Wednesday, March 5, 2025

Bunga dan buka puasa 3 Ramadan

 Assalamualaikum...

Harap pembaca semua sihat-sihat dan ceria.

Pagi tadi, seperti biasa, tengok pokok. Tanah dalam beberapa pasu kering langsung. Memang kena siram pokok hari-hari. Sini memang tak hujan. Panas membahang. Itu yang saya malas nak keluar rumah pergi pasar ramadan tu. Baik masak apa yang ada je.

Semalam sudah kongsi gambar bunga ros kuning. Hari ni, up lagi gambar ros kuning ni. Semalam tak berapa nak kembang.


Kalau ros merah bermakna cinta dan sayang, ros kuning maksud apa?

Ros kuning melambangkan persahabatan dan persaudaraan.

Nanti saya nak cari benih bunga ros warna lain pula. Kalau dapat yang warna peach, cantik juga, kan?

Boleh nampak dalam gambar di atas, ada kulit telur atas tanah. Itulah baja yang saya guna untuk pokok ros saya. Selain kulit telur, kadang bila rajin, ada siram dengan air basuhan beras juga.

Ada satu pasu bunga matahari, sudah kembang juga. 


Tengok tu, pagi-pagi, dia mengadap arah matahari naik. Saya perasan, pokok sihat je yang mengadap matahari ni. Ada pokok lain yang ada bena putih tu, atau ada yang renek je pembesarannya macam terbantut, yang itu, dia suka mengadap ke depan je, bukan arah matahari.

Suka la tengok pokok bunga warna terang dan ceria ni. Haruslah tambah lagi pokok bunga warna-warni di halaman rumah.

Cerita juadah berbuka semalam, iaitu 3 Ramadan pula.

Sebagai lauk tambahan kepada ayam goreng cabai yang saya cerita dalam entri ini, saya ada masak sayur campur.


Juga, goreng ayam beberapa ketul.


Juadah berbuka saya

Alhamdulillah. Ada sambal garing bilis, selera sikit makan. Hari ni, saya tak masak lagi. Ingat nanti petang, nak goreng telur je kot. 

Semalam Sulaiman pergi survey pasar ramadan di Seri Manjung. Dia pergi naik motor. Lokasi asal adalah di pasar basah manjung, tapi sebab tempat tu ada kerja naik taraf, pasar ramadan sudah ditukar di belakang stesen bas Manjung. Tanya dia, kenapa tak pergi pasar ramadan lebih luas, dia kata jalan sesak sangat. Satu lagi yang saya suka pergi tahun lepas, yang lokasi di stadium MPM. Situ memang panjang sikit, pasar ramadannya. Tapi sesak, Sulaiman cakap. Tudiaaa.... semua orang tak masak ke, camana ni. 

Hari ni berbuka lauk apa, kome?

Jumpa lagi, ye.💗

5 comments:

  1. Ceria kebun Nur.
    Mungkin makan nasi yang dapat daripada surau semalam. Adik tengah buat cara berlauk

    ReplyDelete
  2. Cantiknya mawar kuning!
    Tapi semua bunga pun cantik kan Nur ...
    Sy tunggu musim hujan² sikit nak trim pokok rose Sy dan semai batang yg baru

    ReplyDelete
  3. Sedapnya nasi dengan lauknya. Belum dapat makan nasi, hubby nak makan roti je untuk sahur. Tak apa, nak masak nasi jugak nanti.

    ReplyDelete
  4. Cantiknya ros kuning. Jarang jumpa.

    ReplyDelete