Cokodok
Dah lama tak makan pisang. Beli la hari tu, kat pasar, pisang berangan. Satu hari, saya sempat makan 2 biji je pisang. Suami dan anak-anak makan, tapi di bulan puasa ni, dia orang makan benda lain dah kenyang, jadi kesian pisang kita seorang yang ngadap. Cepat benor pisang jadi masak dan hitam kulitnya. Jadi, saya pun buat cokodok.
![]() |
| Besor mangkuk, adunannya sikit je. |
Saya lenyekkan 7 biji pisang. Pecahkan telur sebiji, letak gula setengah cawan, tepung naik sendiri 2 cawan, dan tepung gandum 1 cawan.
![]() |
| Awal goreng cokodok hari ni. |
Bau masa goreng buatkan bapak budak dan Hafizan jenguk ke dapur. Dia tahu, mama tengah masak cokodok.
![]() |
| Dah siap! |
Itu je saya masak hari ni. Nasi dan lauk semalam masih ada. Jadi nanti petang, panaskan saja. Mungkin akan ke kedai petang nanti untuk beli lauk tunjuk. 😁
Ok la. Jumpa lagi, ye. 💗




saya dari awal puasa teringin nak makan cekodok pisang...tapi tak beli2 pun pisangnya
BalasPadamSuami Afzan yang beli pisang ye, tapi buat kerepek. Hihi..
PadamMenggoda sungguh rupa cekodoknya tu.
BalasPadamHaritu saya buat jugak, guna pisang simpan dalam freezer 😄
Hehe.. wah, pisang simpan dalam freezer. Tak terpikir pula saya. Barulah dia tahan lama ye, banding letak pada suhu bilik.
PadamDah lamaaaa sangat tak buat ini. Di sini sebutnya godok-godok kak. Mama sering buat kalo pisang dah terlalu matang. Sedap memang, wanginya kalo digoreng menguar kemana2
BalasPadamGodok-godok. :D
PadamIya, harum semerbak satu rumah boleh bau.
Bapak budak dan Hafizan mesti dah tak sabar nak makan cokodok.
BalasPadamHa ah. Bapak budak siap tapau bawa bekal ke ofis lagi. :D
PadamNi mau makan sampai licin. Cantik betul kejadiannya.
BalasPadamHehe.. Alhamdulillah.
PadamElok benar bulat dia!
BalasPadamHehe.. mekacih, uncle.
PadamLamanya tak makan cekodok ..mybe lepas puasa ni boleh buat .
BalasPadamSila, sila, CCL.
PadamSejak puasa ni tak jumpa lagi cekodok pisang. Sedapnya.
BalasPadamMemang sedap, Cie. :D
PadamSy ada 2 biji pisang, cadangnya nak buat cekodok juga petang nanti. Habiskan semua bahan mentah yg ada sblm balik kg.
BalasPadamIdea yang bernas tu, PH.
Padamala comel cokodok nyer...
BalasPadamHehe.. ambil adunan guna sudu kecil, jadi comel-comel la cokodok.
Padamcantik bulat2 cekodoknya
BalasPadamMekacih. Belajar resepi dari arwah mak.
PadamSuka sangat tapi spesis malas menggoreng. Aduii.
BalasPadamHehe... agaknya kalau kita guna adunan cokodok masuk dalam oven, boleh jadi lebih kurang muffin kot, ye. :D
Padam