Assalamualaikum semua...
Ada beberapa gambar makanan tercicir, lupa nak share. Standby gambar makanan yang banyak, hihi..
Burger di atas, masak sebagai juadah berbuka puasa pada 8 Mac, bersamaan 7 Ramadan yang lepas. Burger kosong untuk anak-anak. Burger orang tua ada hirisan timun, tomato dan caramelized onion. Hmmm... sedap, sekali-sekala berbuka makan burger.
Ini adalah air kurma. Cara saya buat, ambil 5 biji kurma, basuh dan masukkan dalam cawan bersama air masak. Kemudian saya biar dalam peti ais semalaman.
Khasiat air rendaman kurma:
- Bantu sistem penghadaman (bantu kurangkan masalah sembelit)
- Menghidrasi badan
- Menambah tenaga
- Ia bersifat alkali, jadi ia bantu stabilkan tahap pH dalam badan
- Turunkan paras lipoprotein ketumpatan rendah (LDL) yang dikategorikan kolesterol jahat
Air rendaman kurma ni saya buat pada 10 Mac, bersamaan 9 Ramadan.
Sup campur ni, suami beli di bazar ramadan MPM, tapi tak makan waktu berbuka. Tunggu sup sejuk, dan masukkan dalam peti ais. Bila waktu sahur, masa panaskan sup, suami masukkan terus sambal cili hitam dan sambal merah. Itu yang sup warna merah tu. Dia masuk sikit je sambal merah. Tapi pedas juga. Baru kick dan terbeliak biji mata hirup panas-panas masa sahur. Sup campur, jadi ada daging, perut, paru, tulang dan lemak. Sedap! 😋 Boleh repeat beli. Di tempat orang jual sup ni, dia masak dalam periuk besar dan selain sup, ada mee, bihun dan kuetiau sup juga tempat dia.
Cendawan enoki goreng ni pun beli di bazar ramadan yang sama. Waktu berbuka tak habis. Panaskan waktu sahur guna air fryer. Baru habis.
Popia goreng tinggal 2 biji waktu sahur, pun panaskan dalam air fryer.
Buang tebiat, nak karang pantun sat:
Busana putih persis mutiara,
Romantiknya mereka berpegangan tangan,
Sup campur menawan selera,
Telur dadar dilupa jangan.
Hihi... jadi tak?
Daging goreng kunyit ni, adalah lauk dari nasi daging kunyit yang tak habis. Besar portionnya, harga RM10 beli di bazar yang sama. Panaskan waktu sahur.
Gambar sup campur di atas dan gambar-gambar makanan berikutnya adalah hidangan sahur pada 10 Mac, bersamaan 9 Ramadan.
Ini adalah ayam masak gulai lemak. Alkisah, saya nampak dalam buku resepi lama arwah mama, resepi untuk itik lemak nangka. Saya ikut resepi tu untuk masak ayam. Tanpa itik dan nangka la, ye. Turn out, sangat sedap, ok! Saya masak untuk berbuka semalam, 11 Mac bersamaan 10 Ramadan, dan panaskan untuk sahur hari ni, 11 Ramadan. Habis! Licin, tinggal kuah. Saya cadang hari ni nak rebus telur, masuk dalam baki kuah. Sebab kuah dia sedap! Sayang nak buang, walau pun dah takde ayam. 😊 Rasa dia in between antara rendang, gulai dan masak lemak.
Syukur Alhamdulillah, atas rezeki Allah berikan, dapat makan makanan sedap-sedap, dan badan yang sihat boleh buat kerja seharian.
Baik. Jumpa lagi, ye. 💗
Ya kalau sedap kita akan cuba guna sampai habis. Macam saya dapat ikan masak asam. Sedap kuahnya. Jadi ulang kuah dengan ayam pula. Hehe. Boleh buat lagi Nur ayam masak gulai lemak.
ReplyDeleteWah, ikan masak asam, ye. Sedap hirup panas-panas tu.
DeleteHehe.. Insya-Allah, bila rajin.
Sekali sekala berbuka homemade burger sedap juga eh.
ReplyDeleteSedap! Kadang bosan juga makan nasi hari-hari.
Deletesedap tu enoki goreng...ada baki kuah tu elokla rebus telur plak kan ltk dlm kuah gulai tu
ReplyDeleteYe, rangup!
DeleteBetul, jangan membazir. Bahan-bahan mentah mahal sekarang. Hihi..
Jadi lah pantun diaaa. Share la resepi ayam masak gulai lemak tu. Nampak macam gulai minang.
ReplyDeleteHihi.. mekasih, SK.
DeleteOoo... ye ke. Saya pun dah lupa gulai minang rupa camana. Saya ada share resepinya dalam entri terbaru.
Ayam masak gulai lemak tu sedapnya. Burger sekali sekala best tau.
ReplyDeleteMemang sedap! Betul, betul!
DeleteIni boleh dikatakan tema western fusion....
ReplyDeleteHihi... anak-anak suka western, tapi bapak budak suka lauk kampung, uncle. Itu yang campur-campur.
DeleteResepi orang tua selalunya menjadi. Itu lah yang buat sedap.
ReplyDeleteSetuju!
Deleteair rendaman kurma belum pernah saya cuba...harap ada kekuatan untuk mencuba resepi tersebut...sebab macam menarik
ReplyDeleteSila la cuba, Encik Hanafi. Senang je buatnya.
DeleteLama pulak x buat enoki goreng, boleh jadi menu sampingan or menu moreh ni... hehe
ReplyDeleteWah, kakmim buat sendiri saja ye. Sedap, sila, sila, kakmim.
DeleteAir rendaman kurma tu Sy belum buat. Asyik buat susu kurma je...
ReplyDeleteOh, saya tak boleh minum susu, itu yang buat air rendaman kurma je. :)
Deletenampak sedap gulai tu...
ReplyDeleteSedap sangat! :)
Deletesup campur mmg feveret...suka daging, perut & paru...mmg gu mkn dgn telur dadar...ada sambal merah & sambal cili hitam...perghh...
ReplyDeleteItu la pasal. Berasap, makan. Hihi..
DeleteCCL ada juga buat air rendaman kurma .minum time sahur
ReplyDeleteOoo ye ke.. saya baru je cuba buat 2-3 kali ni, sebab baru tahu.
DeleteDi sini sebutnya Kalio. Kalo masak lebih lama, akan berubah jadi rendang Padang yg hitam dan gelap . Saya biasa lebih saat masih dlm bentuk kalio begitu 😄
ReplyDeleteMemang sayang dibuang kuahnya. Saya pun akan masukkan telur.
Pengen beli air fryer. Berguna utk memanaskan kembali gorengan, supaya tak digoreng kedua kali dlm minyak . JD tetep rangup
Oh, begitu. Betul, bila dimasak lama, kuahnya jadi pekat seperti rendang.
DeleteSila lah beli, Fanny. Senang nak reheat makanan.