Lauk berbuka hari ni dan goodies raya

 Sabtu, 28 Ramadan 1446 H.

Assalamualaikum semua...

Kedua kakak saya sudah balik ke KL. Lawak betul. Semalam datang, hari ni dah balik. 

Atam dan Amirul, di pusara Opah.

 Atam tiba dari Kuching sebelum 8 malam semalam. Kok ambil, dan deme terus bertolak balik Manjung. Tiba tengah malam semalam. Datang tengok Mama je. Deme raya di KL. Tahun ni, giliran kami beraya di Kelantan. Tapi belum balik lagi, sebab suami saya masih bekerja. 

Agaknya, pembaca sekalian tentu sudah tiba di kampung halaman masing-masing. Ye tak?

Hari ni, saya sudah siapkan lauk berbuka. Lauk ayam masak lemak semalam masih ada 2 ketul. Sebagai tambahan, masak lauk simple je.

Sambal telur rebus.

Suami ada bawa balik cenderahati dari ofisnya. 


Kotak keriangan kuih raya mengandungi 2 jenis kuih raya, iaitu...

Almond london dan tart nanas.

Saya suka tart nanas! 😍

Dua pek kek lapis

Sampul raya

Dalam setiap pek sampul raya, ada 10 keping sampul di dalamnya, design semua sama. Dapat 3 pek sampul raya.

Sementara kuih batang buruk pula, suami beli ofismate-nya ada buat. Jarang orang ambil tempahan kuih tradisional sekarang ni.

Atam pula, ada bawa balik 2 kek lapis.

Lapis saputangan nama dia.

Yang ini pula, Lapis Intan Terpilih.

Kedua-dua kek lapis di atas macam bukan dalam saiz sebenar, sebab dah potong sikit masa sahur pagi tadi, buat rasa, beramai-ramai. 😋

Alhamdulillah, atas rezeki Allah beri. 

Ok la. Jumpa lagi, ye. 💗

7 comments:

  1. Tart nenas memang favorite. Kami tahun ni ada stok kek lapis dari Sarawak beli sebelum puasa masa ke Kuching. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  2. Manarik pulak nama 'saputangan' tu...

    ReplyDelete
  3. Sy pun suka tart nenas. Tak sah la raya takde kuih tart nenas ni hihi ...
    Macam² nama ye kek lapis pun ye

    ReplyDelete
  4. Tahun nie beli mix kek lapis... Boleh la buat ghaso2 keluarga kecik kami..
    Semoga tak tempuh jem teruk balik ke kelantan nanti.

    ReplyDelete
  5. Kalau KE Sarawak pasti bawak balik ole² kek lapis Sarawak.

    ReplyDelete
  6. Meriah goodies raya tue... Kek lapis sarawakkk 😍😍

    ReplyDelete

Powered by Blogger.