Masak hari ni dan semalam

 Tak online semalam. Ambil masa untuk membaca sikit. Baca buku resepi. 😁 Juga, tengok video youtube. Sebab mood masak ke laut, dan bermulanya episod termenung depan peti ais. Otak juga macam foggy. 

Hari ni lega sikit, sebab dapat tidur 2 jam, dari pukul 7 hingga 9 pagi. Saya bersyukur saya seorang surirumah, boleh tidur bila-bila masa mata suruh tidur. Semalam tidur pukul 1 pagi. 

Baiklah. Jom tengok apa saya masak hari ni.

Ikan keli goreng berlado

Basuh ikan keli 2 kali. Mula-mula dengan tepung gandum. Kali kedua dengan asam jawa. Untuk hilangkan lendir pada ikan keli.

Goreng ikan keli hingga garing. Tips untuk mengelak dari insiden meletup-letup semasa menggoreng, letak satu keping asam keping dalam minyak, sebelum menggoreng ikan. 

Sambalnya, kisar kasar cili hijau, cili padi, belacan sikit, bawang merah besar dan bawang putih. Tuang sambal yang sudah siap atas ikan keli. Selalunya sebelum-sebelum ni saya masak, saya campur ikan keli digoreng dalam sambal lada tu. Hari ni, lain sikit.

 Tak tahu lagi rasanya. Harap tak pedas sangat. Lauk berbuka hari ni, sudah siap. 

Semalam

Semalam bawa keluar ikan tenggiri satu ekor yang sudah siap dipotong, beli di pasar.


Mula-mula ingat nak masak lemak cili api. Tapi, pi masak sambal pula.

Test blender baru. Blender lama sudah pecah dia punya cawan blender tu. Jadi, setiap kali blend benda, bocor keluar air. Dekat-dekat nak raya ni, kalau blender buat hal, memang masalah. Jalan-jalan survey harga di kedai, standard harga blender seratus ke atas. Blender harga lima ratus pun ada. Peh! Last-last, ambil keputusan untuk beli di shopee. Pilih blender heavy duty, harga RM41. 


Kapasiti 3 liter. Suami tanya, kenapa beli blender yang orang kisar ais buat air tu (orang guna untuk buat frappe kat kedai)? 

Cuba pasang masa baru sampai.

Sebab demonstrasi produk ni, menunjukkan dia boleh kisar kaca sampai hancur. Baca pula review pembeli. Ada makcik cakap, siapa yang nak buat bisnes cili kisar, recommended beli blender ni. Lalu saya pun beli la. Apa-apa yang boleh kisar hingga lumat adalah bagus, banding blender sebelum ni yang sudah pecah.

Nak cerita masak apa, dia pi cerita pasal blender.

Sambal ikan tenggiri. Yeh.. 😋

Berbuka semalam.

Selain lauk sambal ikan tenggiri dan timun, suami bawa balik sambal goreng jawa, dia beli di pasar ramadan Sitiawan. Dalam sambal goreng tu, ada suun, tempe, dan kacang goreng. Sedap juga.

Alhamdulillah. Hari ni sudah 23 Ramadan. Terawih, malam ke 24. Masya-Allah, cepat sangat masa tu. Semoga pembaca sekalian sihat-sihat belaka. Hari ni kome masak apa? 

Ok. Jumpa lagi, ye. 💗

25 comments:

  1. Saya kan…tak pandai masak ikan keli 😅
    Suami tak makan, jadi kita pun tak pernah cuba masak.

    Murahnya dapat RM41 heavy duty blender. Tu yang best shopping kat Shopee, banyak diskaun.

    Sambal goreng Jawa tu makanan tradisi kami orang Jawa masa hari raya. Tapi bahannya mungkin ada sedikit perbezaan ikut tempat/citarasa masing-masing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, gitu. Kalau suami tak makan, baik tak yah masak. Kalau kita teringin je, boleh beli.
      Betul! Banyak claim voucher dan shopee coins. :D
      Ye. Banyak bahan, kan, nak buat sambal goreng jawa tu. Saya suka makan, tak pernah buat.

      Delete
  2. Kalau otak foggy senang je... Cuba pasang aircon untuk reduce moisture yg build up tu....
    Hehehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... pasang aircond pun tak jalan, uncle. Kena tidor juga. :D

      Delete
  3. Sy pun dah buntu nak masak Nur. Nak² pulak hari² masak ayam, raikan Adik yg hari² berpuasa dan lauk favourite dia ayam 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... kena refer balik buku resepi, PH. Baru dapat idea baru. :D

      Delete
  4. Cie gaul tepung jagung ikan keli tu baru tak meletop2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha, ada juga nampak orang gaul dengan tepung jagung. Tips yang bagus.

      Delete
  5. Akhir2 memang ke laut dah mood nak masak dan post. Beli kuih je lately dah malas nak buat kuih. Ikan keli sedapnya, nak masak malas. Sebab kena goreng dan menumis. 😆😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. memang leceh sikit. Tapi Sulaiman suka makan lauk ni, tu yang gagahkan juga.

      Delete
  6. Saya masak ringkas sebab tinggal seorang tapi kadang-kadang Abah balik rumah bawa lauk dari kampung.
    Hehe Nur kena fikir masak untuk orang lain juga. Lauk Nur sediakan semua menyelerakan. Saya memang kena ada lauk pedas untuk naik selera.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bestnya duduk sorang, boleh masak ikut suka hati sendiri. :D
      Alhamdulillah. Terima kasih, saya cuba. Saya pun sama. Tak pedas, tak kick la.

      Delete
  7. Saya masak untuk sahur jer...berbuka apa yang ada...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, gitew. Opposite la kita, saya masak untuk berbuka, dan membawa ke sahur. :)

      Delete
  8. Bagus ke blender tu, Nur. RM41 murah sangat, sangat berbaloi kalau heavy duty.

    Sy suka makan ikan keli tapi takut nak masak sendiri. Tu yg pantang nampak kat kedai makan, mesti nak ambil masuk pinggan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setakat saya baru guna ni, bagus. Sebab boleh tekan sikit-sikit dan blade dia boleh pusing 2 arah, saya boleh buat dia kisar kasar, macam menumbuk guna lesung. Tak macam blender lama saya.
      Hehe... dulu pun saya takut juga. Tapi dah tahu petua guna asam keping tu, dan lumur ikan dengan tepung sebelum menggoreng, jadi ok je. Tak letup-letup dah.

      Delete
  9. Blender macam ni ke yang kedai air selalu guna tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah, lebih kurang rupanya, boleh kisar ais.

      Delete
  10. besnye ade blender kuat cenggitu.. boleh buat ais kepal mcm cite upin ipin sendiri :D

    ReplyDelete
  11. ikan keli berlado fav tp yg cili merah tk pernh buat yg cili hijau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun bergantung pada stok cili yang ada.

      Delete
  12. Nyum-nyum.. sedapnya keli berlado..

    ReplyDelete
  13. sekarang ni nak beli apa pun survey harga di physical shop dan online shop dulu. biasanya beli online lebih murah walaupun ada shipping charges tapi masih lagi murah.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.