Ayam bakar dan sambal
Ada separuh ekor ayam sudah bawa keluar dari freezer dan sedia untuk dimasak.
Saya ada terbaca orang bakar ayam guna perencah nasi goreng Adabi. Nampak macam sedap, oleh itu hari tu pi kedai, saya pun beli la perencah nasi goreng tu.
![]() |
| Saya guna 2 paket, untuk separuh ayam. |
![]() |
| Lumurkan perencah nasi goreng Adabi pada ayam. |
Perap lebih kurang 1 jam.
![]() |
| Saya bakar dalam oven. |
Bakar guna air fryer pun boleh, terpulang.
![]() |
| Sudah siap! Ayam bakar perencah nasi goreng Adabi. |
Selain tu, saya masak sambal. Inspirasi dari sambal Cuya.
Cili hijau takde, saya guna cili merah.
Jadilah, lauk buka puasa hari ni, ayam bakar dan sambal ikan bilis.
Baik, kerja semua dah siap, barulah boleh terbongkang depan tv. 💗






Hi Tot, hihi.. rindunya kat coretan awk. Sedap tak ayam bakar perencah nasi goreng adabi tu?
BalasPadamYe ke? Patut bulu mata saya selalu jatuh.
PadamBoleh la, SK, rasa dia. Kalau tambah madu, lagi sedap kot. Atau saya yang tak reti bakor ayam.
Ngam sangat ni…ayam bakar dan sambal tumis.
BalasPadamBanyak ayam bakarnya tu, memang tak muat kalau nak guna AF.
Kena banyak trip la, bakor, kalau takde oven, kan.
PadamFuh! Ada kredit untuk Cuya tu!
BalasPadamHaruslah, uncle. Hihihi...
PadamApa rasanya? Nak juga try kalau sedap :)
BalasPadamOk rasanya, PH. Waktu bakor, wangi satu rumah macam bau nasi goreng. Hihi..
PadamSedap ke letak perapan perencah nadi goreng Adabi?
BalasPadamSayapun suka ayam dibakar. Lama tidak buat.
Boleh tahan la, Na, rasanya. Sebab senang nak masak, kan, ayam bakor. Masuk oven, boleh tinggal.
Padamada pernh tgk gk org share perap ayam guna perencah nasi goreng tu tp tk pernh cuba
BalasPadamSila la cuba, mama tisya. :)
PadamSi mcm mna rasa ayam bakar dgn perencah tu... Nk cuba juga lah :D
BalasPadamBoleh tahan sedap, encik Pengembara Masa. :D
PadamSila, sila.
Oh ada 2 pek lagi perencah nasi goreng ni kat rumah tp ntahlah masih elok atau tak. Cuba buat nasi goreng guna perencah tp hmmm mcm tak kene jendgn tekak
BalasPadamSama la, baik potong bawang buat perencah sendiri, lagi sedap nasi goreng, kan? Hehe..
PadamHarusmya memang sedaap 😍😍😍. Terbayang pula wanginya sampai sini kak 😄
BalasPadamWah... hi Fanny! Long time no see. ^_^
Padam