Tarikh: Ahad, 22 Jun 2025
Balik dari Pasar Terpanjang Kuala Kangsar, saya dan suami singgah Zus di pekan Kuala Kangsar. Biasa la, nak tapau kopi, jadi tak mengantuk dalam perjalanan balik rumah di Manjung.
Di blok bangunan yang sama dengan Zus, tiba-tiba saya ternampak Richiamo Mart.
![]() |
Richiamo Mart, Kuala Kangsar. |
Wah... saya pun masuklah, nak check-it-out, tengok apa menarik, sebab di kawasan rumah saya, takde Richiamo Mart ni.
Tapi kan, saya ni, malu nak ambil gambar kedai di dalam. Sebabnya, orang ada di pelbagai sudut. Nanti, macam pelik pula orang tengok, kenapa saya ambil gambar dia orang, kan. Padahal kita nak snap pemandangan dalam kedai.
Oleh itu, saya terangkan saja, ye.
Richiamo Mart ni, macam cafe campur kedai runcit. Boleh mengopi, dan beli pastries dia, dan minum dan makan di situ, sebab ada kerusi dan meja.
Di samping itu, boleh juga beli barang-barang macam di kedai serbaneka 24 jam tu, semua ada. Air minuman, makanan, snek, barang keperluan asas, aiskrim, semua ada.
Wow! Makanan panas ada pau, pelbagai jenis pastries, dan oden. Dimsum pun ada.
Ada aiskrim MokTi di dalam juga. Lepas beli, boleh duduk makan situ. Macam Family Mart.
Ada frozen food juga, contohnya chicken pie. Tapi saya tak sempat nak explore, buka peti ais dia, sebab ada orang situ, dan telefon saya berbunyi, cakap kopi Zus yang saya order sudah ready untuk pick-up.
Bila Richiamo Mart nak buka di Manjung? 😁
Ok la. Itu saja nak share. Perut saya lapar, nak pergi makan tengahari.
Jumpa lagi, ye. 💗
Ha...kadang-kadang memang ada situasi yang buat kita segan ambil gambar kan. Kadang-kadang malas pun iya. Tak tau pun ada Richiamo Mart
ReplyDeleteLaaaa ingatkan order kat situ rupanya jenjalan cuci mata. Mesti ramai orang tu sebab tu sana orang sini orang sampaikan agaknya beratur orang nak beli kut. hehehe
ReplyDeleteSy tak jumpa lagi Richiamo Mart. Seronok juga kalau konsepnya mcm FM tu
ReplyDeletesalam kenal blog secawan kopi...
ReplyDeleteBetul, segan nak ambil gambar kalau banyak orang. Nanti objek yang dirakam penuh aksesorinya hihihiii.
ReplyDeleteDah lama tak lalu pekan Kuala Kangsar, semenjak WCE siap nie...terus je naik hgway balik Taiping.
ReplyDeleteWahhh ada richiamo mart ye? Saya baru tahu! Menarik jugak macam konsep family mart, boleh lepak2 gitu
ReplyDeleteTak pernah nampak lagi Richiamo Mart di JB ni. Kalau ada sy nak singgah jugak.
ReplyDelete