Esok, umat Islam di Malaysia sudah mula berpuasa. Untuk menambah semangat masak untuk berbuka dan sahur, marilah saya kongsikan menu apa yang saya masak di rumah, semenjak dua menjak ni. Mana tahu, kot boleh dijadikan idea memasak. Ok, jom.
Masakan pada 17 Februari lepas. Ini adalah kari ikan errr.., tak pasti ikan apa. Kalau uncle gedek tak kenal banyak sayur, saya pula jenis tak kenal banyak ikan kalau pergi pasar. Pakai beli je. Ini, ikan besar yang dipotong siap. Kalau tak ikan tenggiri, ikan merah. Sebab saya ada tanya penjual ikan tu, tapi saya terlupa dia jawap apa. Antara 2 ikan tu la. 🙈 Short term memory lost. Benda baru boleh lupa. Benda lama long time ago zaman kecil, boleh ingat.
Untuk info pembaca, saya jarang sekali masak kari ikan. Dalam 20 kali masak kari, sekali je saya masak kari ikan. Sedap juga kari ikan yang saya masak ni (mesti masuk bakul angkat sendiri, sebab takde orang yang hargai, kita kena motivasi diri sendiri, huk huk).
Bila masak kari ikan, saya akan teringat arwah Wan Nor, kakak arwah mama saya. Dulu, masa zaman sekolah rendah, saya pernah tinggal di Alor Setar, Kedah. Wan Nor ni, suka sangat masak kari ikan. Dia tak pakai rempah kari. Dia giling rempah ratus sendiri, untuk masak kari. Hebat, kan. Batu giling tu, anda reti guna tak? Saya tak pandai, betul. Perlu skill tau, nak proses benda guna batu giling. Bukan lesung batu tu, senang je, ko tumbuk-tumbuk, dah jadi. Haa... lepas tu kan, kari ikan dia, sedap gila, tau! Bila saya balik sekolah lalu depan rumah Wan Nor, Wan Nor akan panggil saya,"Uiiii... Yati, meh singgah amik lauk". Heee... nasib baik saya tak speed naik basikal. Sempat brek, dan konar masuk rumah Wan Nor.
The best kari ever la! Tak rasa lagi dah kari macam arwah Wan Nor buat. Cicah roti, boleh habis setengah buku roti, tau. Peh.... Alfatihah (dibaca) untuk arwah Wan Nor.
Kita ke masakan seterusnya...
Pada 19 Februari, saya masak kuetiau goreng. Kosong je. Tak menarik langsung rupanya. Biasalah, kalau masak untuk anak, saya tak letak kucai dan taugeh. Cuma letak fishcake dan pecah telur. Tapi Sulaiman suka kuetiau macam ni. Lagi-lagi kalau saya buat pedas.
Pada 20 Februari lepas pula, saya ada kutip sayur sikit.
Sayur bok choy tanam sendiri, dan ada 2 biji cili padi kecil, sudah boleh dipetik. Boleh la buat lauk dalam nasi goreng.
Ada secoet je pun nasi dalam peti ais. Tapi tetap masak nasi goreng. Itu pun, 2 kali makan, buat sarapan dan tengahari.
Keesokan harinya, 21 Februari, ternampak ada satu keping roti canai frozen dalam freezer.
Berapa lama punya roti canai frozen, tinggal sekeping je. Saya beli di Pasar Sabtu Bota, sebelum pergi umrah lagi. Panaskan kari ikan yang dimasak 2-3 hari sebelumnya, dan buat sarapan. Sedap juga. Alhamdulillah.
Minggu lepas banyak buat wrap untuk Sulaiman, sarapan sebelum dia pergi sekolah.
Boleh dikatakan, hari-hari masak wrap untuk dia. Hitam pula wrap saya masak di atas. Saya ada tulis resepi wrap versi Tot, di entri ini. Senang nak masak, dan cepat siap.
Pada 24 Februari, ada masak nasi goreng untuk sarapan.
Nasi goreng simple je, letak sosej, telur dan kicap.
Hari yang sama, ada pergi pasar, beli bahan mentah.
Saya masak sotong hitam. Lauk kegemaran saya, sedari kecil. 😋 Malangnya, anak-anak kurang suka. Jadi, saya dan suami je yang makan lauk ni.
Keesokan harinya, masak nasi goreng juga.
Banyak nasi kali ni. Bukan setakat sarapan, membawa ke makan tengahari terus.
Pada 26 Februari, masak ayam pula.
Masak ayam goreng cabai.
Hari yang sama waktu pagi, ada kutip sayur tanam sendiri.
Campur-campur, ada bak choy, kailan dan sawi kontot yang pembesaran terbantut.
Masak sayur simple-simple je.
Tumis bawang merah dan putih, pecah telur 2 biji, dan masukkan sayur. Letak minyak bijan sikit, lada putih dan serbuk perasa.
Jadilah, lauk sayur.
Bila masak di rumah, boleh la makan style suku suku separuh. Itu yang berat turun bawah 60kg tu. Kurangkan portion nasi ke segenggam sahaja.
Keesokan harinya, 27 Februari, masak spagetti goreng.
Masak macam buat mee goreng.
Semalam tak masak, sebab pergi Ipoh, hantar barang pada Hafizan di poli.
Hari ni, masak lauk untuk sahur nanti.
Ikan keli sambal hijau. Pagi tadi, ada pergi Pasar Sabtu Bota. Banyak beli sayur dan ulam-ulaman.
Banyaknya gambar makanan dalam entri ini.
Jangan lupa baca niat puasa. Selamat berterawih dan berpuasa kepada semua pembaca sekalian. Semoga kita dapat cuba lebih baik dalam membanyakkan amalan kita di bulan ramadan yang mulia ini. Cuba untuk buat lebih baik dari tahun lepas, ok.
Selamat menyambut ramadan, semua... jumpa lagi, ye. 💗