Pokok bawang kena cabut dek beruks

Assalamualaikum...

Salam Nuzul Quran kepada semua pembaca...

Sekolah Sulaiman cuti hari ni. Jadi, boleh la rehat. 

Hari tu, saya ada bawa masuk bawang dari dapur luar, ke dalam rumah, sebab nampak ada beruk ambil bawang besar. 

Semalam, dia balas balik. Tak dapat makan bawang besar di dapur belakang, dia korek pokok bawang yang saya tanam. Habis semua, satu pun tak tinggal.


Gambar agak gelap. Sebab saya keluar rumah masih awal pagi, tengok pokok bawang dah kena cabut.

Situasi sebelum kejadian. Dalam kawasan kecil empat segi di atas, saya ada tanam 4 biji bawang yang sudah ada akar hijau di tengah-tengah. Hidup, jadi pokok. Setiap bawang yang ditanam, beranak jadi 3 buah pokok bawang. Saya belum tuai lagi. Daun bawang pun saya tak ambil. Tunggu masa nak tengok dia boleh besar lagi ke tak. 


Beruk cabut pokok bawang, gigit bawang, lepas tu campak dekat situ. Dia khianat la. Bukan nak makan sangat. Atau dia kurang suka bawang merah kecil macam ni. Kalau bawang merah besar yang dia curi dari dapur, dia boleh makan macam epal je. Haha.. nampak sangat deme ni lapar, kan. Macam dah takde makanan lain. 


Yang ini, ada satu saya boleh selamatkan, sebab tak ada kesan gigitan. Saya dah ambil bawang tu, buat masak. Daun bawang pun saya dah ambil.



Yang ini nampak macam elok. Bila saya ambil dan terbalikkan, dah kena gigit. Jadi, tak leh guna juga.

Selain pokok bawang, dua biji buah tembikai pun dia ambil. Masih kecil kedua-dua tembikai tu. Pun selamat hilang.

Saya dah redha. Tapi saya sudah tak mahu tanam pokok buah dan sayur. Penat je tanam, tapi tak boleh nikmati hasil, beruk akan kacau. Kecuali sayur jenis daun la, macam bak choi tu, dia tak ambil. Kalau kacang panjang dan tomato, beruk ambil. 

Pandai menatang beruks ni. Sebab apa?


Sebab pokok cili merah yang saya tanam dekat kawasan situ juga, tak terusik pun. Cili merah di atas masih hijau. Mungkin dia tak perasan. 

Hmmm... alahai. Tanam bunga je la sekarang. 

Jumpa lagi, ye. 💗

28 comments:

  1. Kalau orang kelantan dah kena jerit "Menate beruk" dah ni...

    ReplyDelete
  2. Jenis beruk/monyet tak makan habis... Tu yg geram

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la, dia tinggal bukti suruh kita tengok.

      Delete
  3. Memang beruk betullah beruk tu..

    ReplyDelete
  4. habis tanaman tu ye di kerjakan beruk

    ReplyDelete
  5. Kat kampung Cie ada banyak. Kalau tanam apa2 habis dikerjakan. Tak merasa nak makan hasil.

    ReplyDelete
  6. Buat puasa pun diorang buat hal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la, takde kerja lain. Cuma hari ni rumah kita kena, esok lusa, rumah jiran pula kena. Gitew..

      Delete
  7. Itu dinamakan bukan rezeki makanan tetapi rezeki sabar..cara terbaik reda dan sedekah saja untuk makhluk yang berbulu tersebut

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus cara pemikiran Encik Hanafi ni. Saya pun tak terfikir arah situ. Rezeki sabar. Terima kasih, ya.

      Delete
  8. Dalam rezekimu ada rezekinya juga ahaks. Kalaulaj beruk tu pandai buat kerja dlm rumah boleh juga suruh dia mop rumah pastu bagi upah makanan kan?

    ReplyDelete
  9. Aduh sayangnya! Tapi apa boleh buat, bukan rezeki kita ye :(
    Ye mmg perangai beruk ni kadang dia khianat je, bukan makan pun. Tak pun dia try dulu, tak sedap dibuang je la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, takde rezeki.
      Ha ah, kalau dia dapat tong sampah boleh buka, selamat la, habis bersepah semua.

      Delete
  10. Macam kat rumah MIL, tak boleh nak tanam apa. Padahal rumah kampung tanah luas, tapi ada ancaman monyet/beruk jadi tak boleh menanam.

    Kat rumah saya ni pun ada jugak sesekali datang. Dia petik buah Nona baling kat jalan. Bukan makan pun. Memang menyakitkan hati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ke.. sayang tanah luas, tak boleh menanam.
      Suka khianat tanaman orang, beruk ni. Ada buah Nona ye, sedap tu. Pokok nona saya tak keluar buah pun lagi. Kalau keluar, beruk pulak ambil ye. Hihi..

      Delete
  11. Nampaknya dapur luar itu kena buat bertutup supaya beruk tidak dapat curi.
    Aduh mesti rasa serik untuk tanam sayur atau buah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah, suami cadang beli net untuk tutup bahagian atas grill dapur. Dah rupa macam penjara nanti. :D
      Tak larat dah Na, down habis mood untuk bercucuk-tanam.

      Delete
  12. Terkadang sebenarnya kasihan. Mereka turun ke kebun manusia sebab hutan tempat dia tinggal pasti dah tak ada makanan .... Itu juga yg terjadi di sini kak. Monyet2 turun ke kebun, merusak kebun Krn mereka lapar. Tp pemerintah dan perusahaan sini tamak nya luar biasa. Tak bisa lihat hutan, langsung dihabiskan buat perumahan, buat ladang sawit. Kasiannya jadi ke hewan2 di hutan 😔. Tak bisa cari makan

    Dilema buat kita kan. Ntahlah macam mana solusinya ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul apa yang Fanny cakap tu. Sama juga di sini, Fanny. Itu la, kitalah yang harus cari jalan untuk jaga harta benda kita, dari dirosak oleh beruk liar ni.

      Delete
  13. Alahai ..beruk ..berukk .. kalau beruk datang memang akan rosak habis makanan .. kena selalu alert la tingkap atau pintu dapur risau masuk dalam rumah habis dia selongkar makanan yg ada

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau CCL nak tahu, rumah saya ni memang tak boleh buka pintu dan tingkap. Melainkan kalau kita ada dekat, baru saya buka. Pernah beruk masuk sampai dalam rumah, ambil roti atas meja makan.

      Delete

Powered by Blogger.