Wednesday, March 5, 2025

Bunga dan buka puasa 3 Ramadan

 Assalamualaikum...

Harap pembaca semua sihat-sihat dan ceria.

Pagi tadi, seperti biasa, tengok pokok. Tanah dalam beberapa pasu kering langsung. Memang kena siram pokok hari-hari. Sini memang tak hujan. Panas membahang. Itu yang saya malas nak keluar rumah pergi pasar ramadan tu. Baik masak apa yang ada je.

Semalam sudah kongsi gambar bunga ros kuning. Hari ni, up lagi gambar ros kuning ni. Semalam tak berapa nak kembang.


Kalau ros merah bermakna cinta dan sayang, ros kuning maksud apa?

Ros kuning melambangkan persahabatan dan persaudaraan.

Nanti saya nak cari benih bunga ros warna lain pula. Kalau dapat yang warna peach, cantik juga, kan?

Boleh nampak dalam gambar di atas, ada kulit telur atas tanah. Itulah baja yang saya guna untuk pokok ros saya. Selain kulit telur, kadang bila rajin, ada siram dengan air basuhan beras juga.

Ada satu pasu bunga matahari, sudah kembang juga. 


Tengok tu, pagi-pagi, dia mengadap arah matahari naik. Saya perasan, pokok sihat je yang mengadap matahari ni. Ada pokok lain yang ada bena putih tu, atau ada yang renek je pembesarannya macam terbantut, yang itu, dia suka mengadap ke depan je, bukan arah matahari.

Suka la tengok pokok bunga warna terang dan ceria ni. Haruslah tambah lagi pokok bunga warna-warni di halaman rumah.

Cerita juadah berbuka semalam, iaitu 3 Ramadan pula.

Sebagai lauk tambahan kepada ayam goreng cabai yang saya cerita dalam entri ini, saya ada masak sayur campur.


Juga, goreng ayam beberapa ketul.


Juadah berbuka saya

Alhamdulillah. Ada sambal garing bilis, selera sikit makan. Hari ni, saya tak masak lagi. Ingat nanti petang, nak goreng telur je kot. 

Semalam Sulaiman pergi survey pasar ramadan di Seri Manjung. Dia pergi naik motor. Lokasi asal adalah di pasar basah manjung, tapi sebab tempat tu ada kerja naik taraf, pasar ramadan sudah ditukar di belakang stesen bas Manjung. Tanya dia, kenapa tak pergi pasar ramadan lebih luas, dia kata jalan sesak sangat. Satu lagi yang saya suka pergi tahun lepas, yang lokasi di stadium MPM. Situ memang panjang sikit, pasar ramadannya. Tapi sesak, Sulaiman cakap. Tudiaaa.... semua orang tak masak ke, camana ni. 

Hari ni berbuka lauk apa, kome?

Jumpa lagi, ye.💗

28 comments:

  1. Ceria kebun Nur.
    Mungkin makan nasi yang dapat daripada surau semalam. Adik tengah buat cara berlauk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.
      Rajin adik Na buat kuih. :)

      Delete
  2. Cantiknya mawar kuning!
    Tapi semua bunga pun cantik kan Nur ...
    Sy tunggu musim hujan² sikit nak trim pokok rose Sy dan semai batang yg baru

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, betul, semua bunga cantik. :D
      Oh, dah besar ya, pokok rose-nya. Nanti share kat blog ya, nak tengok juga. Hihi...

      Delete
  3. Sedapnya nasi dengan lauknya. Belum dapat makan nasi, hubby nak makan roti je untuk sahur. Tak apa, nak masak nasi jugak nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus juga makan roti untuk sahur. Lebih senang kerja, tak perlu masak lauk. Hihi..

      Delete
  4. Cantiknya ros kuning. Jarang jumpa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la. Ini pun pokoknya susah nak jaga. Selalu kena trim, jadi dia renek je. Bena putih tu cukup suka pokok ros ni.

      Delete
  5. Adik sy tanam bunga ros jugak. Nanti sy beritahu dia letak kulit telur buat baja, hehe. Bunga matahari tu agaknya dari situ la dapat nama ek.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, ye, sila, sila.
      Kann... sebab dia mengadap matahari. Comei je. :D

      Delete
  6. Belah utara cuaca tengah panas terik. Tiap hari kena siram 2x, kalau tak kekeringan pokok.

    Pokok bunga matahari tu Tot tanam dalam pasu ya? Elok hasilnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tudia, jenuh siram pokok pagi petang.
      Ya, tanam dalam pasu. Alhamdulillah.

      Delete
  7. Harini masakkan nasi goreng dengan sambal ikan bilis untuk ibu.
    Cuya suka bunga, dapat bunga pon waktu konvo. Bila ya nak dapat bunga ros drpd buah hati? kekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rajin, anak dara seorang ni.
      Insya-Allah, satu masa nanti, adalah jejaka bertuah bawa bunga untuk Cuya. Jodoh itu rahsia Allah.

      Delete
  8. Cantik bunga ros kuning.
    Dulu rajin beli dan tanam macam-macam warna bunga ros tapi selalu mati.
    Orang kata tangan panas ...ahaks!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi.. kena siram tiap-tiap hari bunga ros, tu je.
      Mesti cantik, sebab ada macam-macam warna bunga ros. :)

      Delete
  9. jarang jmpa ros kuning...ayam goreng tu menarik ala2 mcm kfc

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann...
      Saya goreng ayam frozen Ayamas. Itu rupa macam kfc. Hihi..

      Delete
  10. tengok bunga, satu terapi....belum lg ke bazar ramadan..bab sesak tu yg malas nak pi..kalau naik motor boleh lah selit-menyelit, naik keta kena parking jauh...idok le teman...hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, betul.
      Hihi.. parking jauh boleh exercise, kak. Briskwalk. :D

      Delete
  11. Sama lah. Sini hari-hari panas membahang. Tanah pun kering. Kena sirap pokok hari-hari. Kalau tak, layu lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan saja layu. Ada yang dah mati pun. Huhuhu...

      Delete
  12. Makanya saya belum tertarik ke pasar Ramadhan di sini kak. Saya peniiiing kalo berada dalam keramaian yg terlalu banyak. So sampai puasa hari ini, saya masih lagi masak saja. Kalopun beli, saya pesan online pakai GoFood.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gitu, ya. Bagus la, masak sendiri, lebih terjamin kebersihannya.

      Delete
  13. Suka letak kulit bawang & kulit telur pada pokok ..

    ReplyDelete