Sunday, March 16, 2025

Cerita hujung minggu

 Anak kedua, Hafizan, balik hari Jumaat lepas. Amirul, anak sulung, pergi ambil adik dia di politeknik Ipoh. Ini pertama kali dalam bulan ramadan ni, Hafizan balik. Seronok, bila keluarga saya cukup korum minggu ni. Kebetulan suami pula off day. Alhamdulillah, dapatlah kami anak beranak bersahur dan berbuka bersama-sama. 😊

Semalam kami keluar beli barang keperluan Hafizan di Lotus. Lagu raya sudah mula berkumandang, di supermarket dan juga di radio. Hari ni sudah 15 Ramadan. Cepat sungguh masa tu.

Ambil gambar bulan pagi Sabtu, 15 Mac.

Kome sudah submit e-filing ke belum? Saya sudah buat, bagi pihak suami saya. Awal minggu buat, hujung minggu sudah dapat bayaran balik selepas cukai. Alhamdulillah. Agaknya, ramai kot yang sudah buat dan sudah dapat balik tax refund, sebab semalam kami lalu Aeon, tapi tak jadi masuk sebab tengok parking macam penuh je. Hui, semua orang pakat dok beli baju raya ke, apa ni.. 

Malam semalam kami ke bazar raya, dengan Sulaiman. Penuh orang. Tak sanggup jalan sampai ke hujung bazar. Bukan cari baju. Cari mercun. Hihi.. selain buat main dekat nak raya, boleh baling kat beruk yang selalu curi bawang kat rumah. Saya dah masukkan bawang dalam rumah. Sebab dah beberapa kali nampak beruk bawa lari bawang besar. Nasib baik beruk tak tahu buka peti ais. Kalau tahu, tak dapat bayangkan, sebab ada satu peti ais belakang rumah di ruangan dapur belakang yang open.

Hari Sabtu pagi, saya tolong suami potong rumput. Masa tinggal lagi sikit kawasan yang belum dipotong, tiba-tiba mesin rumput mati. Rosak la pulak. Sudah tunggu mesin sejuk sebelum dihidupkan semula. Dia hidup sekejap, lepas tu mati balik enjinnya. Hmmm... ni mesin rumput kedua dah ni, rosak. Saya sambung menebas guna sabit. Siap juga misi potong rumput di rumah. 

Beberapa hari lepas, saya ada masak asam pedas ayam.

Tambah telur dalam asam pedas.

Ayam tinggal seketul, saya tambah telur rebus. Pagi ni untuk sahur, masak roti canai frozen seorang sekeping dengan suami, dan cicah kuah asam pedas. 😋 Anak-anak makan wrap dan spagetti goreng dan juadah beli di bazar ramadan yang tak habis semalam, seperti cakoi, ayam gunting dan taufu cheese.

Spagetti goreng

Spagetti ni, saya masak hari Jumaat lepas. Pagi tadi waktu sahur baru habis spagetti ni.

Alhamdulillah, atas nikmat dan rezeki Allah beri.

Hari ni, petang ni, suami akan hantar Hafizan balik Ipoh. Saya tak ikut kot. 

Selamat berhujung minggu pada semua pembaca sekalian. 

Jumpa lagi, ye. 💗

6 comments:

  1. Jangan bagi monyet tu nampak cara buka peti ais je.. Nanti dia pun pandai..
    Linda da ada jugak ID cukai tu, tapi tak pernah lagi potong cukai nya.. Jadi tak tahu nak buat apa.. Kalau ik9t gaji, tak layak lagi jadi pembayar cukai, cuma ada 2tahun sebelum nie, ada dapat elaun tanggung tugas..tu yg tiba2 layak2 kot..

    ReplyDelete
  2. Laahhh.. beruk tu buat apa curi bawang? Takkan dia nak ratah macam tu aje, hahahaha. Sedapnya spaghetti goreng. Sy belum jumpa nangka muda nak masak macam Nur share tuari.

    ReplyDelete
  3. Cie tak buat lagi e-filing. Hari ni start dah ada lagu raya. Lagi 2 minggu je nak raya.

    ReplyDelete
  4. Ada udang disebalik spagetti goreng ! I like!

    ReplyDelete
  5. Kalau anak² balik berbuka sekali mmg seronok...
    Adoi nakal betul la monyet ni kan. Tadi nampak seekor atas wayar letrik di perum kami ni. Lama dah tak muncul, risau juga

    ReplyDelete
  6. Dah buat e-filing, dah dapat refund jugak, dah belanja jugak.. hihihi

    ReplyDelete