Semalam hari Isnin, bersamaan 9 Ramadan.
Saya masak sayur campur kacang buncis, lobak merah dan lada benggala.
Kemudian, saya masak sambal tumis ikan bilis.
Warna sambal tidak berapa gelap. Saya tak letak belacan. Ada budak allergik.
Hari tu masa pergi kedai PCK, saya ada beli filet ikan dori. Saya celup tepung tempura, dan saya goreng. Filet ikan ada 2 sahaja. Satu filet, saya potong 2 sebab kuali saya kecil.
Empat beranak makan seorang satu. Tak pandai goreng ikan jadi rangup macam fish and chips tu. Tapi, anak makan juga masa berbuka, habis. Alhamdulillah.
Lepas masak, pergi bazar ramadan Sitiwan. Beli kebab, kuih gula melaka dan puteri ayu.
Dekat nak berbuka macam tu, beli kopi di Zus.
Dapat sticker dan sampul raya. Cantik. 😍
Alhamdulillah, atas rezeki Tuhan beri.
Jumpa lagi, ye. 💗
Comelnya sampul raya zus
ReplyDeleteSaya suka sangat makan lauk kacang buncis goreng macam tu, ratah semangkuk pun boleh habis.
ReplyDeleteUncle pun tak mesra belacan... tapi belasah je... hehehehe
ReplyDeleteTak pernah makan filet ikan macam tu. Next trip ke pasar raya boleh beli ni.
ReplyDeleteSampul ZUS tahun ni lawa.
Simple but nice.. Menyelerakan.
ReplyDelete