Moreh semalam

Saya sudah empat hari tak minum kopi. Saya boleh sebenarnya hidup tanpa kopi. Rasa ok. Tiada sakit kepala atau rasa macam nak meroyan ke apa. Semalam, habis terawih lebih kurang pukul 10.30 malam. Suami ajak mengopi. 

Port kegemaran kami, 989 Kopi penuh, beratur sampai ke luar kedai. Laa... sungguh tak sangka, malam-malam, ramai sangat orang keluar moreh dan lepak-lepak di kedai makan. Sebab ini kali pertama kami keluar malam di bulan puasa. Macam ni, rupanya.

Kami pun cari tempat lain. Singgah di Route 100 Cafe. Waktu sampai, sudah pukul 11 malam. Saya tengok di pintu masuk cafe, waktu operasi sampai 11.30 malam. Tak ada pelanggan lain, cuma kami. Selain dalam kedai, ada disediakan meja kerusi di luar cafe, diterangi lampu-lampu hiasan. Suami pilih tempat di luar kedai.


Cafe ini terletak di Stesen Minyak BHP. Stesen minyak pun dah tutup, bukan 24 jam. Saya masuk dalam, pesan kopi dan makanan ringan. Dia bagi buzzer untuk ambil pesanan bila sudah siap.


Saya pesan hazelnut latte panas kurang manis. Suami pula pesan americano ais tanpa gula. Makanan belum siap. Ok juga lepak sini malam-malam. Tapi sebab belakang stesen minyak ni hutan paya bakau, ada nyamuk. Patut saya nampak ada pinggan berisi ubat nyamuk selang beberapa meja dari kami. Angin tak ada. Tapi tak ada rasa panas sangat, sebab sudah malam. Sesekali bunyi binatang, besar kemungkinan beruk, datang dari hutan belakang.

Selang beberapa ketika, orang yang ambil pesanan saya tadi, keluar dari pintu belakang, bawa makanan kami. Eh, dia hantar. Patutnya, saya yang ambil di dalam, sebab buzzer masih ada dengan saya. Hihi..


Gelap gambar. Sori. Kami pesan roti bakar dan wantan goreng. Sedapnya, dapat minum kopi panas, setelah 4 hari tanpa kopi. Rasa lega di dada, menghirup kopi sikit-sikit. Wantan pula sedap dan rangup. Roti bakar disapu kaya dan butter. Alhamdulillah. Pertama kali ni, saya moreh. Kalau tak, tiap-tiap hari di bulan puasa, makan 2 kali saja, iaitu sahur dan berbuka. Semalam, 3 kali makan. Alhamdulillah. 1 hari cheat day takpe la, yek. Berat kome amacam? Ada turun ka? Berat saya maintain tang tu, sat 58.5kg, sat 59, sat 58kg. Tapi ada satu seluar saya dah jadi labuh. Sebab pinggang dah kecik, seluar jadi londeh sikit. Ada inch loss la, maknanya tu. Ok. 

Semalam, suami off day, 4 hari juga dia tiada bersama waktu berbuka, sebab kerja shif petang. Tu pasal keluar dating berdua. Anak-anak dah selamat tidur. Jumlah harga makanan dan minuman kami, RM24.

Lepas habis mengopi, kami tak terus balik. Ronda-ronda, makan angin malam, tengok keadaan sekitar. Usha line kedai kopi lain, nak tengok port mengopi mana yang masih beroperasi malam-malam. Orang memang ramai keluar malam, ye. Walaupun shopping mall dah tutup, nampak ramai beriadah atau menikmati angin malam di Esplanade, di Bazar Raya pun ramai.

Sabtu dan Ahad, saya malas nak masak. Lagi pun hari ni macam mengantuk pula, sebab tidur lewat semalam. Pagi ni, tetap bangun sahur. Cukuplah tu merasa moreh malam-malam. Tak boleh diamalkan selalu. Sebab nanti tidur tak cukup.  

Selamat hari Sabtu, kome ye..

Jumpa lagi. 💗

30 comments:

  1. Nak jugak jalan2 malam tapi pukul 9 lebih kadang mata dah layu. Best nya mengopi. Wah dah susut pinggang nya. 👍👍👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la, susah nak keluar malam, sebab mengantuk sangat. Tapi teringin nak merasa sekali, lawan la ngantuk tu.

      Delete
  2. Uncle plan nak buat juga cam ni... malam2 sikit keluar cari makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best juga uncle, sekali-sekala, tengok gelagat orang malam-malam buat apa.

      Delete
  3. Kami masih dlm perancangan, dari awal Ramadhan sampai dah masuk 10 terakhir ni, tak jadi² lagi nak keluar moreh 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe... Kena keinginan yang kuat, PH, dan tahan ngantuk.

      Delete
  4. Cie pun lama tak pekena kopi sepanjang Ramadan ni. Ada sekali je kopi 3 layer masa makan moreh kat kedai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nikmat bila sekali-sekala minum, lain maciam yek. :)

      Delete
  5. Romantik je. Kedainya, malap. Hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi.. malap-malap banyak nyamuk. Dah la kita pakai baju hitam.

      Delete
  6. Saya belum moreh lagi. Selalu sudah mengantuk lepas pukul 10 malam.

    ReplyDelete
  7. Wahhh.. banyak tempat kopi² sana ya. Bestnya mengopi tapi sy takut terbabas sahur, hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah, adalah beberapa tempat, SK, yang biasa pergi. Untuk elak terbabas sahur, azam kena kuat gitew. Yang keluar moreh ni, saya tidur pukul 1 pagi, bangun pukul 4 pagi sahur. Pengsan!

      Delete
  8. Kopi bagus cuma tak bagusnya kopi 3 in 1. 😆

    ReplyDelete
  9. Saya juga berpuasa kopi sepanjang Ramadan ini dan ternyata ok juga tidak minum kopi hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada kesan baik pada badan bila kita tak minum kopi, kan. Saya sendiri ada perasan.

      Delete
  10. kita tk bole minum kopi sbb nanti tk bole tido....sedap tu moreh rotibakar & wantan goreng

    ReplyDelete
  11. Berat badan tu amat berat untuk dipandang penimbang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, kalau camtu, tak yah timbang. Kita happy happy je. Lepas raya, boleh diet. :)

      Delete
  12. ammi pun dah hampir seminggu tanpa kopi. kering melampau sangat tekak ni lately jadi cubalah untuk tak ambil cafein. kotlah membantu waktu bulan puasa ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama tu Ammi, seminggu tak minum kopi. Boleh rasa beza kan, badan kita, bila lama tak minum kopi.

      Delete
  13. Waktu puasa boleh hidup tanpa kopi ..tapi kalau bulan tak puasa sehari tak minum kopi jadi lain tauuu ..hehehe

    ReplyDelete
  14. Memang susah nak lepas dr kopi. Tp saya berusaha mengurangi, dan syukurnya berhasil. Semoga masih konsisten utk minum kopi hanya di Senin dan kamis. Tp kalo di luar hari itu saya nak kopi, wajib Americano tanpa gula. Kalo itu saya tak masalah tiap hari.

    Yg Senin Kamis hanya kopi susu gula aren 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam puasa sunat pula, Isnin dan Khamis saja. :)

      Delete

Powered by Blogger.