Semalam hari Isnin, bersamaan 9 Ramadan.
Saya masak sayur campur kacang buncis, lobak merah dan lada benggala.
Kemudian, saya masak sambal tumis ikan bilis.
Warna sambal tidak berapa gelap. Saya tak letak belacan. Ada budak allergik.
Hari tu masa pergi kedai PCK, saya ada beli filet ikan dori. Saya celup tepung tempura, dan saya goreng. Filet ikan ada 2 sahaja. Satu filet, saya potong 2 sebab kuali saya kecil.
Empat beranak makan seorang satu. Tak pandai goreng ikan jadi rangup macam fish and chips tu. Tapi, anak makan juga masa berbuka, habis. Alhamdulillah.
Lepas masak, pergi bazar ramadan Sitiwan. Beli kebab, kuih gula melaka dan puteri ayu.
Dekat nak berbuka macam tu, beli kopi di Zus.
Dapat sticker dan sampul raya. Cantik. 😍
Alhamdulillah, atas rezeki Tuhan beri.
Jumpa lagi, ye. 💗
Comelnya sampul raya zus
ReplyDeleteItu la, motif kartun.
DeleteSaya suka sangat makan lauk kacang buncis goreng macam tu, ratah semangkuk pun boleh habis.
ReplyDeleteSedap, kan, sk..
DeleteUncle pun tak mesra belacan... tapi belasah je... hehehehe
ReplyDeleteHihi... tak de kick la takde belacan kan, uncle.
DeleteTak pernah makan filet ikan macam tu. Next trip ke pasar raya boleh beli ni.
ReplyDeleteSampul ZUS tahun ni lawa.
Ye, pastu celup tepung macam fish and chips, sedap! Boleh refer resepi fish and chips khairul aming.
DeleteKan...
Simple but nice.. Menyelerakan.
ReplyDeleteAlhamdulillah. :)
DeleteAda kedai jual kepingan ikan dori ya. Belum pernah jumpa lagi.
ReplyDeleteSaya pun baru jumpa. Saya buka freezer dia, satu-satu, tengok apa yang menarik. :D
Deletesedap tu...fillet ikan dori..celup pula dgn tepung bestari...enak2...belum dpt sampul raya lg..
ReplyDeleteAlhamdulillah, sedap.
DeleteOoo... sila la mengopi di Zus. Hihi...
Sampul raya Zus cantik
ReplyDeleteBetul, macam sayang pula nak bagi kat budak-budak. :D
DeleteSaya juga, kalo bab goreng menggoreng pakai tepung, ntah kenapa tak pernah bagus hasilnya kak. Tak bisa crispy. Ntah di mana salahnya 🤣. Makanya skr saya jaraaaaang sangat goreng2 pakai tepung. Nak makan yg begitu, beli jadinya 🤣
ReplyDeleteHaha, sama kita.
Delete