Rutin setiap 6 bulan

 Sibuk sikit hari ni. Update blog pun lambat. Tak sempat lagi nak balas komen anda dan blogwalking. Maaf ye. 

Ada temujanji doktor di hospital hari ni. Pada minggu lepas, saya sudah ke hospital untuk ambil darah. Hari ni, jumpa doktor untuk ambil keputusan darah.

Pejam celik, pejam celik, sudah 9 tahun saya jalani pembedahan total thyroidectomy (buang kedua belah kalenjar tiroid).

Keputusan darah saya cantik, syukur Alhamdulillah. Keputusan hormon TSH dan T4 normal. Bacaan kalsium pun okay. Alhamdulillah. 

Doktor suruh saya timbang berat sekali. 58 kg! Heee... suka, suka. 😍

Saya harus kekalkan makan ubat, dos yang sama. Tiada perubahan. Maintain je. 

Jumpa doktor semula selepas 6 bulan.


Ambil ubat. Bayaran jumpa doktor RM1 sahaja. Sebelum ni, di SOPD (Klinik Pakar Hospital), bayaran RM5.

Temujanji pukul 2 petang. Tapi saya pukul 2.20 baru ambil nombor. Lewat sikit. Selesai urusan hospital pukul 4 petang.

Syukur atas nikmat sihat yang Allah beri. Benda yang paling mahal dalam dunia, sihat. 

Balik rumah, ada bungkusan. Hafizan beli mesin timbang digital. Di rumah kami, mesin timbang jenis lama. Tapi masih berfungsi dengan baik. Hafizan nak bawa mesin timbang ni di poli. Esok kena hantar di Ipoh,  sebab Hafizan tak balik minggu ni. Menjawap soalan SK, Hafizan di Politeknik Ungku Omar, Ipoh, sekolah lama Iman. 😁 Pertama kali dia puasa jauh dari family. Eh, jauh juga la, walaupun satu Perak. Bagi saya, mana-mana lokasi yang jarak 2 marhalah dan boleh solat jamak, jauh ler tu. Hihi..


Kena test mesin timbang Hafizan sebab nak review Shopee.

Esok pun ada urusan juga, nanti bila sudah free sikit, baru dapat blogwalking ke rumah kawan-kawan ye. 

Jumpa lagi. 💗

Catat Ulasan

26 Ulasan

  1. Semoga sihat selalu. Rajin review Shopee.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin. Terima kasih, Bola Katok.
      Sebab dapat point bila review barang di shopee. :D

      Padam
  2. Alhamdulillah result cantik 🤲🏻
    Bulan puasa ni confident sikit nak timbang berat pun hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi.. semoga semakin kurang hendaknya.

      Padam
  3. alhamdulillah...sihat-sihat selalu ye kak

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah...semoga diberikan kesihatan untuk beribadah...

    BalasPadam
  5. Wah, bakal alumni PUO la nanti sama macam Iman. Memang jaga badan ni, siap beli mesin timbang. Jealous betullah kita tengok orang berat angka tak sampai 60kg ni, hahaha. Semoga kesihatan Nur baik2 sahaja, makan ubat ikut aturan okay.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi... Sk pun boleh juga. Berusaha!
      Baik, Insya-Allah. Amin... terima kasih, SK.

      Padam
  6. waahhhh berat 58 bestnya! moga terus sihat ye kak aminnnn

    BalasPadam
  7. Result cun tu sebab patuh arahan doktor... tahniah

    BalasPadam
  8. smoga kita dikurniakan kesihatan yg baik...

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah keputusan cantik. Harap berterusan begitu. Amin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aminnn... Tu yang kena jaga makan dan bersenam tu. Saya cuba, Insya-Allah.

      Padam
  10. Alhamdulillah hasil tes bagus ya kak. Tinggal maintain saja. Berat badan pun makin terjaga 👍

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, Fanny. Harap berat badan akak turun lagi, hihi..

      Padam
  11. Alhamdulillah moga berterusan sihat nya.

    BalasPadam
  12. Dah hampir setahun cuba nak capai berat camni hmmmm

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insya-Allah, boleh tu, Ammi. Ammi kerja, banyak jalan, banyak bakar kalori. Cuma perlu pastikan makanan yang masuk tidak lebih dari kalori yang dibakar. Saya tengok video seorang nutrionist ni, dia kata bulan puasa by default, berat boleh turun. Kalau berat tak turun, sila kurangkan pengambilan gula (yang nampak dan yang tersembunyi) dan product based on tepung seperti kuih, kek, kerepek, dll. You can do it, Ammi.

      Padam