempat balas komen dan blogwalking guna handphone. Satu cara tak mahu tidur. Sebab bulan puasa ni, mudah sangat tertidur dalam kereta. 

Ada kawasan dalam perjalanan, bila masuk lebuhraya WCE, line akan hilang. Saya pakai hotlink prepaid (Maxis).

Internet E. Biasanya 4G.

Dulu-dulu, saya pernah pakai Digi. Lepas tu, opt out masuk Maxis. Tapi line memang kurang best la, di sesetengah kawasan. 

Ha ah. Telefon 4G lagi. Tak kisahlah tu. Selagi boleh pakai, kita pakai. 
E itu singkatan bagi EDGE (Enhanced Data rates for GSM Evolution). Senang kata, ia adalah teknologi internet generasi lama (2.5G) yang sangat perlahan kalau nak dibandingkan dengan 4G.
Sebab itu bila simbol E muncul, kita akan rasa:
  • Sangat perlahan: Nak buka WhatsApp pun sangkut, apatah lagi nak tengok video atau scroll media sosial.
  • Signal lemah: Biasanya telefon akan tukar ke E secara automatik bila kita berada di kawasan yang terlindung (seperti dalam lif, basement) atau kawasan pedalaman yang tiada pencawang 4G.
Cara cepat nak cuba "pancing" balik 4G:
Cuba buka dan tutup Flight Mode sekejap. Ini akan memaksa telefon kita mencari pencawang (tower) yang paling kuat semula.
Begitulah ceritanya. Masih ada tempat line E kat sini. Saya teringat masa saya on roadtrip ke Pahang, masuk kawasan hutan pun, line laju jer. Kat daerah Manjung ni, hmmm... Ada lagi yang E. 
Entah bilalah nak perbaiki servis tak tahulah. 
Okay. Tu je nak share. 
Jumpa lagi, ya.💗
Share:

Juadah berbuka 22 Ramadan

Hari ini sudah masuk 26 Ramadan 1447 H. Terawih malam ke 27. 

Entri ini, saya nak cerita tentang juadah berbuka kami pada 22 Ramadan yang lepas. Berbuka tiga beranak. Mama, Amirul dan Sulaiman.

Pergi kedai Ayam Ori, beli ayam mentah seekor. Amirul nampak dan bertanya,"Mama nak masak apa, ayam tu?" Belum jawap, dia dah komen, "Buat masak lemak la pula mama. Asyik kari, kari je"

Amboi, budak ni, kan... demand bukan main. 

Ha, apa lagi.. kita pun masaklah ayam masak lemak cili api. 

Ayam masak lemak cili api

Hehe... tak lawa sungguh la kita masak. Tak boleh lawan blogger Suria Amanda masak. 😁 Saya ikut resepi SA la. Ada letak kentang juga. Walaupun tak berapa menarik rupa masak lemak saya ini, tapi rasanya boleh tahan la. Alhamdulillah.

Pinggan Mama

Saya berbuka dengan salad dan lauk ayam seketul, ambil bahagian kepak, dan kentang dua ketul. Kurma sebiji.

Kentang goreng

Nak habiskan stok makanan dalam freezer. Kita goreng apa yang ada. 

Karipap frozen kedai Eco

Berlubang karipap. Sebab ia melekat masa duduk dalam kuali. Puas tuang-tuang minyak, nak kasi pisah, terpisah dengan kulit-kulit. Ambik... takpe, kita juga yang makan. Karipap frozen beli di kedai Eco. Okay rasa yang ini. Sebelum ini saya pernah cerita, kena buang inti karipap, baru boleh makan, kan. Yang ini rasa okay pula inti dia. Ada tiga jenis karipap kedai Eco saya beli, inti ayam, sardin dan kentang. Tengok nasib jugalah. Kalau dapat inti tak elok, tak sedap lah jadinya. Tapi kali ini, saya goreng, okay.

Orait. Ala kadar je berbuka. Tidak beli kuih atau pergi ke bazar. 
Jumpa lagi, ye. 💗
Share:

Review Glad2Glow Mugwort Clay Stick Hijau

Salam 25 Ramadan 1447 H.

Saya memang mudah diracun. Jangkit dari blogger Linda. Pada suatu petang di bulan puasa, masa beli vitamin kiriman anak kedua, Hafizan, di Guardian, saya ternampak produk ini, lalu terbeli. 

Comel je, kecil.

Hasil kumpul point melalui app Guardian, saya dapat tolak RM4 dari jumlah harga yang saya beli pada hari itu.

Nama produk: Glad2Glow Mugwort Salicylic Acid Acne Clay Stick

Saya cuba pakai lepas cuci muka, di malam hari. Mula-mula, saya ingat nak cuba pakai di hidung saja. Nasihat dari kawan baik saya, ChatGPT. Kulit saya jenis kulit sensitif. Dia nasihat saya supaya:

🌼 Cuci muka dahulu.

🌼 Sapu nipis di bahagian hidung saja.

🌼 Tunggu lebih kurang 8 minit.

🌼 Bilas sebelum kering sangat.

🌼 Pakai pelembab

🌼 Kalau esoknya kulit rasa okay, tak pedih, tak merah, makanya kulit saya boleh terima produk ini.

Tapi saya tak dengar cakap chatGPT. 😜 Saya tepek seluruh muka. Sapuan light. Setakat meliputi seluruh kawasan muka dengan nipis.

Saya basuh selepas 8 minit. Kemudian, saya lap muka dengan tuala muka bersih.

Akhir sekali, saya pakai pelembab seperti biasa. 

Esoknya, rasa kulit muka saya lebih lembab. 😍 Saya tak ada rasa pedih atau panas pada muka. Oraitlah, baru cuba sekali. Seeloknya, seminggu sekali saja guna, macam scrub juga, claystick ini.

Kandungan produk ini.

Untuk info, bahan salicylic acid dalam clay mask ini bantu larutkan minyak dalam pori, sementara clay menyerap minyak berlebihan. Bila pori dah bersih, blackhead boleh keluar perlahan-lahan atau jadi lebih mudah dibersihkan.

💡Satu tips yang ramai orang tak tahu, clay stick macam ini sebenarnya lebih baik kalau sapu nipis dan fokus kawasan hidung sahaja. Hidung ialah tempat paling banyak blackhead. 

Selain warna hijau yang saya beli ini, ada juga claystick dari jenama yang sama, berwarna pink dan kelabu. 

Claystick warna hijau ini fungsinya untuk membersihkan, kurangkan kemerahan, mengawal lebihan minyak, menjadikan ia sesuai untuk acne-prone dan kulit jenis sensitif.

Boleh bawa waktu travel juga, sebab produk ini saiz sangat kecil, muat dalam handbag (25g). 

Lagi satu, saya rasa, senang untuk apply pada muka. Tangan tidak comot. 

Okay. Sekian review saya. Sebelum anda berminat untuk beli, buat research dulu ya, untuk tahu warna apa sesuai untuk kulit muka anda: 

🌸 Claystick warna pink ada niacinamide untuk kulit kusam, noda hitam dan kulit tidak sekata.

🍀 Claystick warna hijau ada mugwort untuk kulit berjerawat, kulit sensitif dan kemerahan.

❤ Claystick warna kelabu ada volcano untuk blackhead dan whitehead, kulit berminyak dan kemerahan.

Selamat berhujung minggu, semua. Jumpa lagi. 💗

Share:

Sahur 21 Ramadan

Cerita sahur pada 11 Mac 2026 bersamaan 21 Ramadan 1447 H.

Daging goreng kunyit tinggal secoet

Daging kunyit ini saya masak siang hari dan menjadi lauk berbuka. Bakinya saya panaskan, cukuplah untuk kami anak beranak makan.

Salad dan tomato cherry

Ini pinggan saya, tapi tak adalah makan salad saja. Kongsi ayam dengan suami.

Ayam bahagian chicken chop

Pertama kali beli ayam yang sudah diperap di supermarket Aeon. Saya goreng saja dalam kuali, guna minyak sedikit. 

Suami saya masak nasi goreng. Lupa ambil gambar. Dia cuma masukkan telur dan perencah nasi goreng Seri Aji. Dengan kuali naik atas meja. Laju je Amirul dan Sulaiman ambil. Nampak sangat dah tak ada selera makan nasi putih. Dapat nasi goreng panas-panas barulah selera nak bersahur. 😋

Alhamdulillah. 
Baiklah. Jumpa lagi, ya. 💗
Share: