Semalam buka puasa 3 beranak je. Saya, Amirul dan Sulaiman. Suami hantar Hafizan balik Ipoh.
Meh tengok makan apa, berbuka semalam, iaitu 15 Ramadan.
Saya makan 2 biji telur rebus yang diletak kicap dan lada sulah.
Suami sebelum pergi Ipoh, telah keluar belikan roti john seorang satu. Beli di gerai burger dekat rumah je. Dah biasa beli burger situ. Semasa ramadan, sebelum maghrib dia jual roti john. Lepas berbuka, dia jual burger seperti biasa.
![]() |
Menu roti john Conqueror Burger |
Untuk mama, roti john kambing. Manakala untuk Sulaiman dan Amirul, roti john cheezy crispy sebiji seorang. Kenyang makan roti john dia.
Sedap, roti john kambing. Alhamdulillah. Pertama kali beli.
💙💚💛💜💗
Itu cerita semalam, seterusnya, menu berbuka hari ni pula. Saya dah siap masak dah, dengan bantuan suami. Masak awal, supaya suami boleh bawa bekal juadah berbuka di ofis-nya. Jom, tengok hari ni masak apa.
Sayur kobis, tomato dan kek ikan, pecah telur. Seterusnya...
Paru goreng berlada. Orang Perak panggil paru tu, lempong.
Ini pertama kali saya masak. Saja, cuba resepi baru. Kalau bulan tak puasa, suka makan nasi lemak sambal paru. Tapi orang nasi lemak tu tak niaga bulan puasa. Jadi, saya pun buatlah. Harap sedap.
Dan juga ayam goreng. Alhamdulillah. Lega, dah siap masak awal. Boleh rehat waktu petang.
Masak sambil dengar radio. Bawa turun dari dalam bilik. Sebab lagu raya dah keluar. Radio peninggalan arwah mama. Lagu raya Siti dah keluar, lagi lagu Ramlah Ram, dan lagu 4U2C. Itu je yang sempat dengar. Tak berapa kerap sangat lagu raya dimainkan.
Bila lagu raya dah dimainkan, ada rasa macam errr... persiapan raya dah siap ke? Kuih raya satu apa pun takde lagi ni. Sulaiman seorang takde baju raya. Kalau pakai tahun lepas punya baju, dia muat lagi tak? Hari tu pergi bazar raya bawa Sulaiman, tapi dia tak mau kurta raya. Nak buat kuih raya ke tak tahun ni? Macam-macam pikio.
Selesai masak, Hafizan wassap beritahu ada tembak menembak di Politeknik Ungku Omar (PUO). Dia share video, tapi saya tak share la di sini ye. Sebab pelajar semua tak tahu menahu itu adalah drill atau latihan pengurusan dan pengendalian krisis keganasan pasukan komando. Mula-mula dia cakap puo kena rompak je, sebab dengar bunyi tembakan. Dia orang diarahkan turun ke courtyard, dari kelas. Lepas tu Hafizan ada share gambar dan video orang yang pegang rifle tu. Ada je pelajar yang sempat ambil gambar. Suami dah syak itu drill, sebab pakaian orang tu. Lagi pun kalau dia nak tembak, awal-awal lagi dah boleh tembak pelajar. Lepas tu, pelajar-pelajar diarahkan balik ke dorm. Menakutkan la, pada budak-budak yang tak tahu yang ini adalah drill. Selang beberapa ketika, bila dah masuk dorm, baru diberitahu yang ia cuma latihan. Ada seorang pelajar lompat dari tingkat 1 sebab panik. Tak tahu camana keadaan pelajar tersebut. Hafizan mula-mula tu, dia cakap dia nak lari keluar puo ke masjid, tapi kami cakap, stay dengan kelas beramai-ramai, apa-apa pun jadi. Ada laporan sidang media dikeluarkan oleh ibupejabat polis, nanti tengok keluar dalam berita ke tak.
Huuu... Isnin yang produktif siap masak awal tapi mendebarkan.
Jumpa lagi, ye. 💗
Puasa Ramadan ni belum lagi pekena roti John.. Kalau ada masa balik nanti, nak cari roti John la. Macam sedap je.
ReplyDeleteSedap, roti john. Lagi-lagi kalau orang niaga tu tak kedekut inti.
Deletekita yang jauh ni pun time dengar berita ada tembak menembak tu pun dah berdebar kak...apatah lagi anak2 kat sana
ReplyDeleteBetul. Dalam video anak share, dah macam situasi dalam movie sekolah kat US yang kena tembak rambang oleh shooter. Ada student perempuan menjerit, berlari-lari selamatkan diri.
DeleteSeronok masak awal, petang² bole rehat
ReplyDeleteSy lambat pula masak hari ni sbb anak² cuti sempena Nuzul Quran esok.
Seronok bila anak-anak cuti, kan PH.
DeleteYa Allah, siap lompat dari tingkat 1 tu kesiannya. Masa Iman belajar sana tak sempat kot nak ada shot drill ni. Tak pernah pulak dia cerita. Sedapnya sambal paru, kita geng la suka makan dgn nasi lemak. Roti John pun favourite juga.
ReplyDeleteItu la, kesian budak tu, dengor kabor patah kaki.
DeleteSedap, kan, sambal paru.
Paru tu sedapnya...favourite sangat2...tapi mengenangkan kolestrol tggi...kita postpone...
ReplyDeleteOh, gitu. Saya tak tahu pun paru tu, kolestrol tinggi. Tapi dia masih real food. Itu yang saya makan. Daripada makan benda proses dan kuih, itu lagi tak elok kot. (tertengok video doktor Mani)
DeleteOh? Macam mana uncle boleh terlepas cerita kat PUO tu...?
ReplyDeleteJap nak gugel...
Keluar news semalam, uncle. Kat online pun, semua paper online ada.
DeleteNampak sedap roti tu. Penuh filling. Tapi kenapa dipanggil John? Ada rupa Mat Saleh ke? 😁
ReplyDeleteStudent tak dimaklumkan ke sebelum tu akan ada drill? Risau.
Itu la pasal. Akak pun musykil juga mana dapat nama roti john.
DeleteTak, budak-budak dan staf ramai yang tak tahu. Segelintir je yang tahu, nak simulasi betul-betul, katanya. Naya la... awat la pi pilih lokasi situ.
Kampung Cie pun panggil paru tu lempong. Mula2 taktau apa. Lama2 baru tau. Dah biasa panggil paru.
ReplyDeleteHa, orang lama je yang panggil lempong ni. Orang muda sekarang tak tahu.
DeleteOh, paru tu lempong ke? semalam masa otw pegi keja dh dgr lagu raya.. mcm eh, dah nak raya dh ke?? sedihh
ReplyDeleteYe, Kakmim.
DeleteKan.. cepat betul masa tu.
Wah! sorang satu ya bapaknya belikan roti john hehehee...
ReplyDeleteIalah yang drill tu Mrs. A ada tengok dalam berita. Lain macam drill cara komando
Hehe.. sebab tak makan nasi.
DeleteBetul. Seram la, dengar bunyi tembakan, bagai. Dah macam insiden tembakan rambang sekolah kat US pulak.
Tak pastilah apa masalahnya, setiap kali Mrs. A nak follow blog ni dia appear failed to follow
ReplyDeleteMungkin sebab Mrs. A dah sampai limit blog yang telah difollow. Mrs. A harus check semula di Reading List blogger tu, unfollow blog yang sudah tidak aktif, dan bolehlah cuba semula follow ye.
Deletetk de terbaca news psl PUO tu...kalo klate paru panggil pelepong
ReplyDeleteMasa hari kejadian je ada. Lepas tu, keesokannya, dalam berita tv1, menteri ada jawap tentang ops kurung kerana ada melibatkan kecederaan.
DeleteUit, lebih kurang je ye, bunyinya. Klate, pelepong. Perak, lempong.
Ye kan kecoh gak haritu, latihan je rupanya. Tp mmglah gelabah kalau ada bunyi tembakan gitu
ReplyDeleteBetul. Lagi satu, sebab ramai yang tak tahu. Dari student sampai lecturers, ramai yang kurang suka, baca dari komen page PDRM di mukabuku.
DeleteRasa macam dah lama plak x buat paru balado..kena carik paru la macam ni
ReplyDeleteHihi.. sila, sila, SA.
Delete