Juadah sahur dan berbuka hari ni

 Semalam, suami berbuka di ofis, ada majlis berbuka puasa. Bila dia balik berbuka, dia ada bawa balik makanan. Terus simpan dalam peti ais. Dia kata ada nasi dan lauk pauk. 

Sahur pagi tadi, suami tak ada, kerja shif malam. Jadi, kami sahur 4 beranak. Panaskan makanan yang ada dalam peti ais, ada yang tak habis beli di bazar ramadan. 

Pagi tadi, masa turun bilik pukul 3.20 pagi, ada rasa sejuk hati dan gembira. Kenapa? Sebab Hafizan tolong panaskan makanan dalam peti ais, tanpa disuruh. Pertama kali terjadi ni. Memang dia bangun awal untuk workout, tapi sambil workout, dia panaskan makanan. Terharu saya di dalam hati. Sudah siap kerja mama 50 peratus bila Hafizan tolong panaskan makanan.

Juadah sahur

Saya sudah 3 hari tak makan nasi. Tapi sebab suami bawa balik nasi minyak ada kari kambing, mana boleh tak makan. Huhuhu... Alhamdulillah. Kari kambing, pekat dan lembut daging kambing. Daging masak hitam pun lembut, sedap dan sedikit pedas. Memang selera la, makan sahur pagi ni. Rasa macam makan kenduri pun ada, dengan jelatahnya. 😋

Tengahari ni, saya sudah masak nasi dan lauk ayam masak lemak. Bukan ikut resepi KA tu. Ikut resepi sendiri, ayam tidak digoreng dulu. 

Ayam masak lemak

Ikutkan hati, tak mahu masak lagi untuk berbuka, sebab plan nak goreng nasi minyak semalam je. Tapi, saya masak in advance la, untuk sahur esok. Style saya, saya lebih suka panaskan lauk yang telah siap waktu sahur. Dari saya bangun awal pagi pukul 3 untuk masak juadah sahur, baik saya bangun awal pagi untuk tahajud. Gitew. Sejenis malas memasak pagi-pagi buta. 

Malam ni, kakak saya yang duduk Kuching, Atam, akan sampai rumah, Insya-Allah. Saya dapati di Manjung ni, sudah bertambah jumlah kenderaan. Ramai yang sudah pulang ke kampung halaman mereka di Manjung. 

Selamat pulang ke kampung kepada pembaca sekalian. Hati-hati di jalanraya.

Jumpa lagi, ye. 💗 

17 comments:

  1. bagusnya anak no.2 ni....
    selamat hari raya kak...maaf zahir batin salah silap terkasar bahasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. Alhamdulillah.
      Selamat hari raya, Afzan. Maaf zahir batin juga ye, Afzan.

      Delete
  2. Kakak Cie duk Manjung. Jumaat minggu depan baru dia balik kampung baru dapat cuti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, lewat pulang tu. Semoga kakak Cie tabah.

      Delete
  3. Tak sangka kakak Nur ada duduk di Sarawak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada, kakak kedua saya kerja cikgu English di Kuching. Lupa plak nama sekolah dia, tapi dalam kem tentera.

      Delete
  4. Rezeki jangan ditolak. Cekodok pun join sekali tu. 😆

    Sama lah. Saya perasan kat sini pun dah bertambah kereta kat setiap rumah. Orang jauh mula balik. Saf surau pun kembali penuh. 👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha... cekodok tinggal beberapa biji.
      Wah.. baguslah tu.

      Delete
  5. Hafizan bukan sahaja panaskan makanan, tapi cara dia hidangkan tu, MashaAllahhhh, memang sejuk hati mama sampai rasa makan macam kenduri. Kita yg tengok pun rasa nak join sahur sekali, hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. kalau dekat, dah ajak SK join. :D

      Delete
  6. Kari Kambing, daging masak hitam, adui terasa sedapnya.
    Semua tempat dah makin banyak kereta, KL yang makin lengang kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe, sedap!
      Agaknya la, kan. Semua sudah pulang ke kampung.

      Delete
  7. Sekali tgok bulat² tu ingatkan pudinggg..ehhh tidakk Salah tgok pulak ..dugaan bulan puasa .. kari kambing kalau kena dengan tekak memang tak boleh nak tolak

    ReplyDelete

Powered by Blogger.